Medan transport

Medan transport siap mengantar ke mana tukuan anda ,harga bisa di bincangkan

Percutian di Padang , Indonesia.Sepatutnya lama dulu saya dah sampai di Padang. Semua telah di booking tiket, penginapan...
27/06/2026

Percutian di Padang , Indonesia.

Sepatutnya lama dulu saya dah sampai di Padang. Semua telah di booking tiket, penginapan dan tour guide. Satu dunia ditutup akibat wabak covid memusnahkan perancangan yang telah dibuat.

Tanggal 23.6.2026 - 26.6.2026 saya bersama suami dan dua orang rakan cik gu Asiah dan suaminya cik gu Razak terbang ke Padang dengan Super Jet Air melalui KLIA 1. Alhamdulillah tepat pukul 5.15 petang selamat mendarat di airport antarabangsa Minangkabau. Padang.

Sepanjang saya di sana diuruskan oleh Syarikat Pelancongan Muhibbah Tour bertempat di Medan milik tuan Fadly. Fadly ialah sahabat saya di Indonesia. Beliau menjalankan perniagaan pelancongan di seluruh Indonesia. Kenalan2 saya di FB sekiranya berminat bercuti di Indonesia dengan harga rahmah bolehlah menghubungi beliau di talian +6281376455045 . Insyaallah Fadly yang saya kenali seorang yang amanah dan jujur. Beliau akan mengatur semua keperluan kita semasa bercuti di Indonesia.

Ketibaan saya ditunggui oleh encik Adly juga seorang pemandu pelancong di Padang. Beliau orang minang. Seorang yang ceria, lucu dan peramah. Sepanjang kami di Padang encik Adly bertanggungjawab membawa kami ke semua tempat wisata2 yang kita mahukan tanpa banyak soal jawab. Jujur saya katakan saya memberi 5 bintang kepadanya yang menjalankan tugas dengan penuh profesional.

Bagi saya Padang adalah tempat yang menarik dan mesra muslim. Seratus peratus orang2 islam yang menjalankan perniagaan di sana. Bagi orang Malaysia yang beragama islam perkara utama yang difikirkan ialah soal makan minum. Insyaallah di Padang tidak timbul keraguan berkenaan soal ini. Padang ibarat kita ke Pattani Thailand.

Sepanjang kami di sana Adly membawa kami ke Bukit Tinggi, Keluk 9, Lembah Haras dan Alahan Panjang. Semua tempat2 ini ada keunikan tersendiri dan lain daripada yang lain. Nak tahu jom kita ke Padang negeri adat perpatih.

17/02/2026





20/01/2026




11/01/2026

Suasana pagi di lapangan merdeka medan


29/11/2025

Paket tour medan


Address

Medan
20229

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Medan transport posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Medan transport:

Shortcuts

Share