Di gah kan oleh beberapa tenaga mahir yang terlatih seperti cik Lau Yee Sem sebagai pengurus cawangan,cik Shuhada kerani bertauliah,encik Hisyammuddin penyelia berdedikasi serta berwawasan,dibantu pula oleh seorang senior van kurier dan lori kurier iaitu encik Rahman dan encik Azman,diperlengkapkan lagi oleh dua motor kurier yang sememangnya hebat bila menunggang iaitu encik Hafiz dan encik Mohd S
hah Imran menjadikan GDex BTG team satu ikatan dan pasukan yang kuat sebagai salah satu syarikat kurier yang terbaik di daerah bentong dekad ini. Bermula di pejabat yang kecil dan sempit,kini GDex Btg boleh berbangga dengan lokasi pejabat barunya yang terletak di Jalan Loke Yew.Hasil semangat sepasukan GDex Btg telah pun diangkat keupayaannya oleh pihak atasan menjadi 'The Best Small Branch Category' pada tahun 2011 semasa persidangan VIP GDex pada tahun yang sama.Namun begitu,penghargaan dan junjungan yang dikaut sebegitu sifatnya tidak lah menjadikan GDex Btg team angkuh,riak atau sebagainya.Tetapi untuk kemajuan syarikat untuk jangkamasa yang panjang semuanya menjadikan GDex Btg lebih terus untuk belajar sekali pun bertatih,merangkak seterusnya berjalan agar kehebatan yang sebesar zarah hari ini berkekalan serta menjadi buah mulut semua pelanggan yang mempercayai keupayaan GDex Btg. Sesuai dengan motto syarikat iaitu 'Delivery Service Your Trust',bukanlah hanya satu ungkapan satu siulan suka suka tetapi ianya adalah satu cabaran yang menggunung untuk disambut oleh GDex Btg team.Mengekalkan kepercayaan semua pelanggan bukan lah tugas enteng,nilai yang dibayar pelanggan walaupun kecil tetapi khdmat yang ditawarkan GDex Btg melebihi segala segalanya.Memang bukan mudah.Ironinya GDex Btg team berjaya jua untuk laksanakannya.Sungguh pun begitu "Customer Always Right'.Tidak semua dikalangan ini yang masih ragu ragu atau pun berpuas hati dengan keadaan itu.Di situ lah kredebiliti GDex Btg sentiasa tercabar dengan tugas tugas yang baru tidak ketinggalan juga masalah yang cuba cuba menghimpit lagi membebankan. Menjadi yang terbaik dikalangan yang terbaik memang senantiasa menjadi perhatian pihak atasan sebenarnya.Yang penting di situ segala permasalahan yang timbul haruslah ditangani dengan sifat yang paling berhemah dan memuaskan kedua dua pihak.Yang paling disenangi warga GDex Btg adalah pihak atasan sentiasa memberi sokongan dan galakkan untuk GDex Btg utuh bukan sahaja dari segi logistik tetapi sentiasa memberi lampu hijau dalam memberi dana untuk acara acara hiburan misalnya.Warga GDex Btg tidak lah rasa dipinggirkan dalam hal hal sedemikan. Acara tahunan yang wajib disertai tentunya Annual Dinner yang dizahirkan dan disediakan pihak atasan di lokasi yang bertaraf bintang demi keselesaan warganya bersosial.Meliputi kawasan jajahan kerja hanya dua daerah iaitu Bentong dan Raub,setiap kawasan boleh mencecah 300km besarnya.Namun begitu dua orang kurier yang berpengalaman ditempatkan siap sedia di setiap kawasan kerjanya.Bergerak menggunakan lori dan van serta motosikal,penghantaran keperluan pelanggan dihantar terus ditangan pelanggan. GDex Btg team amat amat berbangga sekiranya semua penghantaran sampai dengan selamat.Apa yang menarik,semua laporan laporan yang dibuat oleh kurier untuk pihak atasan wajib menggunakan internet secara on line.Maknanya di mana sahaja kurier boleh menghantar laporannya.Nampak di situ keupayaan GDex Btg dan kroni kroninya tidak buta IT.Apa yang penting GDex Btg akan terus cuba mengekalkan kepercayaan setiap pelanggannya agar sentiasa menggunakan perkhidmatan kurier yang terbaik di daerah bentong.GDex It!!! Perkidmatan yang tersedia:
1.Pelanggan berdaftar pickup oleh kurier
2.Tunai (cash login) dan cash pickup
3.Speed Document dan speed parcel
4.Same Day delivery
5.Penghantaran ke luar negara