Perbadanan Pengangkutan Awam Johor

Perbadanan Pengangkutan Awam Johor The strategic planner and facilitator on the realization of public transportation in Johor.

12/08/2026

PAJ terus memperkukuh perkhidmatan pengangkutan awam di Iskandar Puteri melalui laluan baharu P215 & P216.

Lebih mudah, lebih dekat dan PERCUMA untuk warga Iskandar Puteri.

Jom manfaatkan perkhidmatan ini!

12/08/2026

LIPUTAN KHAS MEDIA DIGITAL JOHOR

Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ) komited dalam memperkasakan sistem pengangkutan awam yang efisien, selamat, dan berdaya saing demi kesejahteraan rakyat Johor.

Saksikan paparan khas terbitan Media Digital Johor (MDJ) yang memaparkan inisiatif serta maklumat terkini perkhidmatan kami:
📽️ https://www.facebook.com/share/v/1DWFSZMoj2/

Pihak PAJ merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak MDJ atas sokongan dan liputan berterusan dalam menyampaikan maklumat sahih kepada masyarakat.

12/08/2026

Episod baharu Podcast Meh Dengo J*p! Musim Ketiga menampilkan YBhg. Encik Mohd Fa’iz Salehon, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ), sebagai tetamu jemputan.

Pelbagai informasi menarik dikongsikan termasuk peranan PAJ dalam memperkukuh sistem pengangkutan awam Johor, usaha menambah baik perkhidmatan bagi meningkatkan mobiliti rakyat serta perancangan ke arah sistem pengangkutan awam negeri yang lebih bersepadu.

Jangan lupa dan jom tonton episod penuh Meh Dengo J*p! kali ini, di platform Facebook, YouTube dan Spotify Media Digital Johor hari ini!


*p



11/08/2026
DRT KULAI AKAN TIBA! Apa itu Demand Responsive Transit (DRT)? DRT ialah perkhidmatan pengangkutan awam berdasarkan permi...
10/08/2026

DRT KULAI AKAN TIBA!

Apa itu Demand Responsive Transit (DRT)?
DRT ialah perkhidmatan pengangkutan awam berdasarkan permintaan pengguna, di mana perjalanan dibuat mengikut tempahan dan keperluan penumpang. Tak perlu tunggu ikut laluan tetap atau jadual perjalanan.

Anda dah bersedia untuk pengalaman pengangkutan awam yang lebih fleksibel?

✨ Apa yang menarik tentang DRT Kulai?
✅ Beroperasi mengikut tempahan
✅ Tiada laluan tetap
✅ Tiada jadual perjalanan tetap
✅ Meliputi kawasan dalam radius 7 km
✅ Rancang perjalanan anda dengan lebih mudah & fleksibel

📱 Muat turun aplikasi MyJohor Transport (MyJT) sekarang dan bersedia untuk kemudahan mobiliti yang lebih pintar!





SHUTTLE PERCUMA KE STADIUM SULTAN IBRAHIM! Penyokong JDT boleh menikmati perkhidmatan bas ‘shuttle’ percuma dari Hutan B...
08/08/2026

SHUTTLE PERCUMA KE STADIUM SULTAN IBRAHIM!

Penyokong JDT boleh menikmati perkhidmatan bas ‘shuttle’ percuma dari Hutan Bandar MBIP Mutiara Rini dan Sireh Park ke Pintu A Stadium Sultan Ibrahim pada hari perlawanan.

Parkir kenderaan, naik shuttle dan nikmati perjalanan yang lebih mudah! 💙❤️

Luaskan Kuasamu Johor.

PERKHIDMATAN BAS ‘SHUTTLE’ PERCUMA UNTUK PENYOKONG KE STADIUM SULTAN IBRAHIM

Para penyokong Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) boleh menggunakan perkhidmatan bas ‘shuttle’ percuma untuk hadir ke Stadium Sultan Ibrahim pada hari perlawanan.

Sebanyak dua laluan disediakan iaitu bermula dari dua ‘checkpoint’ utama iaitu Hutan Bandar MBIP Mutiara Rini dan Sireh Park hingga ke Pintu A Stadium Sultan Ibrahim. Para penyokong boleh meletakkan kenderaan di kawasan-kawasan tersebut.

Ini adalah bagi mengurangkan kesesakan lalulintas dan juga memastikan aliran masuk dan keluar penyokong yang lebih teratur. Luaskan Kuasamu Johor.

———

FREE SHUTTLE BUS SERVICE TO SULTAN IBRAHIM STADIUM FOR FANS

Johor Darul Ta'zim FC (JDT) fans can use free shuttle bus service to go to the Sultan Ibrahim Stadium on matchday.

Two routes are prepared, beginning from main checkpoints of Hutan Bandar MBIP Mutiara Rini and Sireh Park to Gate A of the Sultan Ibrahim Stadium. Fans can park their vehicles in these areas.

This is to reduce traffic congestion and ensure smoother fan entry and exit. Luaskan Kuasamu Johor.

Hidup Johor Demi Johor




BAS MUAFAKAT JOHOR KINI BAS PERANTARA KE STESEN KTM!Bermula 8 Ogos 2026, beberapa laluan Bas Muafakat Johor (BMJ) akan b...
07/08/2026

BAS MUAFAKAT JOHOR KINI BAS PERANTARA KE STESEN KTM!

Bermula 8 Ogos 2026, beberapa laluan Bas Muafakat Johor (BMJ) akan berfungsi sebagai bas perantara (feeder bus) yang menghubungkan orang ramai terus ke Stesen KTM Paloh, Kluang, Layang-Layang dan Renggam.

📍Paloh
KL004 – Paloh ↔️ Kluang

📍Kluang
KL001 – Kluang ↔️ Bandar Kluang
KL002 – Kluang ↔️ Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom
KL004 – Kluang ↔️ Paloh

📍Renggam
SR002 – Renggam ↔️ Layang-Layang (Stesen KTM Renggam)
SR004 – Renggam ↔️ Kluang

📍Layang-Layang
SR002 – Renggam ↔️ Layang-Layang (Stesen KTM Layang-Layang)

🕒 Semak masa operasi bas dan rancang perjalanan anda lebih awal.

Penggunaan pengangkutan awam bukan sahaja memudahkan perjalanan, malah membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas dan menyokong sistem pengangkutan yang lebih mampan.

Jom manfaatkan kemudahan bas pengantara dan Shuttle Selatan sebagai pilihan perjalanan harian anda.

KTM Berhad






SHUTTLE SELATAN KINI MENGHUBUNGKAN PALOH HINGGA JB SENTRAL
06/08/2026

SHUTTLE SELATAN KINI MENGHUBUNGKAN PALOH HINGGA JB SENTRAL

GANGGUAN PERKHIDMATAN SHUTTLE SELATANTidak beroperasi: Kulai - Kempas Baru - KulaiPenumpang yang terjejas disarankan men...
06/08/2026

GANGGUAN PERKHIDMATAN SHUTTLE SELATAN

Tidak beroperasi:
Kulai - Kempas Baru - Kulai

Penumpang yang terjejas disarankan menggunakan pengangkutan alternatif. Penumpang akan dibawa menggunakan Bas Perantara dari Stesen JB Sentral dan Stesen Kempas Baru ke Stesen Kulai.

Sila rujuk kakitangan KTM bertugas.

KTM Berhad

📌 PEMAKLUMAN LENCONGAN ALIRAN TRAFIK BAGI PROJEK IM – PENAMBAHBAIKAN PERSIMPANGAN BERTINGKAT LEBUHRAYA EDL – JALAN LINGK...
04/08/2026

📌 PEMAKLUMAN LENCONGAN ALIRAN TRAFIK BAGI PROJEK IM – PENAMBAHBAIKAN PERSIMPANGAN BERTINGKAT LEBUHRAYA EDL – JALAN LINGKARAN DALAM DAN JALAN TEBRAU

Sebarang pertanyaan sila hubungi talian 013-3998088 atau imbas kod QR di poster.

Iskandar Malaysia



Address

No 12, Jalan Iskandar Putri 1/2, Taman Nusantara Prima
Gelang Patah
79200

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Telephone

+6075225400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perbadanan Pengangkutan Awam Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Perbadanan Pengangkutan Awam Johor:

Shortcuts

Share