09/07/2024
Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Datuk Gopi dari pihak Gopi Travel Tours Sdn Bhd Gopi Traveltours atas kepercayaan dan sokongan yang telah diberikan dengan sekali lagi memilih van penumpang Higer Ace daripada GO AUTO VAN, untuk dijadikan bas henti-henti dalam syarikat tuan. Sokongan dari pihak tuan sangatlah berharga bagi kami.
Komitmen kami adalah untuk menyediakan produk berkualiti dan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan, dan kami berharap bahawa van yang dibeli dapat memenuhi keperluan dan kehendak daripada pihak tuan dengan baik.
Segala pertanyaan atau bantuan pada masa akan datang boleh terus hubungi pihak kami. Kami sentiasa bersedia untuk membantu dan menyediakan sokongan yang diperlukan.
Semoga hubungan silaturrahim ini berkekalan dan dapatlah kita bersama-sama memberikan khidmat yang terbaik untuk semua pihak.