01/09/2026
HATI-HATI YANG RIDE KE THAILAND !!
Polis Thailand memberi tumpuan kepada 10 kesalahan trafik utama yang dikenal pasti sebagai antara faktor penyumbang kepada kemalangan jalan raya di sana:
Antara 10 kesalahan utama yang perlu diberi perhatian ialah:
1. Memandu melebihi had laju - Pesalah boleh dikenakan denda maksimum 4,000 baht (kira-kira RM492) berbanding 1,000 baht (kira RM123) sebelum ini.
2. Melanggar lampu isyarat - Kesalahan melanggar isyarat lampu trafik boleh dikenakan denda maksimum 4,000 baht (kira-kira RM492) berbanding 1,000 baht (kira-kira RM123) sebelum ini.
3. Gagal berhenti di lintasan pejalan kaki - Pemandu yang gagal berhenti untuk memberi laluan kepada pejalan kaki di lintasan boleh dikenakan denda maksimum 4,000 baht (kira-kira RM492).
4. Menggunakan telefon ketika memandu - Penggunaan telefon bimbit ketika memandu tanpa peralatan sokongan yang dibenarkan boleh dikenakan denda maksimum 4,000 baht (kira-kira RM492).
5. Memandu melawan arus - Pesalah boleh dikenakan denda maksimum 2,000 baht (kira-kira RM246) berbanding 500 baht (kira-kira RM61) sebelum ini.
6. Tidak memakai topi keledar - Pemandu dan pembonceng motosikal yang tidak memakai topi keledar boleh dikenakan denda maksimum 2,000 baht (kira-kira RM246).
7. Tidak memakai tali pinggang keledar - Pemandu dan penumpang yang gagal memakai tali pinggang keledar boleh dikenakan denda maksimum 2,000 baht (kira-kira RM246).
8. Tidak membawa lesen memandu - Kesalahan tidak membawa lesen memandu boleh dikenakan denda sehingga 1,000 baht (kira-kira RM123) dan boleh turut dikenakan hukuman penjara sehingga sebulan.
9. Memandu di bawah pengaruh alkohol - Pesalah boleh dikenakan denda antara 5,000 hingga 20,000 baht (kira-kira RM615 hingga RM2,460) atau hukuman penjara sehingga setahun, bergantung kepada keadaan kes.
10. Memandu tanpa mengambil kira keselamatan - Kesalahan itu boleh dikenakan denda antara 5,000 hingga 20,000 baht (kira-kira RM615 hingga RM2,460) dan hukuman penjara sehingga setahun.
Sumber: Polis Diraja Thailand, Jabatan Pengangkutan Darat Thailand (DLT) dan Thai PBS & Sinar Harian