EkspresPerdana.OfficialPage

Call Directions Website Contact the business

EkspresPerdana.OfficialPage EKSPRESPERDANA SDN. BHD. (dahulu dikenali sebagai TIARA PESONA SDN. BHD.) No.

SSM: 199301019634 (274372-U)

Perkhidmatan Pengangkutan Bas Ekspres Terbaik di Semenanjung Malaysia

TINJAUAN OPERASI DI TERMINAL BAS EKSPRES KLIA215 Oktober 2026 - Hj. Wan Faiz, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perdana Grou...
17/10/2026

TINJAUAN OPERASI DI TERMINAL BAS EKSPRES KLIA2

15 Oktober 2026 - Hj. Wan Faiz, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perdana Group, bersama Pn. Hjh. Nik Nadia bt. Hj. Laili, Timbalan Pengarah Pentadbiran & Kewangan serta beberapa orang kakitangan pengurusan telah mengadakan kunjungan dan pemantauan di Terminal Bas Ekspres KLIA2 sebagai kesinambungan pembukaan laluan Ekspres Perdana Kota Bharu - KLIA/KLIA2.

Dalam kunjungan ini, delegasi berpeluang bertemu dengan Mr. Aaron Chuah Ze Pey, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Asia Success Resources Sdn. Bhd. (TTKLIA), serta menerima penerangan terperinci mengenai pengoperasian terminal dan sistem yang diguna pakai dalam menguruskan pergerakan bas serta penumpang.

Tinjauan ini memberi peluang kepada pihak pengurusan untuk memahami dengan lebih dekat perjalanan operasi terminal bagi menyokong kelancaran perkhidmatan serta keselesaan penumpang Ekspres Perdana.

Terima kasih kepada Mr. Aaron Chuah Ze Pey dan pihak pengurusan terminal atas sambutan mesra serta perkongsian yang bermanfaat. Semoga hubungan baik ini terus memperkukuh kerjasama dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada penumpang.

MEMPERKUKUH HUBUNGAN, MENINGKATKAN PERKHIDMATAN15 Oktober 2026 - Sebagai kesinambungan pembukaan laluan Kota Bharu - KLI...
17/10/2026

MEMPERKUKUH HUBUNGAN, MENINGKATKAN PERKHIDMATAN

15 Oktober 2026 - Sebagai kesinambungan pembukaan laluan Kota Bharu - KLIA, Hj. Wan Faiz, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perdana Group, bersama Pn. Hjh. Nik Nadia bt. Hj. Laili(Timbalan Pengarah Pentadbiran & Kewangan), telah mengadakan pertemuan bersama En. Mohd Tamizi Shafiin, Pengurus, Pengangkutan Awam Darat (LPT), Malaysia Airports Holdings Berhad – KLIA, di pejabat beliau.

Pertemuan ini memberi ruang untuk bertukar pandangan mengenai perkembangan industri pengangkutan awam serta membincangkan usaha memperkukuh perkhidmatan Ekspres Perdana di KLIA demi kemudahan dan keselesaan penumpang.

Terima kasih kepada En. Mohd Tamizi atas sambutan mesra dan perbincangan yang membina. Semoga hubungan baik ini terus menyokong kelancaran operasi serta peningkatan mutu perkhidmatan Ekspres Perdana.

15/10/2026

BENGKEL PENINGKATAN KOMPETENSI PEMANDU PERDANA GROUP | SIRI 2

πŸ“… 14 Oktober 2026
πŸ“ Dewan Tertutup Ekspres Perdana

Rangkuman Siri 2 Bengkel Peningkatan Kompetensi Pemandu Perdana Group diteruskan dengan sesi penilaian, perkongsian ilmu dan penyampaian hadiah kepada peserta yang cemerlang.

Antara amanat dan taklimat yang disampaikan oleh barisan pengurusan serta ketua unit:

1. Hj. Wan Faiz – Ucapan Penutup Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perdana Group

2. En. Azlin (Pengurus Operasi) – Taklimat Operasi

3. En. Earfan Afeef (Pengurus Kewangan) – Taklimat Pengurusan Aduan & Khidmat Pelanggan

4. En. Zuraimi (Pengurus IT) – Taklimat Pengurusan IT & Sistem

5. En. Sham Kamarudin (Pengurus Penyelenggaraan) – Taklimat Pengurusan Bengkel & Penyelenggaraan

6. En. Ramli (Ketua Pegawai Penguatkuasa) – Taklimat Penguatkuasaan Disiplin

7. Pn. Anis Nabilah (Pegawai KKP) – Taklimat Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat. Semoga perkongsian ini membantu meningkatkan kompetensi pemandu serta mutu perkhidmatan kepada pelanggan.

BENGKEL PENINGKATAN KOMPETENSI PEMANDU PERDANA GROUP SIRI 214 Oktober 2026 – Hj. Wan Faiz, Ketua CEO Perdana Group, bers...
14/10/2026

BENGKEL PENINGKATAN KOMPETENSI PEMANDU PERDANA GROUP SIRI 2

14 Oktober 2026 – Hj. Wan Faiz, Ketua CEO Perdana Group, bersama En Hakimi bin Ismail, CEO Darul Iman Express menyampaikan Sijil Penyertaan kepada seramai 53 orang peserta yang telah berjaya menamatkan Bengkel Peningkatan Kompetensi Pemandu Perdana Group Siri 2.

Penyampaian sijil ini merupakan tanda penghargaan atas komitmen dan penglibatan para peserta dalam usaha meningkatkan kompetensi, profesionalisme serta kualiti perkhidmatan pemanduan.

BENGKEL PENINGKATAN KOMPETENSI PEMANDU PERDANA GROUP SIRI 2πŸ“… 14 Oktober 2026πŸ“ Dewan Tertutup Ekspres PerdanaBengkel Peni...
14/10/2026

BENGKEL PENINGKATAN KOMPETENSI PEMANDU PERDANA GROUP SIRI 2

πŸ“… 14 Oktober 2026
πŸ“ Dewan Tertutup Ekspres Perdana

Bengkel Peningkatan Kompetensi Pemandu Perdana Group Siri 2 diteruskan dengan penyertaan seramai 53 orang pemandu bagi memastikan lebih ramai warga pemandu mendapat peluang menyertai program ini.

Bengkel ini bertujuan meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kesedaran pemandu terhadap aspek keselamatan, disiplin serta tanggungjawab dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada penumpang.

Usaha ini merupakan sebahagian daripada komitmen Perdana Group untuk memastikan setiap pemandu mempunyai kompetensi yang baik dan mampu memberikan perkhidmatan yang selamat, selesa serta berkualiti kepada masyarakat.

Pemandu kompeten, perkhidmatan berkualiti, perjalanan diyakini.

14/10/2026

BENGKEL PENINGKATAN KOMPETENSI PEMANDU PERDANA GROUP | SIRI 1

πŸ“… 13 Oktober 2026
πŸ“ Dewan Tertutup Ekspres Perdana

Ucapan dan perkongsian daripada barisan pengurusan serta ketua unit sebagai panduan dan suntikan semangat kepada para pemandu untuk terus meningkatkan kompetensi, mengutamakan keselamatan dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

Antara pengisian yang telah disampaikan :
1. Amanat Pengarah Urusan Perdana Group, Tn Hj. Laili bin Hj. Ismail

2. Ucapan Pembukaan oleh Hj Wan Faiz, Ketua CEO Perdana Group

3 Taklimat Operasi oleh En. Azlin(Pengurus Operasi)

4. Taklimat Pengurusan Aduan & Khidmat Pelanggan oleh En. Earfan Afeef(Pengurus Kewangan)

5. Taklimat Pengurusan IT & Sistem oleh En. Zuraimi(Pengurus IT)

6. Taklimat Pengurusan Bengkel & Penyelenggaraan oleh En. Sham Kamarudin(Pengurus Penyelenggaraan)

7. Taklimat Penguatkuasaan Disiplin oleh En. Ramli (Ketua Pegawai Penguatkuasa)

8. Taklimat Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan oleh Pn. Anis Nabilah (Pegawai KKP)

Turut dikongsikan momen sepanjang bengkel berlangsung bersama pemandu-pemandu Perdana Group.


γ‚š

BENGKEL PENINGKATAN KOMPETENSI PEMANDU PERDANA GROUP SIRI 113 Oktober 2026 - Tn. Hj. Laili bin Ismail, Pengarah Urusan P...
14/10/2026

BENGKEL PENINGKATAN KOMPETENSI PEMANDU PERDANA GROUP SIRI 1

13 Oktober 2026 - Tn. Hj. Laili bin Ismail, Pengarah Urusan Perdana Group dengan diiringi barisan Pengurusan Tertinggi menyerahkan Sijil Penyertaan kepada semua 48 orang peserta yang telah berjaya menamatkan sesi latihan Bengkel Peningkatan Kompetensi Pemandu Perdana Group Siri 1.

13/10/2026

Tahniah kepada semua peserta Bengkel Peningkatan Kompetensi Pemandu Perdana Group 2026 atas semangat, komitmen dan penyertaan aktif sepanjang program! πŸ‘

Syabas kepada para peserta yang berjaya menunjukkan kecemerlangan dalam penilaian yang dijalankan.

Semoga ilmu yang diperoleh terus diterapkan dalam pelaksanaan tugas bagi meningkatkan kemahiran, memperkukuh profesionalisme dan memastikan setiap perjalanan lebih selamat, selesa serta berkualiti.

Pemandu kompeten, perjalanan diyakini.

BENGKEL PENINGKATAN KOMPETENSI PEMANDU PERDANA GROUP SIRI 1πŸ“… 13 Oktober 2026πŸ“ Dewan Tertutup Ekspres PerdanaPerdana Grou...
13/10/2026

BENGKEL PENINGKATAN KOMPETENSI PEMANDU PERDANA GROUP SIRI 1

πŸ“… 13 Oktober 2026
πŸ“ Dewan Tertutup Ekspres Perdana

Perdana Group hari ini melaksanakan sesi pertama Bengkel Peningkatan Kompetensi Pemandu dengan penyertaan seramai 48 orang pemandu, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan memperkukuh kompetensi dan profesionalisme warga kerja.

Inisiatif ini menekankan kepentingan tanggungjawab pemandu dalam memastikan setiap perjalanan berlangsung dengan selamat, selesa dan berkualiti.

Pelaksanaan program ini mencerminkan komitmen Perdana Group terhadap pembangunan modal insan dan peningkatan standard perkhidmatan, dengan keselamatan serta kepuasan pelanggan sebagai keutamaan.

Pemandu kompeten, perkhidmatan berkualiti, perjalanan diyakini.

13/10/2026

🚨 HYE SEMUA, DAH JOIN CABUTAN BERTUAH MEGA EKSPRES PERDANA KE BELUM?

Nak menang hadiah menarik termasuk hadiah utama sebuah kereta? Jom beli tiket Ekspres Perdana sekarang! πŸ”₯

1 tiket = 1 penyertaan! Beli tiket di kaunter atau online, terus layak masuk cabutan. Tak perlu isi apa-apa borang pun!

Jom beli tiket sekarang, mana tahu rezeki anda bawa pulang kereta! πŸ˜‰

Address

Lot 50, Mukim Teluk Mesira
Bachok
16320

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60148128000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when EkspresPerdana.OfficialPage posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to EkspresPerdana.OfficialPage:

Shortcuts

Share