12/04/2026
Istiqamah dalam beramal membawa rahmat besar, di mana Allah SWT tetap mengurniakan pahala penuh buat hamba-Nya walaupun rutin ketaatan terhenti seketika akibat sakit, musafir atau tertidur.
Sesungguhnya Allah mencintai amalan yang dilakukan secara berterusan. Bahkan, apabila seseorang yang terbiasa mengerjakan tahajjud tertidur kerana keletihan, tidurnya itu tetap dianggap sebagai suatu kurniaan dan pemberian daripada Allah kepadanya.