Part Time PW2 PW4 Ilpapnt

Part Time PW2 PW4 Ilpapnt Kursus Part Time Pendawai Kompeten Suruhanjaya Tenaga PW2 dan PW4 di Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai Nibong Tebal Pulau Pinang

๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐๐„๐‘๐’๐„๐ƒ๐ˆ๐€๐€๐ ๐Š๐„๐Š๐Ž๐Œ๐๐„๐“๐„๐๐€๐ ๐๐„๐๐ƒ๐€๐–๐€๐ˆ ๐๐–๐Ÿ & ๐๐–๐Ÿ’ ๐’๐„๐๐€๐‘๐”๐‡ ๐Œ๐€๐’๐€Anda berminat untuk memiliki Sijil Kekompetenan Pendawai E...
29/10/2024

๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐๐„๐‘๐’๐„๐ƒ๐ˆ๐€๐€๐ ๐Š๐„๐Š๐Ž๐Œ๐๐„๐“๐„๐๐€๐ ๐๐„๐๐ƒ๐€๐–๐€๐ˆ ๐๐–๐Ÿ & ๐๐–๐Ÿ’ ๐’๐„๐๐€๐‘๐”๐‡ ๐Œ๐€๐’๐€

Anda berminat untuk memiliki Sijil Kekompetenan Pendawai Elektrik PW2 dan PW4? Tak tahu apa syarat dan prosedur yang untuk mendapatkan sijil tersebut secara separuh masa?

Jom sertai kursus separuh hari dengan kami. Kami terangkan satu-persatu secara lebih terperinci untuk kefahaman anda! Kursus yang akan dilaksanakan adalah seperti ketetapan berikut:

๐Ÿ“ Tajuk : ๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—ฆ๐—จ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—˜๐——๐—œ๐—”๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ž๐—ข๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ง๐—˜๐—ก๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—”๐—ช๐—”๐—œ ๐—ฃ๐—ช๐Ÿฎ & ๐—ฃ๐—ช๐Ÿฐ ๐—ฆ๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ฅ๐—จ๐—› ๐— ๐—”๐—ฆ๐—”
๐Ÿ—“ Tarikh : ๐Ÿต ๐—ก๐—ข๐—ฉ๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ (๐—ฆ๐—”๐—•๐—ง๐—จ)
โฐ Masa : ๐Ÿต:๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—ฃ๐—”๐—š๐—œ - ๐Ÿญ:๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—ฃ๐—˜๐—ง๐—”๐—ก๐—š
๐Ÿ“ Lokasi : ๐—•๐—˜๐—ก๐—š๐—ž๐—˜๐—Ÿ ๐—ง๐—˜๐—ž๐—ก๐—ข๐—Ÿ๐—ข๐—š๐—œ ๐—˜๐—Ÿ๐—˜๐—ž๐—ง๐—ฅ๐—œ๐—ž ๐—œ๐—Ÿ๐—ฃ ๐—”๐—ฃ๐—ก๐—ง
๐Ÿ’ฐ Yuran : ๐—ฅ๐— ๐Ÿญ๐Ÿฑ.๐Ÿฌ๐Ÿฌ
๐Ÿ”— Pautan : https://forms.gle/yYLEBxxT5wWvBb1H8

๐ˆ๐๐…๐Ž ๐๐„๐๐“๐ˆ๐๐†
๐Ÿ“Œ Sijil Kehadiran disediakan kepada semua peserta
๐Ÿ“Œ Yuran yang sangat berpatutan.
๐Ÿ“Œ Minum pagi akan disediakan.
๐Ÿ“Œ Penyertaan terbuka kepada semua golongan masyarakat.

Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada semua!

โœณ๏ธโœณ๏ธโœณ๏ธโœณ๏ธโœณ๏ธโœณ๏ธโœณ๏ธโœณ๏ธโœณ๏ธโœณ๏ธโœณ๏ธโœณ๏ธโœณ๏ธโœณ๏ธโœณ๏ธโœณ๏ธ

๐‚๐จ๐ซ๐ฉ๐จ๐ซ๐š๐ญ๐ž & ๐„๐ฆ๐ฉ๐ฅ๐จ๐ฒ๐ฆ๐ž๐ง๐ญ ๐’๐ฎ๐ฉ๐ฉ๐จ๐ซ๐ญ ๐’๐ž๐ซ๐ฏ๐ข๐œ๐ž (๐‚๐„๐’๐’)
Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai
Nibong Tebal, Pulau Pinang
โ˜Ž๏ธ+604-5956088 / 6016 / 6011

โ€œ๐™€๐’Ž๐™ฅ๐’๐™ฌ๐’†๐™ง๐’Š๐™ฃ๐’ˆ ๐‘บ๐™ ๐’Š๐™ก๐’๐™จ, ๐‘ฐ๐™œ๐’๐™ž๐’•๐™ž๐’๐™œ ๐™๐’–๐™ฉ๐’–๐™ง๐’†๐™จโ€
โ€œ๐‘ด๐™š๐’Ž๐™ฅ๐’†๐™ง๐’Œ๐™–๐’”๐™–๐’Œ๐™–๐’ ๐™†๐’†๐™ข๐’‚๐™๐’Š๐™ง๐’‚๐™ฃ, ๐‘ด๐™š๐’๐™ฎ๐’†๐™ข๐’‚๐™ง๐’‚๐™ ๐’Œ๐™–๐’ ๐‘ด๐™–๐’”๐™– ๐™ƒ๐’‚๐™™๐’‚๐™ฅ๐’‚๐™ฃโ€














Sila sertai grup WhatsApp PW2 & PW4 PART TIME ILPAPNT:

https://chat.whatsapp.com/BqKLLao6PLsCT5gFBKBNgJ

09/09/2024

708 likes, 39 comments. โ€œ ใ‚šviral โ€

07/12/2023
15/04/2021

Pendawai Fasa Tiga (PW3)

Kelayakan yang dikehendaki adalah:-

- Mempunyai Perakuan Kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal (PW1/PW2) ;
- Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya satu (1) tahun dalam bidang pendawaian elektrik dengan kontraktor elektrik/Unit Pendawai Persendirian yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga atau bekerja dengan Jabatan/Agensi Kerajaan serta mempunyai buku log yang lengkap mengikut tempoh pengalaman kerja.
- Telah memiliki Perakuan Kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal (PW1/PW2) sekurang-kurangnya satu (1) tahun dari tarikh dikeluarkan; dan
- Perakuan Kekompeten Pendawai Fasa Tunggal itu berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga.

ATAU

Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya tiga (3) tahun dalam bidang pendawaian elektrik dengan kontraktor elektrik/Unit Pendawai Persendirian yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga atau bekerja dengan Jabatan/Agensi Kerajaan serta mempunyai buku log yang lengkap mengikut tempoh pengalaman kerja.
Calon-calon yang lulus peperiksaan Perakuan Kekompetenan Pendawai Fasa Tiga (PW3) dan telah mempunyai Perakuan Pendawai Fasa Tunggal dengan Endorsan Pengujian (PW2), beliau layak mendapat sijil Perakuan Kekompetenan Pendawai Fasa Tiga dengan Endorsan Pengujian (PW4) dengan syarat fi peperiksaan untuk menduduki peperiksaan pengendorsan pengujian dijelaskan.

15/04/2021

Syarat-Syarat Untuk Menduduki Peperiksaan Perakuan Kekompetenan Pendawai Elektrik
(Peraturan 50, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 dan pindaan-pindaannya)

Pendawai Fasa Tunggal (PW1)

- Seorang warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun.
- Kelayakan pendidikan minima yang telah ditetapkan adalah tamat tingkatan lima sekolah bantuan kerajaan.
- Mempunyai pengalaman kerja yang berkaitan dengan pendawaian elektrik selama dua (2) tahun dengan kontraktor elektrik atau Unit Pendawai Persendirian yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga.
- Boleh bertutur dan menulis dalam bahasa kebangsaan.
- Mempunya pengetahuan dan kemahiran amali yang mencukupi dalam pendawaian sesuatu pepasangan
- Mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang pertolongan cemas, pemulihan pernafasan dan rawatan renjatan elektrik
- Mempuyai pengetahuan mencukupi tentang Akta dan apa-apa peraturan yang dibuat dibawahnya

Pengecualian:
- Bagi pemohon yang mempunyai sijil SKM peringkat pertengahan atau Tahap 2 dan mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya satu (1) tahun dengan kontraktor elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga selepas memegang SKM selama satu (1) tahun adalah dikecualikan dari peperiksaan teori, amali dan lisan.
- Pemohon tersebut mestilah tamat tingkatan lima sekolah bantuan kerajaan.
- Mana-mana calon yang layak mendapat pengecualian, hanya akan dianugerahkan Perakuan Kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal tanpa Endorsan Pengujian (PW1).
- Calon-calon yang berhasrat untuk mendapatkan Perakuan Kekompetenan Pendawai dengan Endorsan Pengujian (PW2), mereka hendaklah menduduki peperiksaan lisan (pengujian) dan jika gagal dalam peperiksaan lisan tersebut, calon hanya akan dianugerahkan Perakuan Kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal tanpa Endorsan Pengujian (PW1) sahaja.
- Mana-mana calon yang ingin menduduki peperiksaan pendawai berserta endorsan pengujian (PW2), mereka hendaklah membayar fi peperiksaan (RM50.00) dan fi peperiksaan Endorsan Pengujian (RM50.00). Jumlah yang perlu dibayar adalah RM100.00.

02/05/2020

Lepas PKP baru boleh tengok apa perkembangan seterusnya dalam latihan.

16/10/2019

Kursus separuh masa PW4 atau PW2 kita buat persijilan ST dengan syarat2 yang ditetapkan oleh ST.

PW4
1. Mesti ada PW2
2. Telah daftar PW2 1 tahun dgn ST
3. Pengalaman kerja 1 tahun dgn kontraktor berdaftar dgn ST
4. Salinan kwsp/ soccso

PW2
1. 2 tahun pengalaman kerja dgn kontraktor berdaftar dgn ST
2. Salinan kwsp/soccso
3. Tamat tingkatan 5

03/10/2019

Sesi 1/2020.. sapa berminat sila hubungi segera.

PW2 dan PW4 part time.
Kelas boleh bincang nak buat bila.
Peserta sama2 putuskan.

Address

INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN ARUMUGAM PILLAI NIBONG TEBAL
Nibong Tebal
14300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Part Time PW2 PW4 Ilpapnt posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Part Time PW2 PW4 Ilpapnt:

Share