09/08/2026
πΏ Selamat Menyambut Hari Orang Asli Sedunia πΏ
Selamat Menyambut Hari Orang Asli Sedunia kepada seluruh masyarakat Orang Asli di Malaysia, khususnya masyarakat Orang Asli di Daerah Batang Padang, Tapah.
Semoga sambutan ini menjadi wadah untuk kita terus menghargai kepelbagaian budaya, adat resam, bahasa, serta warisan yang menjadi identiti masyarakat Orang Asli. Marilah kita bersama-sama memperkukuh semangat perpaduan, saling menghormati, dan menyokong pembangunan yang inklusif demi kesejahteraan, kemakmuran serta kemajuan masyarakat Orang Asli.
Terima kasih atas sumbangan dan peranan masyarakat Orang Asli dalam memelihara khazanah alam, budaya, dan warisan negara. Semoga terus maju, sejahtera, dan diberkati.
"Menghargai Warisan, Memperkasa Komuniti."