Tiris Offroad Brothers 4X4 club

Directions

Tiris Offroad Brothers 4X4 club travel and transporter

🤝 MISI BANTUAN 4x4 TIRIS OFF-ROAD BROTHER 🤝Pada 22 Ogos 2026, kami daripada kumpulan 4x4 TIRIS OFF-ROAD BROTHER telah be...
22/08/2026

🤝 MISI BANTUAN 4x4 TIRIS OFF-ROAD BROTHER 🤝

Pada 22 Ogos 2026, kami daripada kumpulan 4x4 TIRIS OFF-ROAD BROTHER telah berkesempatan untuk menyampaikan bantuan berupa keperluan asas kepada penduduk Rumah Panjang Hendry Gomes, Ulu Teru, yang telah menjadi mangsa kebakaran.

Musibah kebakaran tersebut telah mengakibatkan lima buah rumah terjejas dan memberi kesan besar kepada keluarga yang terlibat. Dalam keadaan yang sukar ini, kami berharap bantuan yang disampaikan dapat sedikit sebanyak meringankan beban serta membantu memenuhi keperluan harian mereka.

Kami sedar sumbangan yang diberikan mungkin tidak seberapa, namun ia merupakan tanda keprihatinan daripada kami buat saudara-saudari yang sedang melalui dugaan.

Semoga semua mangsa diberikan kekuatan, ketabahan dan dipermudahkan segala urusan dalam menghadapi musibah ini. Mudah-mudahan mereka dapat bangkit semula dan membina kehidupan yang lebih baik.

Setinggi-tinggi penghargaan juga kami ucapkan kepada semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan misi bantuan ini.

4x4 TIRIS OFF-ROAD BROTHER







19/08/2026
UCAPAN RASMIPada 20 Jun 2026, kami daripada Kelab Tiris Offroad Brother 4x4 telah menyalurkan sumbangan berbentuk wang t...
20/06/2026

UCAPAN RASMI

Pada 20 Jun 2026, kami daripada Kelab Tiris Offroad Brother 4x4 telah menyalurkan sumbangan berbentuk wang tunai berjumlah RM1,000 kepada saudara Nelson Ningkan Saeh di Putih, Sibuti , bersama dengan Terabai Menua Bekenu Rm480 dan Karabau Borneo Air meneral 80 krek

Semoga sumbangan ikhlas ini dapat meringankan beban dan memberi sedikit kelegaan kepada beliau serta keluarga. Kami percaya bahawa semangat kebersamaan, keprihatinan dan saling membantu merupakan nilai yang amat penting dalam membina masyarakat yang penyayang dan bersatu padu.

Pihak Kelab Tiris Offroad Brother 4x4 ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli dan para penyumbang yang telah bersama-sama menjayakan usaha kebajikan ini. Semoga segala kebaikan dan keikhlasan yang diberikan mendapat ganjaran serta keberkatan.

“Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.”

Ikhlas daripada,

Kelab Tiris Offroad Brother 4x4
20 Jun 2026

PENGUMUMAN RASMI TIRIS OFFROAD BROTHERSKEMASUKAN AHLI BARU 2026 KINI DIBUKA KEPADA SEMUA PEMILIK 4X4 YANG BERJIWA AMALAN...
12/05/2026

PENGUMUMAN RASMI TIRIS OFFROAD BROTHERS

KEMASUKAN AHLI BARU 2026 KINI DIBUKA KEPADA SEMUA PEMILIK 4X4 YANG BERJIWA AMAL

ANDA BOLEH CONTACT NOMBOR YANG DIBAWAH

1.Powellphill (01151691566)
2.kennedy nuyau (0198160696)
3.Abok cassey ( 0109643378)
4. Ricky jonathan(01119865746)

thnk u

20/04/2026

2026-04-20T07:54:10+08:00 April 20, 2026, Isnin - 7:54am Pihak Terabai Menua dan Tiris Offroad Brother ketika menyerahkan sumbangan kepada PPDK Bekenu dekat Miri, baru-baru ini. SIBU: Persatuan Kebajikan Tunjang Masyarakat Sarawak (Terabai Menua) Cawangan Bekenu dengan kerjasama Tiris Offroad Brothe...

17 April 2026MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGANKELAB PACUAN 4 RODA 4X4 TIRIS OFFROAD BROTHERSKEPADA PPDK BEKENU, SIBUTISatu sum...
17/04/2026

17 April 2026

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN
KELAB PACUAN 4 RODA 4X4 TIRIS OFFROAD BROTHERS
KEPADA PPDK BEKENU, SIBUTI

Satu sumbangan berbentuk wang tunai berjumlah RM400.00 berserta barangan keperluan harian telah diserahkan oleh wakil Kelab Pacuan 4 Roda 4x4 TIRIS OFFROAD BROTHERS , kepada Penyelia PPDK Bekenu, Puan Julia

Sumbangan ini bertujuan untuk membantu membiayai kos program terapi dan aktiviti pembelajaran pelatih-pelatih OKU di PPDK Bekenu.

Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada semua pelatih PPDK Bekenu. Ribuan terima kasih kepada semua ahli club yang bermurah hati.

Yang menjalankan amanah,
AJK Kelab 4x4 TIRIS OFFROAD BROTHERS

Address

Bekenu Sibuti
Bekenu
98150

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tiris Offroad Brothers 4X4 club posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share