28/10/2025
Jimat Masa dan Bajet ke Thailand Melalui Jalan Darat?? โ
โ
โ
Penafian: Cara dan tips yang dipaparkan di dalam penulisan ini mungkin praktikal kepada sesetengah orang sahaja.
Kami pernah terfikir apa agaknya yang akan berlaku jika bergerak ke Bukit Kayu Hitam pada tengah malam dan menjelang pagi boleh terus cross sempadan masuk ke Thailand.
Jadi, pada cuti perayaan Tahun Baru Cina beberapa tahun yang lepas, kami mengambil keputusan untuk bergerak pada pukul 11.00 malam dari Kuala Lumpur dan terus menuju ke utara. Konsep perjalanan kami adalah santai, gembira, tidak rushing, berhenti makan/minum, mengantuk berhenti tidur di R&R dan kami suami isteri bergilir-gilir memandu. Anak-anak kami yang berumur 11 dan 7 tahun pada waktu tersebut seperti biasa terlebih seronok, namun belum sampai 1 jam, mereka sudah tertidur.
Kami tiba di salah sebuah Masjid di Bukit Kayu Hitam, Kedah lebih kurang pukul 6.00 pagi. Terus mandi, solat subuh dan rehat sebentar. Dalam pukul 7.30 pagi, kami keluar dan patah balik ke kawasan sekitar untuk membeli insuran kereta dan juga โSim Cardโ Thailand. Beli terus di sana memudahkan urusan kami untuk menggunapakai talian internet sejurus memasuki sempadan. Kos insuran yang kami ambil biasanya kategori โVoluntaryโ (Takaful Pihak Ketiga โ amat digalakkan untuk ambil bagi melindungi diri dari tuntutan pihak ketiga jika terlibat kemalangan. Juga membantu menghidari kita dari membayar pampasan yang di luar jangkaan). Harga yang kami biasa bayar adalah sekitar RM190-RM200 untuk 8 hari kategori MPV. Kategori kereta biasa lagi murah. Anda boleh membuat carian yang sewajarnya.
Harga Sim Card Thailand p**a pelbagai, terp**ang kepada pakej yang kita perlukan. Macam kami, kami akan pilih pakej unlimited berdasarkan tempoh kami tinggal di sana. Anggaran harga adalah antara RM10 โ RM25. Kami biasanya akan beli 2 sim card untuk memudahkan penggunaan memandangkan kadang-kadang pergerakan kami berbeza-beza semasa di tempat-tempat tertentu atau semasa suami menurunkan saya/anak-anak di sesuatu tempat dan mencari parking. Jadi, setelah beberapa kali ke Thailand, kami mendapati memiliki 2 sim card adalah pilihan terbaik untuk memudahkan semua urusan.
Ok cukuplah dulu perkongsian tentang perjalanan kami dari Kuala Lumpur sehingga memasuki sempadan Thailand. Menerusi perkongsian ini, dapatlah disimpulkan, penjimatan masa dapat dilakukan kerana kami bertolak malam dari KL. Sekurang-kurangnya kami dapat terus masuk ke Thailand dan menuju ke Danok โ Hatyai dan bersarapan di sana, serta dapat melawati tempat-tempat tertentu bermula pada pagi hari. Juga kami dapat menjimatkan kos bermalam di hotel. Sekian, semoga bermanfaat. Jumpa lagi dalam posting seterusnya. ๐๐ช๐ป