Geng Lori Malaysia

Website

Geng Lori Malaysia Sila kongsikan dengan kami sebarang perkara berkaitan dengan LORI di ruang TIMELINE

PERKHIDMATAN :
- Penghantaran Barang I Produk Pertanian
- Penghantaran Barang I Produk Kilang
- Penghantaran Barang I Produk Kayu I Plastik I Besi
- Perkhidmatan Penghantaran barang2 Kilang I Gudang
- Perkhidmatan Penghantaran Perabot
- dan lain-lain



Kami juga menerima sebarang kontrak I tender I pajak dari pihak persendirian
I syarikat secara mingguan, bulanan atau tahunan yang menggunakan perhidmatan
lori serta logistic & distribution. Sebarang pertanyaan boleh ajukan kepada kami:
e-Mail: [email protected]

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT HARI MALAYSIA 2026 πŸ‡²πŸ‡Ύ16 September 2026Whiz International Logistic Sdn. Bhd. mengucapkan Selamat Hari Malaysia...
16/09/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT HARI MALAYSIA 2026 πŸ‡²πŸ‡Ύ

16 September 2026

Whiz International Logistic Sdn. Bhd. mengucapkan Selamat Hari Malaysia 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Hari Malaysia mengingatkan kita bahawa kekuatan negara terletak pada perpaduan, kerjasama dan semangat untuk bergerak maju bersama.

Dalam dunia logistik, setiap perjalanan memerlukan kerjasama daripada pemandu, pasukan operasi, pelanggan, rakan niaga hinggalah seluruh warga kerja.

πŸš› Berbeza latar belakang, satu tujuan.
🀝 Bersama kita bergerak.
πŸ‡²πŸ‡Ύ Bersama kita membina Malaysia.

Semoga Malaysia terus aman, makmur dan maju, serta menjadi negara yang lebih baik untuk generasi akan datang.

Selamat Hari Malaysia 2026!

Ikhlas daripada,
Whiz International Logistic Sdn. Bhd.
Moving Forward, Together. πŸ‡²πŸ‡ΎπŸš›





03/09/2026

Assalamualaikum semua,

Dengan dukacitanya dimaklumkan bahawa En. Muhammad Zamzuri bin Abdullah (Abang Zam/Abang Chik) telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

Mohon semua sedekahkan Al-Fatihah buat arwah.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa arwah, merahmati rohnya dan menempatkan arwah dalam golongan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

πŸ“Œ JAWATAN KOSONGπŸš› DRIVER LORI BONDED 3 TAN🏒 Whiz International Logistics Sdn. Bhd.Whiz la ni dok ligan cari driver lori ...
02/09/2026

πŸ“Œ JAWATAN KOSONG

πŸš› DRIVER LORI BONDED 3 TAN
🏒 Whiz International Logistics Sdn. Bhd.

Whiz la ni dok ligan cari driver lori bonded 3 tan yang ada pengalaman. Kerja tetap, trip ada, gaji jalan. πŸ‘

Syarat:
βœ… Ada lesen GDL
βœ… Berpengalaman bawa lori 3 tan
βœ… Disiplin, jujur & bertanggungjawab
βœ… Sedia kerja lokal / outstation bila perlu

Benefit:
πŸ’° Gaji ikut pengalaman & trip
πŸ“‹ KWSP + SOCSO
πŸ’΅ Gaji masuk awal bulan

πŸ“² WhatsApp: +60 12-414 7531
☎️ Office: 04-333 1378
πŸ“§ Email: [email protected]

πŸ‘‰ Minat nak kerja? Jangan dok tunggu lama. Mai apply cepat! πŸš›πŸ’¨

πŸŒ™ SALAM MAULIDUR RASUL ο·ΊWhiz International Logistics Sdn. Bhd. mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H kepada...
24/08/2026

πŸŒ™ SALAM MAULIDUR RASUL ο·Ί

Whiz International Logistics Sdn. Bhd. mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H kepada seluruh umat Islam.

Marilah kita bersama-sama memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW dengan menghayati perjuangan, akhlak mulia, sifat amanah, kasih sayang dan teladan yang Baginda tunjukkan.

Semoga semangat Maulidur Rasul menjadi pedoman untuk kita terus membina kehidupan dan pekerjaan yang berteraskan amanah, kejujuran, disiplin dan saling menghormati.

🀲 Allahumma solli β€˜ala Muhammad wa β€˜ala ali Muhammad.

Ikhlas daripada,
Pengurusan & Warga Kerja
Whiz International Logistics Sdn. Bhd.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul ο·Ί
Meneladani Rasulullah SAW, Membina Insan Berakhlak.

πŸš› CARI KERJA HAULIER? JOM JOIN WHIZ! πŸš›πŸ“ Base: Butterworth, Pulau PinangWhiz International Logistics sedang mencari PEMAN...
29/06/2026

πŸš› CARI KERJA HAULIER? JOM JOIN WHIZ! πŸš›

πŸ“ Base: Butterworth, Pulau Pinang

Whiz International Logistics sedang mencari PEMANDU LORI (HAULIER) untuk menyertai pasukan kami.

βœ… Gaji Tetap βœ… Insentif Trip βœ… EPF & SOCSO βœ… Kerja Stabil Sepanjang Tahun βœ… Trip Lokal & Outstation

Syarat: βœ”οΈ Sihat tubuh badan βœ”οΈ Tiada rekod jenayah βœ”οΈ Mempunyai lesen yang sah βœ”οΈ Bertanggungjawab & komited terhadap kerja

πŸ“² Nak mohon? Senang saja! Copy & paste maklumat berikut dan WhatsApp kami:

Nama: No. HP: No. IC: Alamat: Lesen: No. Tel Kecemasan: Pengalaman Lori: Masih Bekerja / Tidak:

⚠️ Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga.

☎️ 012-414 7531 / 012-442 7808 / 012-614 7858 / 04-333 1378 πŸ‘©β€πŸ’Ό Cik Ija / Cik Fatin

🏒 Whiz International Logistics

Pemandu berpengalaman dalam operasi haulier amat dialu-alukan memohon.

πŸŒ™ Salam Maal Hijrah 1448H πŸŒ™Daripada kami diWHIZ International Logistics Sdn. Bhd.Sempena kedatangan Tahun Baharu Islam 1...
16/06/2026

πŸŒ™ Salam Maal Hijrah 1448H πŸŒ™

Daripada kami di
WHIZ International Logistics Sdn. Bhd.

Sempena kedatangan Tahun Baharu Islam 1448 Hijrah, kami ingin mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharram kepada seluruh umat Islam.

Semoga tahun baharu ini menjadi titik permulaan yang lebih baik buat kita semua, dipenuhi dengan keberkatan, ketenangan, kesihatan yang baik serta kejayaan dalam setiap usaha yang dilakukan.

Marilah kita menghayati semangat hijrah dengan memperbaharui azam, memperkukuhkan ukhuwah dan meningkatkan amal kebajikan demi masa depan yang lebih cemerlang.

✨ Salam Maal Hijrah 1448H
"Hijrah Membawa Perubahan, Keikhlasan Membawa Keberkatan."

Ikhlas daripada,
WHIZ International Logistics Sdn. Bhd. πŸŒ™πŸ€²πŸ»βœ¨

26/05/2026

πŸŒ™βœ¨ Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H βœ¨πŸŒ™

Ikhlas daripada seluruh warga
🏒 Whiz International Logistics Sdn. Bhd.

Semoga Aidiladha ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan keselamatan buat semua.
Hati-hati di jalan raya dan selamat pulang ke kampung halaman. πŸš›πŸ’š

Salam Aidiladha, Maaf Zahir & Batin.

πŸŒ™βœ¨ Selamat Hari Raya Aidiladha βœ¨πŸŒ™Ikhlas daripada seluruh warga🏒 Whiz International Logistics Sdn. Bhd.Semoga Aidiladha k...
26/05/2026

πŸŒ™βœ¨ Selamat Hari Raya Aidiladha βœ¨πŸŒ™

Ikhlas daripada seluruh warga
🏒 Whiz International Logistics Sdn. Bhd.

Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, ketenangan dan kebahagiaan buat semua.
Dalam semangat pengorbanan dan keikhlasan, semoga kita terus diberi kekuatan untuk melangkah maju bersama keluarga, masyarakat dan rezeki yang diberkati.

Hati-hati di jalan raya kepada semua yang pulang ke kampung halaman.
Semoga selamat pergi dan selamat kembali. πŸš›πŸ’š

πŸŒ™ Salam Aidiladha 1447H
Maaf Zahir & Batin daripada kami di Whiz International Logistics Sdn. Bhd.

WACANA ILMU BIL. 20/2026Ingin dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) akan menganjurkan Wacana Ilmu...
22/05/2026

WACANA ILMU BIL. 20/2026

Ingin dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) akan menganjurkan Wacana Ilmu Bil. 20/2026 bertajuk Crisis Management: How to Develop an Effective Crisis Management Plan for the Logistics Industry mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 25 Mei 2026 (Isnin)
Masa : 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Platform: Google Meet
Pautan : https://meet.google.com/auc-vcan-ucf

E-Sijil akan diberikan.
Tuan/Puan adalah dijemput untuk hadir. Pohon kerjasama tuan/puan untuk mendaftar di pautan ini : https://forms.gle/UDhh6XpWczPGms6X9 bagi tujuan rekod atau scan QR yang tertera di poster yang dilampirkan.



Address

Butterworth,
Butterworth

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Geng Lori Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share