31/07/2026
Salam takziah buat semua ahli keluarga semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman aamiin
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Dengan penuh rasa dukacita, kami dimaklumkan bahawa Allahyarham Haji Abdul Rahman, salah seorang jemaah umrah yang pernah menunaikan ibadah umrah bersama TAJ TRAVEL by Darul Hana, telah kembali ke rahmatullah pada 30 Julai 2026.
Seluruh warga TAJ TRAVEL by Darul Hana merakamkan setinggi-tinggi ucapan Salam Takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham.
Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham, menerima segala amal ibadahnya, melapangkan kuburnya, mengurniakan rahmat yang luas, serta menempatkan beliau dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beroleh syurga tanpa hisab.
Semoga seluruh ahli keluarga dikurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian yang berat ini.
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ