Jom Travel

Jom Travel MOTAC : 12993 (KEMBARA IMPIAN TRAVEL & TOURS SDN BHD)

"Kerana setiap perjalanan bermula dengan sebuah impian"

Bukan sekadar percutian biasa tapi istimewa.

Komited merealisasikan impian percutian anda dengan pengalaman selesa, selamat dan bermakna.

 PETA DUNIA BARU 1.  Peta Dunia Versi Baharu Rasmi: Perhimpunan Agung PBB telah meluluskan resolusi pemetaan dunia bahar...
07/09/2026



PETA DUNIA BARU

1. Peta Dunia Versi Baharu Rasmi: Perhimpunan Agung PBB telah meluluskan resolusi pemetaan dunia baharu. Ini menjadikan peta versi lama tidak lagi relevan

2. Perubahan Saiz Benua yang Lebih Tepat: Peta baharu ini memaparkan saiz benua mengikut nisbah sebenar Afrika kini kelihatan jauh lebih luas, manakala saiz Amerika Syarikat kelihatan lebih kecil.

3. Sokongan Majoriti Antarabangsa:
Sebanyak 164 buah negara menyokong penuh resolusi pemetaan baharu ini, manakala Amerika Syarikat menjadi satu-satunya negara yang membantah.

4. Perbezaan Ketara Visual:
Jika dibandingkan dengan peta lama, perubahannya sangat jelas. Sebagai contoh, perhatikan perbezaan saiz Greenland antara versi terdahulu (2) dan versi baharu (1).

5. Panduan Membeli Peta:
Selepas ini, sekiranya anda mahu membeli peta dunia untuk kegunaan rumah atau sekolah, pastikan anda memilih versi cetakan terbaharu.

Credit to AAA

🌊✨ TRIP SEMPORNA – MALDIVES versi Malaysia ✨🌊Bayangkan bercuti di laut jernih biru kristal, coral warna-warni & suasana ...
29/08/2026

🌊✨ TRIP SEMPORNA – MALDIVES versi Malaysia ✨🌊

Bayangkan bercuti di laut jernih biru kristal, coral warna-warni & suasana pulau yang tenang 🏝️. Semua tu ada di Semporna, Sabah!

📌 Aktiviti menarik menanti anda:
✔️ Island hopping – pulau cantik macam postcard
✔️ Snorkeling / diving bersama penyu & ikan nemo 🐢🐠
✔️ Sunset view yang memang healing habis
✔️ Port bergambar lawa untuk kenangan IG-worthy 📸
💰 Pakej all-in bermula serendah RM1,990 sahaja!

🗓️ Tarikh: 8 - 11 Oct 2026 ( Flight MAS )
🚤 Limited seat, siapa cepat dia dapat!
📲 WhatsApp kami sekarang untuk lock seat ➡️

Jangan tunggu lama, Semporna ni memang destinasi yang buat hati jatuh cinta berkali-kali 💙


**atravel

Jom bercuti ke Indonesia 🇮🇩 Kami ada trip ke : ✅ Jakarta-Bandung ✅ Jogjakarta ✅ Surabaya-Bromo ✅ Batam       **atravel  ...
29/08/2026

Jom bercuti ke Indonesia 🇮🇩

Kami ada trip ke :

✅ Jakarta-Bandung
✅ Jogjakarta
✅ Surabaya-Bromo
✅ Batam

**atravel

Day 2 🇻🇳🌴 Phu QuocHari kedua di Phu Quoc… masa untuk terus menikmati setiap detik sebelum perjalanan kita sampai ke peng...
28/08/2026

Day 2 🇻🇳🌴 Phu Quoc

Hari kedua di Phu Quoc… masa untuk terus menikmati setiap detik sebelum perjalanan kita sampai ke penghujungnya. 🥹✨

Laut yang biru, angin yang sepoi-sepoi, pemandangan yang cantik dan gelak tawa bersama satu group — semuanya jadi kenangan yang tak ternilai. 🌊☀️

Kadang-kadang yang kita cari dalam perjalanan bukan sekadar tempat yang cantik… tapi momen yang buat kita tersenyum bila dikenang semula. ❤️

Day 2 — simpan kenangan, bukan sekadar gambar. 📸🇻🇳

Kembara Impian ✈️
Biar jauh perjalanan, dekat di hati. ❤️


**atravel

28/08/2026

💰 Pakej all-in bermula serendah RM1,990 sahaja!

🗓️ Tarikh: 8 - 11 Oct 2026 ( Flight MAS )
🚤 Limited seat, siapa cepat dia dapat!
📲 WhatsApp kami sekarang untuk lock seat ➡️

Jangan tunggu lama, Semporna ni memang destinasi yang buat hati jatuh cinta berkali-kali 💙

Trip Sedang berlangsung ke Phu Quoc,Vietnam 🤗. Setiap langkah perjalanan percutian ada cerita dan kenangan. Kali ni kita...
28/08/2026

Trip Sedang berlangsung ke Phu Quoc,Vietnam 🤗.

Setiap langkah perjalanan percutian ada cerita dan kenangan. Kali ni kita bawa customer Kembara Impian ke destinasi baru dalam list Kembara Impian.

So nantikan segala update sepanjang trip di page kami ok 🫰.

Date :
📅 25 - 28 Ogos 2026


**atravel

❄️🇯🇵 OPEN TRIP HOKKAIDO, JAPAN – WINTER 🇯🇵❄️☃️ Bayangkan bangun pagi…buka langsir hotel, depan mata penuh dengan salji p...
18/08/2026

❄️🇯🇵 OPEN TRIP HOKKAIDO, JAPAN – WINTER 🇯🇵❄️

☃️ Bayangkan bangun pagi…
buka langsir hotel, depan mata penuh dengan salji putih. 🤍

Kali ni kita nak bawa korang rasai sendiri keindahan Hokkaido Winter — bukan sekadar tengok dalam gambar! 😍

✨ Sapporo – bandar dalam winter wonderland
✨ Otaru – suasana romantik dengan snow-covered canal
✨ Nikmati keindahan powder snow
✨ Snow activities & pengalaman musim sejuk
✨ Hunting makanan & shopping Jepun 🇯🇵

Musim winter Hokkaido biasanya berlangsung sekitar November hingga Mac, dengan salji yang lebih banyak mulai hujung Disember.

❄️ Salji putih
☃️ Winter vibes
🍜 Japanese food
📸 Cantik untuk bergambar
❤️ Memori yang susah nak dilupakan

OPEN TRIP HOKKAIDO WINTER 🇯🇵❄️

📅 20 - 25 Jan 2027
💰 5,890/pax ( Public Transport )

Kalau Hokkaido memang ada dalam wishlist travel korang, inilah masa untuk realisasikan impian tu. ✈️❄️

📲 DM Kami sekarang untuk booking & itinerary!

Jom cipta kenangan di Hokkaido… di bawah salji putih yang sebenar. 🤍🇯🇵

**atravel

Budapest ialah ibu negara Hungary 🇭🇺, yang terletak di Eropah Tengah (Central Europe).Senang nak bayangkan kedudukan dia...
16/08/2026

Budapest ialah ibu negara Hungary 🇭🇺, yang terletak di Eropah Tengah (Central Europe).
Senang nak bayangkan kedudukan dia:
🇩🇪 Jerman
🇦🇹 Austria
🇸🇰 Slovakia
🇭🇺 Hungary — Budapest
🇨🇿 Czech Republic
🇵🇱 Poland
🇭🇷 Croatia
🇷🇸 Serbia

Boleh tengok visual map di bawah.

Yang menarik, Sungai Danube mengalir melalui Budapest dan membelah bandar kepada dua bahagian: Buda dan Pest.

Kalau dalam konteks travel, Budapest memang best sebab kedudukannya strategik — boleh sambung perjalanan ke Slovakia → Austria → Jerman melalui laluan Danube. Ini memang sesuai dengan route river cruise.

Ada sesuatu tentang Budapest yang susah nak explain.

Mungkin sebab bangunan klasiknya.
Mungkin sebab Sungai Danube yang membelah bandar.
Mungkin sebab suasananya yang cantik tapi tak terlalu serabut.

Atau mungkin sebab…

Eropah di sini rasa lebih “accessible” untuk orang Malaysia. ✈️

Makan, pengangkutan dan penginapan boleh jadi lebih mesra poket berbanding beberapa destinasi Eropah Barat.

Nak sightseeing? Senang. 🚇
Nak cari spot cantik? Banyak. 📸
Nak healing? Ada thermal bath. ♨️
Nak makan? Goulash wajib cuba. 🍲

Dan bila malam tiba…

Parliament Building mula bercahaya di tepi Danube.

Masa tu baru faham kenapa ramai orang repeat Budapest. 🥹✨

Kektan paling s**a kawasan Buda Castle & Fisherman’s Bastion.

View dari atas tu memang…

“Okay, ini memang Europe yang kita selalu tengok dalam postcard.” 😍

Kalau korang tengah plan first trip ke Europe, jangan tengok Paris, London & Switzerland sahaja.

Give Budapest a chance. 🇭🇺❤️

Siapa tahu… macam Kektan, sekali datang terus masuk dalam list nak datang lagi. 😂

Budapest — siapa dah pernah sampai sini? 🙋‍♀️

Apa favourite spot korang?

Sila komen ya.

Your gorgeous and trusted gold consultant who loves to travel
Intan Zahira aka Kektan

**atravel



Selamat Tengahari Kenyataan rasmi dari Jabatan Imigresen Malaysia berkaitan tempoh sah laku Pasport melebihi 10 tahun. A...
12/08/2026

Selamat Tengahari

Kenyataan rasmi dari Jabatan Imigresen Malaysia berkaitan tempoh sah laku Pasport melebihi 10 tahun.
Ambil maklum semua supaya kita lebih peka dan ambil tahu berkaitan ini.


Cara plan Travel secara DIYSemua pengalaman akan ada “ Kali Pertama” tapi jangan risau dengan perancangan yang teliti ik...
14/07/2026

Cara plan Travel secara DIY

Semua pengalaman akan ada “ Kali Pertama” tapi jangan risau dengan perancangan yang teliti ikut langkah demi langkah , Insyaallah semuanya akan berjalan lancar.

Beberapa peringatan penting

✅ Tempah tiket penerbangan 6–10 bulan lebih awal jika musim puncak.

✅ Pilih hotel berhampiran stesen utama.

✅ Jangan tukar semua wang di lapangan terbang.

✅ Muat turun peta offline sebelum berlepas.

✅ Bawa power bank dan universal travel adapter.

✅ Gunakan kad yang tiada caj transaksi luar negara jika ada.

✅ Semak waktu operasi setiap tarikan.

✅ Tinggalkan sedikit ruang untuk aktiviti spontan.

✅ Jangan bawa bagasi terlalu berat jika banyak menggunakan pengangkutan awam.

✅ Simpan sedikit wang tunai kecemasan di tempat berasingan.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada sesiapa yang ingin mencuba travel DIY.

Percutian yang baik bukan bergantung pada bajet yang besar, tetapi pada perancangan yang teliti.

Kalau anda baru nak berjinak-jinak dengan travel DIY, semoga panduan ringkas ini membantu.

Selamat mencuba.


**atravel

Adresse

Salzburg
5020

Benachrichtigungen

Lassen Sie sich von uns eine E-Mail senden und seien Sie der erste der Neuigkeiten und Aktionen von Jom Travel erfährt. Ihre E-Mail-Adresse wird nicht für andere Zwecke verwendet und Sie können sich jederzeit abmelden.

Service Kontaktieren

Nachricht an Jom Travel senden:

Verknüpfungen

Teilen