Maahad Tahzib - Pengurusan Wakaf, Qurban dan Badal Haji

Maahad Tahzib - Pengurusan Wakaf, Qurban dan Badal Haji M Tahzib mempunyai Madrasah yang berpusat di seksyen 13 Shah Alam. Sebarang pertanyaan, klik sahaja button Whatsapp di page untuk berhubung dengan staff kami.

Antara servis yang M Tahzib tawarkan adalah pengurusan badal haji dan badal umrah serta umrah.

05/09/2026

🇰🇭 MENYAMPAIKAN AMANAH & MENYAMBUT MAULIDUR RASUL DI BUMI KEMBOJA 🤍

Alhamdulillah, pada Khamis, 3 September 2026, tim Maahad Tahzib yang diketuai oleh Ketua Operasi, Ustaz Syaban, bersama Ustaz Kamal dan Ustaz Azam berpeluang turun sendiri bertemu saudara Muslim di Kampung Raoka Pram, Tboung Khmum, Kemboja.

Pada kesempatan ini, kami menyampaikan amanah Wakaf Al-Quran, telekung, kain pelikat dan kain batik hasil sumbangan para pewakaf. 🤲🏻

Selain menyampaikan amanah, kami juga berpeluang bersama penduduk setempat dalam sambutan Maulidur Rasul ﷺ, menghidupkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW dan mengeratkan ukhuwah sesama saudara Muslim. 🤍

Terima kasih kepada semua yang terus menitipkan amanah bersama Maahad Tahzib.

04/09/2026

🇰🇭 BERSAMA KAMI TIM MAAHAD TAHZIB DI KEMBOJA UNTUK SAMBUTAN MAULID AKBAR & MISI MENYAMPAIKAN AMANAH 🤍

Alhamdulillah, Tim Maahad Tahzib selamat tiba di kemboja untuk menyampaikan amanah kepada saudara Muslim di bumi Kemboja.

Semoga setiap sumbangan dan usaha yang dilakukan menjadi asbab kebaikan serta pahala yang berpanjangan buat semua yang terlibat. 🤲🏻

03/09/2026

🕋 Arwah Belum Sempat Tunaikan Haji, Apa Waris Perlu Buat?

Pertama sekali, cuba semak sama ada semasa hayatnya arwah pernah memenuhi syarat wajib haji, tetapi belum sempat menunaikannya.

Sekiranya kewajipan haji telah berlaku ke atas arwah, perkara ini perlu diberi perhatian kerana haji yang belum ditunaikan dianggap sebagai tanggungan kepada Allah SWT.

Antara ikhtiar yang boleh dilakukan oleh waris ialah menguruskan Badal Haji bagi pihak arwah.

02/09/2026

🕋 WANITA BOLEH KE BUAT BADAL HAJI UNTUK LELAKI?

Jawapannya: BOLEH.

Seorang wanita dibenarkan melaksanakan Badal Haji bagi pihak seorang lelaki.

Begitu juga sebaliknya, seorang lelaki boleh melaksanakan Badal Haji bagi pihak seorang wanita.

Jantina pelaksana bukan penghalang kepada kesahan Badal Haji.

Yang lebih utama ialah pelaksana tersebut memenuhi syarat Badal Haji, antaranya:

✅ Telah menunaikan Haji Fardu untuk dirinya sendiri terlebih dahulu.
✅ Melaksanakan Badal Haji dengan niat yang betul bagi pihak individu yang dibadalkan.

Hal ini berdasarkan hadis mengenai seorang wanita daripada kabilah Khath‘am yang bertanya kepada Rasulullah ﷺ tentang ayahnya yang telah tua dan tidak mampu menunaikan haji. Baginda ﷺ membenarkannya menunaikan haji bagi pihak ayahnya.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Jadi, tidak perlu risau sama ada pelaksana itu lelaki atau wanita. Yang penting, pelaksanaannya memenuhi syarat yang ditetapkan syarak.

31/08/2026

Dalam rezeki kita, mungkin ada bahagian untuk orang lain.

Apa yang lebih pada kita, mungkin itulah yang sedang diperlukan oleh saudara Islam kita di pedalaman Kemboja.

Masih ada keluarga yang memerlukan kelengkapan solat seperti telekung, sejadah, kain pelikat dan kain batik.

Jom bersama Maahad Tahzib berkongsi rezeki dan membantu mereka mendapatkan keperluan ibadah yang lebih sempurna. 🤍

31/08/2026

🇲🇾 SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE-69

Kemerdekaan adalah nikmat yang wajib kita syukuri.Nikmat hidup aman, beribadah dengan tenang dan membina masa depan bersama.

Rasulullah ﷺ bersabda:
“Barang siapa yang merasa aman di tempat tinggalnya, sihat tubuh badannya dan memiliki makanan untuk harinya, maka seakan-akan dunia telah dikumpulkan untuknya.”(HR.Tirmizi, no. 2346 – Hasan)

Semoga Allah terus memelihara keamanan dan keberkatan bumi Malaysia. 🤲

🇲🇾MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

30/08/2026

Rezeki kita terhenti di mana?

Tidak semua rezeki yang Allah kurniakan kepada kita hanya untuk diri sendiri. Mungkin ada sebahagiannya yang boleh dikongsi dengan mereka yang memerlukan.

Di beberapa perkampungan di Kemboja, masih ada keluarga Muslim yang serba kekurangan dan memerlukan kelengkapan untuk solat seperti telekung, sejadah, kain pelikat dan kain batik.

Semoga sedikit yang kita kongsi, besar manfaatnya buat mereka. 🤍

29/08/2026

Kenapa Allah cukupkan rezeki kita?

Mungkin kerana dalam rezeki yang kita ada, ada bahagian yang boleh kita kongsikan kepada mereka yang memerlukan.

Sempena Kempen Raikan Cinta Nabi di Kemboja, Tim Maahad Tahzib akan menyalurkan bantuan kelengkapan solat seperti sejadah, telekung, kain pelikat dan kain batik kepada saudara Islam di pedalaman Kemboja.

Jom sama-sama bantu mereka mendapatkan kelengkapan solat yang lebih sempurna. Semoga setiap manfaat daripada sumbangan ini menjadi pahala yang terus mengalir buat kita. 🤍

28/08/2026

🌿 JUMAAT, HARI TERBAIK UNTUK MENAMBAH AMAL

Hari Jumaat adalah hari yang mulia dan penuh keberkatan.

Rasulullah ﷺ bersabda:“
Sebaik-baik hari yang matahari terbit padanya ialah hari Jumaat.”
(HR. Mus
lim, no. 854)

Antara amal yang boleh kita lakukan ialah bersedekah dan membantu mereka yang memerlukan.

Allah SWT berfirman:
“Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai; pada setiap tangkai ada seratus biji.”(Surah Al-Baqa
rah: 261)

Semoga setiap sedekah yang kita keluarkan menjadi asbab keberkatan rezeki dan bekalan pahala di akhirat. 🤲🏻

28/08/2026

Mudah untuk kita, sukar untuk mereka.

Bagi kita, sejadah, telekung, kain pelikat dan kain batik mudah untuk dimiliki. Namun bagi saudara Islam di pedalaman Kemboja, kelengkapan solat yang sempurna masih menjadi satu keperluan.

Jom bersama Maahad Tahzib membantu mereka yang memerlukan. 🤍

Address

18-2F, Tingkat 2, Jalan Setia Perdana BF U13/BF, Seksyen U13 Setia Alam
Shah Alam
40170

Opening Hours

Monday 09:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 09:00 - 13:00
14:00 - 17:00

Telephone

+60108671562

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maahad Tahzib - Pengurusan Wakaf, Qurban dan Badal Haji posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share