26/08/2026
Warga Royal Brunei Culinary (RBC) dan Ghanim Brunei telah menyertai Perhimpunan dan Perarakan Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassallam Peringkat Negara bagi Tahun 1448 Hijrah pada Selasa, 25 Ogos 2026.
Seramai 31 orang Pegawai dan Kakitangan lelaki daripada kedua-dua organisasi menyertai perarakan tersebut, diketuai oleh Pengurus Am, Haji Jeff Hadiman Bin Dato Paduka Haji Danial.
Sambutan pada tahun ini mengangkat tema “Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam Suluh Aqidah”, yang mengajak kita untuk terus menghayati Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sebagai suluh petunjuk, serta memperkukuh aqidah dan kefahaman Islam berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.
Semoga sambutan ini menjadi wadah untuk kita terus menghayati ajaran dan teladan Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam dalam kehidupan seharian.