Nazri Tan

Nazri Tan Kisah kerja seorang pemandu lori
(3)

23/08/2026

Masuk tahun ke dua aku dengan SG Power.
Kompeni sekarang ni boleh dikatakan banyak ambil barang sendiri. Tak macam kompeni sebelum ini yang ambil order dari merata tempat. Perjalanan sebelum ini seluruh semenanjung berbanding sekarang banyak di kawasan Selangor membawa ke Johor.
Cabaran tetap ada. Sekarang ni boleh dikatakan banyak masuk taman taman perumahan. Ye la. Nak buat rumah kukuh rumah besar mesti guna mesin. Takkan la nak guna cangkul.
Nak sampaikan ke lokasi dalam video ini, aku kena lalu belakang Damansara Shell. Masuk ikut Ara Damansara. Kalau bayar tol Damansara atau datang dari LDP, kita akan jumpa jambatan rendah. Kepala lori pun tak lepas kalau tak silap aku la. Ada lagi satu jalan kalau tak silap aku boleh datang dari Surian Tunnel. Apa yang boleh aku katakan, dapat lokasi jangan tekan terus menonong pergi. Sebaiknya tengok laluan mana yang maps syorkan. Pastikan sesuai baru ikut.
Lagi satu aku nak pesan. Lepas isi barang ikat kemas kemas. Guna logik akal kita yang baligh tu supaya barang yang kita bawa selamat sampai ke lokasi. Bukannya berterabur atas jalan sampai susahkan orang lain sampai buat caption benda dah nak jadi. Sampai bila nak salahkan si Kadir? Tak kesian ke dengan si Kadir?

Abaikan tarikh pada gambar. Hari ni jadi hal lagi. Tak tau apa punca. Sebab masa aku sampai barang semua dah ada tepi gu...
06/08/2026

Abaikan tarikh pada gambar. Hari ni jadi hal lagi. Tak tau apa punca. Sebab masa aku sampai barang semua dah ada tepi guard rail sebelah kiri. Tak dan sebulan. Jadi hal lagi. Mujur tak pindah. 🥴

S**a aku ingatkan. Sebelum sampai lokasi pada gambar, papan tanda kelajuan adalah 40kmj. Ingat…!!! Itu untuk kenderaan ringan. Kalau lori, 30kmj dan kebawah. Bukan aku kata. Cikgu yang masa aku berkursus tu kata. Tak percaya? Pergilah kursus.

Di Malaysia, apa alasan kita lepas isi barang tak nak ikat atau ikat cincai?
03/08/2026

Di Malaysia, apa alasan kita lepas isi barang tak nak ikat atau ikat cincai?

20/07/2026

Site Data Centre Bandar, Cemerlang Ulu Tiram, Johor.

19/07/2026

Walau pun contoh, tapi betul…. 😷

16/07/2026

Labohan Dagang. Bersebelahan dengan Megasteel. Masuk ikut ND Paper. Orang lain dah rancak. Aku baru nak masuk.

Dulu pergi sekolah menuntut ilmu. Sekarang ni pergi sekolah juga untuk bantu kembangkan ilmu. Itu sahaja yang termampu. ...
12/07/2026

Dulu pergi sekolah menuntut ilmu. Sekarang ni pergi sekolah juga untuk bantu kembangkan ilmu. Itu sahaja yang termampu.

Semenjak kerja di SG Power ni, boleh dikatakan laluan kerja aku antara Selangor ke Johor sahaja. Maknanya negeri lain yang tak berada di laluan tu aku tak pergi dah dengan lori. Nak dijadikan rezeki, syukur alhamdulillah dapat juga aku pergi ke negeri lain yang bukan dalam laluan.
Siap isi jam 11 malam di Elmina, sampai S*k sebelum tengah hari. Satu jam sahaja tidur di Tapah. Paling mental lepas simpang Bertam jalan Jammed sampai lepas hentian Sungai Muda sebab ada lori terbalik atas jambatan.

Apa pun terima kasih juga kepada rakan pemandu yang membantu melancarkan perjalananan aku. 🫡

05/07/2026

Sambung kisah di Tanah Melintang, Senaling, Negeri Sembilan. Agak susah nak keluar dari site ini disebabkan kedudukan tiang. Keluar dari site, aku terpaksa belok kanan. Lepas tu undur masuk di hadapan balai raya kemudian belok kiri untuk ke Senaling. Apa pun terima kasih orang kampung sini yang sabar dengan kepayahan yang kami hadapi.

19/06/2026

Takde kawan ke nak nak tanya jalan? 🤔

Benda dah lepas kita tak boleh buat apa. Tapi untuk perkara yang sama tidak berulang pada orang lain, kita kena jujur be...
16/06/2026

Benda dah lepas kita tak boleh buat apa. Tapi untuk perkara yang sama tidak berulang pada orang lain, kita kena jujur beritahu. Yang jadi kemalangan, korang turun gear berapa?
Laluan ni suatu ketika dulu biasa bagi aku. Nak tahu aku turun gear berapa tonton video ini sampai habis.

Address

Rawang

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nazri Tan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share