15/05/2025
Jawatan: Pemandu Lori (1 Tan & 2 Tan)
Lokasi: Bukit Katil, Melaka
Syarikat: Permata Airiz Enterprise (Perkhidmatan Lori Sewa)
Kami sedang mencari calon yang bertanggungjawab dan berdedikasi untuk menyertai pasukan kami sebagai Pemandu Lori bagi perkhidmatan sewa lori syarikat kami.
---
TANGGUNGJAWAB:
1) Menghantar barangan mengikut jadual dan tempahan pelanggan
2) Memastikan barangan dihantar dengan selamat dan tepat pada masanya
3) Membantu memuat dan memunggah barang jika diperlukan
4) Menjaga kebersihan dan penyelenggaraan asas lori
5) Berkomunikasi dengan baik bersama pelanggan dan pasukan operasi
---
KRITERIA & KEPERLUAN:
1) Lelaki berumur 21 hingga 45 tahun
2) Sihat tubuh badan dan mampu mengangkat barang berat jika perlu
3) Mempunyai lesen memandu yang sah (B2, D & GDL)
4) Tidak pernah mempunyai rekod jenayah
5) Mahir menggunakan aplikasi Waze / Google Maps
6) Rajin, jujur, bertanggungjawab, amanah dan boleh mengikut arahan
7) Boleh bekerja lebih masa termasuk pada hari Ahad (dikira OT jika diperlukan)
8) Mempunyai pengalaman sebagai pemandu lori satu kelebihan, tetapi bukan syarat wajib
---
WAKTU KERJA:
1) Isnin hingga Sabtu
2) Ahad (jika diperlukan – dikira kerja lebih masa/OT)
---
GAJI & FAEDAH:
1) Gaji asas: RM1,700
2) Caruman SOCSO
3) Elaun trip (mengikut jarak/tempahan)
4) Peluang OT & insentif tambahan
---
CARA MEMOHON:
Calon yang berminat boleh menghantar CV/resume ke:
[email protected]
(Sila nyatakan tajuk emel: Permohonan Jawatan Pemandu Lori)
Selamat Maju Jaya.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN :
31 Mei 2025
Permata Airiz merupakan syarikat Pengangkutan yang menyediakan perkhidmatan LORI 1Tan, 3Tan serta BA