Sofna Travel & Tours Sdn. Bhd.

Sofna Travel & Tours Sdn. Bhd. UMRAH | ZIARAH
SSM NO :1479213-X KPK/LN: 10745
(2)

Seluruh warga Sofna Travel & Tours mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam.Kepada saud...
27/05/2026

Seluruh warga Sofna Travel & Tours mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam.

Kepada saudara seagama yang sedang menunaikan ibadah Haji di tanah suci, didoakan semoga dikurniakan haji yang mabrur serta selamat kembali ke tanah air.

Buat anda yang direzekikan untuk melaksanakan ibadah korban, semoga amalan yang diikhlaskan ini beroleh keberkatan.

Eid Mubarak semua!




16/05/2026

๐Š๐ฎ๐ซ๐ฌ๐ฎ๐ฌ ๐๐ซ๐š ๐Œ๐ฎ๐ญ๐š๐ฐ๐ฐ๐ข๐Ÿ ๐ƒ๐š๐ง ๐Œ๐ฎ๐ญ๐š๐ฐ๐ฐ๐ข๐Ÿ๐š๐ก

ALOR SETAR, 14 Mei โ€“ Kursus Pra Mutawwif dan Mutawwifah anjuran Sofna Travel telah berlangsung dengan jayanya di HQ Sofna Travel, Alor Setar, Kedah, pada Khamis lalu. Program tersebut mendapat sambutan menggalakkan daripada peserta yang berminat mendalami ilmu serta kemahiran dalam bidang mutawwif dan mutawwifah.

Sepanjang kursus berlangsung, pelbagai perkongsian menarik telah disampaikan kepada para peserta merangkumi aspek pengendalian jemaah, komunikasi, pengurusan ibadah serta persediaan praktikal sepanjang perjalanan umrah.

Sofna Travel berhasrat untuk terus menganjurkan Kursus Mutawwif dan Mutawwifah pada masa akan datang bagi memberi peluang kepada lebih ramai individu yang berminat menyertai bidang tersebut.

Peserta kursus akan dilatih untuk menjadi mutawwif dan mutawwifah yang berkualiti, berilmu serta mampu membimbing jemaah dengan penuh amanah dan profesional. Latihan yang diberikan merangkumi pembelajaran secara teori sehingga ke praktikal bagi memastikan peserta benar-benar bersedia menghadapi situasi sebenar.

Orang ramai yang sedang mencari peluang untuk menjadi sebahagian daripada pasukan mutawwif dan mutawwifah dijemput untuk menyertai program anjuran Sofna Travel pada masa akan datang.



Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah Swt kerana dengan izin-Nya, Sofna Travel dapat men...
14/05/2026

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah Swt kerana dengan izin-Nya, Sofna Travel dapat menganjurkan Majlis Ilmu Persediaan Menjadi Mutawwif / Mutawwifah pada 15/5/2026.

Ustaz Yusof iaitu Pengasas/Pengarah Sofna Travel & Tours sendiri menyampaikan Kursus pada pagi ini.

Semoga Majlis Ilmu pada hari ini memberi manfaat dan menjadi asbab untuk kita semua terus istiqamah dalam menyantuni Duyufurahman, InsyaAllah.

14/05/2026

Lokasi HQ Sofna Travel & Tours Sdn Bhd yang terletak di Bandar Stargate Alor Setar Kedah.

#

14/05/2026
13/05/2026

โ€œDi tengah sibuk mengejar dunia,
ada hati yang diam-diam menangis rindu pada Kaabah.

Bukan semua yang melihat akan dijemput,
dan bukan semua yang berhajat akan sampaiโ€ฆ
tetapi mereka yang terus berdoa,
Allah akan temukan jalannya. ๐Ÿค

Mungkin hari ini kita hanya melihat gambar Mekah,
siapa tahu nanti kita sendiri berdiri di depan Kaabah
sambil air mata jatuh tanpa sedar.

โ€˜Ya Allahโ€ฆ jemputlah aku menjadi tetamu-Mu.โ€™โ€

&Tours

08/05/2026

Pakej Muradani 14 Malam
Nikmati perngalaman Umrah lebih lama, tenang dan lebih bermakna bersama Sofna Travel & Tours Sdn Bhd.

Penerbangan Terus Saudi Airlines
Penerbangan Confirmed
Tarikh : 29 September 2026 - 13 Oktober 2026
Makan 3 kali sehari (Fullboard)
Hotel 180-300m

Bukan sekadar perjalanan....
Tetapi jemputan menjadi tetamu Allah.

Tempat Terhad
Mulakan langkah manuju Baitullah bersama Sofna Travel & Tours

Nak info lanjut? wasap kami sekarang

https://www.wasap.my/60197175798/Muradani14malam
https://www.wasap.my/60197175798/Muradani14malam
https://www.wasap.my/60197175798/Muradani14malam

Address

No 198, Tingkat 1, Jalan BSG 8, Bandar Stargate, Lubuhraya Sultanah Bahiyah, 05400 Alor Setar
Alor Setar
05100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sofna Travel & Tours Sdn. Bhd. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Sofna Travel & Tours Sdn. Bhd.:

Share

Category