10/02/2026
BREAKING NEWS, TW Racing Team mengumumkan kolaborasi bersama Skutahub bagi menghadapi Kejuaraan Pro-Am musim ini sebagai Official Technical Partner.
Kerjasama ini menyaksikan TW Racing Team berganding bahu dengan Skutahub, sebuah empayar bengkel yang cukup dikenali dalam dunia permotoran tempatan, khususnya dalam pembangunan prestasi, teknikal dan sokongan jentera. Gabungan kepakaran teknikal Skutahub dan platform perlumbaan TW Racing Team dijangka mampu memberi impak positif bukan sahaja kepada pasukan, malah kepada landskap sukan permotoran Malaysia secara keseluruhan.
Azizul @ Joe, pengasas Skutahub yang juga bertindak sebagai Crew Chief TW Racing Team Pro-Am:
“Semoga kerjasama ini dapat terus merancakkan dunia permotoran di Malaysia serta membantu pelumba baharu dan berpengalaman untuk mengembangkan lagi bakat mereka.”
Sementara itu, Team Manager TW Racing Team, Toshi, turut menyatakan keyakinan terhadap kolaborasi ini:
“Kami percaya pengalaman dan kepakaran Skutahub akan menjadi aset penting kepada pasukan. Kerjasama ini bukan sahaja fokus kepada keputusan perlumbaan, tetapi juga pembangunan jangka panjang pelumba dan pasukan.”
TW Racing Team optimis kerjasama ini akan menjadi langkah penting dalam usaha bersaing secara konsisten di pentas Pro-Am musim ini.
Terus Menyokong TW Racing!!