15/08/2020
Ada pihak bertanya kepada kami mengapa Bokashi Farmers tak beri ilmu free tentang cuka kayu
Tiada pihak bagi kami ilmu atau produk free. Bengkel teknikal ni inisiatif kami kepada pelanggan yang beli produk
Selepas kami bertungkus lumus menyediakan sop kepada pengguna dan mempopularkan produk yang dipandang sepi ini, ramai pihak meniru sop syarikat kerana panduan cuka kayu memang rumit tapi pembotolan senang
Cuka kayu mempunyai sukatan berbeza-beza dan konsep organik yang berlainan dari produk kimia, cara bancuh, tips, pantang larang memang banyak perkara tak terduga dan hasil penggunaan yang padu bergantung kepada parameter luar. Untuk mengajar anda ini semua tidak mudah, kerana ANDA memerlukan masa dan bimbingan
Kami juga telah alami keadaan pesaing cemburu dengan sambutan produk dan membuat tuduhan viral. Namun mereka tidak memerhatikan bagaimana kami gigih menyediakan produk yang bagus
Cuka kayu Kitbaja keluaran Bokashi Farmers unik daripada pasaran kerana merupakan penyediaan 'custom made' dan melalui pemeringkatan untuk mengurangkan kandungan toksin
Hasilnya ialah Kitbaja dengan gred agrikultur bermutu tinggi, 100% organik, 100% pekat dan kurang tar. Prestasi juga semakin cepat, risiko minimum dan cerapan lebih singkat. Cuka kayu Kitbaja merupakan pelaburan dan ilmu yang menguntungkan makmal bagi seorang petani
Pilih satu tong 27 liter dan sertai bengkel ini jika anda ingin naik taraf ilmu saintifik pertanian