25/08/2026
HARI KELAHIRAN RASULULLAH ο·Ί adalah tarikh paling bermakna buat umat baginda Rasulullah ο·Ί ..manakala hari paling bermakna buat diri baginda Rasulullah ο·Ί ialah peristiwa ISRAK WAL MIKRAJ
Alfaqir mendengar dari Habib Kadzim bin Jaafar Hafizhohullah, bahawa baginda Rasulullah ο·Ί lahir pada hari Isnin iaitu 16 minit sebelum Subuh
Maka, pagi esok kita usahakan bangun sebelum Subuh, buatlah selawat atau maulid bersama baginda Rasulullah ο·Ί
SERONOKLAH GEMBIRALAH
Ketika mana peperangan Khaibar baginda Ψ΅ΩΩ Ψ§ΩΩΩ ΨΉΩΩΩ ΩΨ§ΩΩ ΩΨ³ΩΩ
bersabda:
"Kami tidak pasti samada seronok dengan pembukaan Khaibar atau kedatangan Jaafar"
Maka, alfaqir berkata :
" Kita hari ini tidak pasti samada seronok dengan kedatangan bulan Rabilulanwar atau seronok dengan kehadiran Maulid Akhbar"
Guru kita Syeikh Muhammad Ibrahim Abdul Baith Al-Kittani hafizhohullah apabila kedatangan bulan maulid, beliau selalu menyebut:
ΩΩ Ω
Ψ§ ΨΨ―Ψ« ΩΩ Ψ§ΩΨ₯Ψ³ΩΨ§Ω
ΩΨΉΨͺΨ¨Ψ± ΩΨ±ΨΉ Ω
Ω Ω
ΩΩΨ― Ψ§ΩΩΨ¨Ω
"Setiap apa yang berlaku dalam Islam (solat, puasa, jihad) dan lain-lain, adalah dikira cabang daripada hari kelahiran baginda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam"
Ayuh, sambutlah dan bergembiralah dengan nikmat yang besar lagi agung ini.
Ψ΅ΩΩΨ§ ΨΉΩΩ Ψ§ΩΩΨ¨Ω
Catatan: Abu Abbas Muhammad Shahir
Darul Fath Wal Madad