SAH Travel

SAH Travel SAH produk from MUSLIM OWNER

Sebuah banglo di atas bukit,Dengan kereta Alphard dan sebuah motor Ducati di halaman rumah,Suami isteri sedang bersemban...
30/03/2020

Sebuah banglo di atas bukit,
Dengan kereta Alphard dan sebuah motor Ducati di halaman rumah,
Suami isteri sedang bersembang di ruang tamu,
Sambil ditemani TV bersaiz 60 inci,
Duduk di atas sofa kulit import dari Itali.

Berkata si isteri,
Bang, mencabarnya hidup kita sekarang masa PKP ni.
Duit belanja kita dah berkurang,
Barang dapur dah banyak habis,
Job dahlah takde.
Aiskrim Haagen Dazs kes**aan anak-anak dah habis,
Lobster pun dah habis,
Salmon yilek,
Ekspresso awak pun boleh bancuh sekali je lagi,
Pasta pun habis.
Macamana kita nak hidup ni ?
Dahlah tak dapat bantuan.
Haissh,
Untung orang dapat bantuan tu,
Takdelah susah macam kita.

Suami kemudian berespons,
Entahlah,
Saya pun buntu.
Apa kita nak makan esok ni.
Duit belanja dapur dah merosot,
Ada RM3000 je lagi ni.


Di ceruk kampung,
Ada sepasang suami isteri bersama 7 orang anak,
Di dalam sebuah rumah sewa 3 bilik,
Yang kecil sahaja.
Ahli keluarga sedang menikmati nasi bersama telur kicap,
Di atas bentangan suratkhabar,
Hidangan yang sama sudah seminggu,
Semua menjamahnya dengan penuh selera.

Suara suami mencecah kesunyian,
Tadi abang dengar di radio jiran,
Kerajaan nak beri bantuan pada kita yang susah ni.
Bolehlah beli ayam sekor,
Ikan sikit.
Beli apa yang patut je,
Makan apa adanya je.


Tahap kesusahan bagi level orang kaya dan orang miskin itu ternyata berbeza.

26/03/2020

Dari KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA :

Dukacita dimaklumkan sehingga kini, terdapat satu (1) lagi pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 yang telah dilaporkan kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan. Pelaporan terbaharu ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak 21 orang setakat ini.

Kes kematian ke-21 (kes ke-1588) merupakan seorang warganegara Malaysia berusia 63 tahun dengan latarbelakang penyakit kronik. Beliau merupakan peserta perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling.

Beliau telah mula bergejala dan hadir menjalani saringan pada 22 Mac 2020. Hasil ujian pengesahan COVID-19 telah didapati positif dan beliau telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada 23 Mac 2020. Semasa dalam rawatan, kesihatan beliau merosot dan disahkan meninggal dunia pada 26 Mac 2020 jam 4 pagi.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga pesakit.

Sumber: KPK, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Peti ais rumah korang okk tak tu?? Kredit: Ijai Ijai
22/03/2020

Peti ais rumah korang okk tak tu??
Kredit: Ijai Ijai

Rumah simple tak semak mata memandang.Kredit: Anis Syuhada
13/03/2020

Rumah simple tak semak mata memandang.

Kredit: Anis Syuhada

Islam itu Indah ❤💕
26/01/2020

Islam itu Indah ❤💕

Rupanya banyak lagi jenis-jenis roti di kedai mamak.So takdelah korang asyik order & makan roti sama jeer 😃
14/01/2020

Rupanya banyak lagi jenis-jenis roti di kedai mamak.

So takdelah korang asyik order & makan roti sama jeer 😃

Alhamdulillah TRIP MINGGU NI 😍
11/01/2020

Alhamdulillah TRIP MINGGU NI 😍

    🇻🇳 Kami menyediakan ground pakej ke Dalat.Apa yang ada di Dalat ni?Dikenali sebagai “LITTLE PARIS” , keindahan perse...
11/01/2020

🇻🇳
Kami menyediakan ground pakej ke Dalat.
Apa yang ada di Dalat ni?
Dikenali sebagai “LITTLE PARIS” , keindahan persekitaran yang memukau ala Eropah serta suasana yang nyaman & “INSTA WORTHY” kata budak budak hipster ni...
Jangan lupa LOBSTER 🦞 murah boleh diperolehi kat sini.

Aummm 😍😋

Salam Jumaat🌹
03/01/2020

Salam Jumaat🌹

“Nak buat like marketing dulu ke boleh terus jual?""Nak jual di profile atau buat page?""Group mana yang sesuai untuk bu...
13/12/2019

“Nak buat like marketing dulu ke boleh terus jual?"

"Nak jual di profile atau buat page?"

"Group mana yang sesuai untuk buat iklan?"

"Kena ke buat personal branding?"

"Kena ke buat soft-selling?"

"Kalau like dan komen tak banyak, macam mana nak dapat sales?"

"Macam mana nak close sales?"

"Payah nak dapat like. Selain dari FB ad, macam mana cara nak jual?"

"Saya tak yakin nak buat bisnes. Macam mana nak bagi yakin?"

"Macam mana nak buat ayat sedap memikat pelanggan?"

"Antara Twitter, Instagram, Google, Facebook... Mana lagi bagus?"

"Macam mana nak cari target audience? Macam mana nak target?"

"Harga murah boleh tarik pelanggan tak?"

"Produk ini terkenal. Tapi kenapa payah jual?"

"Macam mana nak pilih produk yang laku keras?"

"Iklan saya tiada respon walaupun dah berulang kali buat..."

"Kalau pelanggan kata tak mahu, macam mana nak close?"

"Saya dulu jualan tinggi, 2-3 bulan jualan jatuh. Produk dulu pun macam ni juga. Dah banyak kali tukar produk pun, macam tu juga. Apa saya patut buat?"

"Macam mana nak tingkatkan follower?"
..dan macam-macam lagi soalan anda!

Kalau anda serius untuk jawab soalan ini, teruskan BACA POSTING INI sampai habis.


Sebenarnya...

Kebanyakan soalan di atas tak perlu dijawab pun.

Sebab soalan tu tak perlu tanya pun!

Soalan-soalan di atas, kalau anda tanya, menunjukkan anda sebenarnya TAK FAHAM pasal jualan, copywriting, iklan dan marketing.

Benda yang paling penting anda kena faham untuk dapatkan jualan ialah...


1. KENAL TARGET MARKET

Kenal dan faham kenapa manusia membeli.

Manusia tak beli saja-saja. Ada masalah yang mahu dia selesaikan, ada sakit yang mahu dia buang, ada kegembiraan yang dia cari.

Kalau kita sekadar jual jual jual tapi TAK FAHAM manusia yang mahu membeli, memang kerja kita jadi susah.


2. PILIH TARGET MARKET

Kita bukan nak tarik semua orang.

Kita bukan nak tangkap sebarang orang.

Pilih yang paling menguntungkan, senang dapat, senang melayan, kita s**a dia, dia s**a kita.

Takde sebab untuk kita buat iklan menarik pelanggan yang susah nak dapat, banyak cekadak dan kedekut taik hidung masin.

Ini lebih mudah kalau kita sudah kenal target market kita.


3. TARIK TARGET MARKET YANG TEPAT

Gunakan beberapa 'umpan' yang boleh kita guna untuk buat target market ini datang kepada kita.

Pasang umpan di mana mereka berada.

Tak payah pening mencari-cari. Biar mereka datang pada kita.


4. TULIS IKLAN POWER

Iklan power ni bukan ayat meletup.

Iklan gempak pun kalau tak sesuai & tak kena pada target market tepat, pun tidak berhasil.

Kalau kita kenal target market, senang je untuk tulis iklan power. Tak payah belajar copywriting payah-payah pun.


5. CLOSE SALE

Ramai orang tak boleh buat jualan sebab dia tak faham pun jualan ni apa bendanya.

Aturan dari awal, kita sudah menapis target market tepat.

Kalau betul cara kita buat, insya-Allah, target market yang tepat akan beli.

Dan kita tak perlu paksa pun orang yang bukan target market untuk beli.


🔥🔥🔥
Belajar sesuatu?

Sila SHARE pada kawan-kawan & geng bisnes.
🔥🔥🔥
Kredit : BRC.my

Pelamin Mini! lawanya lahaii 😍Kredit: Sukadeko
27/11/2019

Pelamin Mini! lawanya lahaii 😍
Kredit: Sukadeko

Address

Langgar
Alor Setar

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SAH Travel posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share