10/07/2023
Apakah sistem pesawat tanpa pemandu ('UAS')/dron?
Sistem pesawat tanpa pemandu bermaksud pesawat dan unsur-unsur yang berkaitan dengannya yang beroperasi tanpajuruterbang di atas kapal
Kategori UAS
• sistem pesawat kecil tanpa pemandu
sistem pesawat tanpa pemandu, selain daripada belon atau layang-layang, mempunyai j***m tidak lebih daripada 20 kilogram tanpa bahan api tetapi termasuk apa-apa barang atau peralatan yang dipasang di dalam atau pada pesawat ketika permulaan penerbangannya
• pesawat pengawasan kecil tanpa pemandu
sebuah pesawat kecil tanpa pemandu yang dilengkapi untuk melaksanakan apa-apa bentuk pengawasan atau pemerolehan data
• sistem pesawat tanpa pemandu yang melebihi 20kg
Di manakah kawasan tidak boleh menerbangkan UAS (terpakai kepada semua jenis UAS)
• dalam ruang udara Kelas A, B, C atau G
• dalam zon trafik aerodrom
• pada ketinggian lebih daripada 400 kaki daripada permukaan bumi
MELAINKAN anda mendapat kebenaran daripada Ketua Pegawai Eksekutif
Bolehkah saya menerbangkan sistem pesawat tanpa pemandu untuk tujuan kerja udara?
• anda perlu mendapatkan kebenaran daripada Ketua Pegawai Eksekutif untuk menerbangkan UAS bagi tujuan kerja udara.
• kerja udara bermaksud operasi pesawat yang digunakan untuk menyediakan perkhidmatan khusus dalam aktiviti pertanian, pembinaan, fotografi, tinjauan, pemerhatian dan rondaan, mencari dan menyelamat, iklan udara dan lain-lain aktiviti yang serupa.
Saya ingin menerbangkan sebuah pesawat pengawasan kecil tanpa pemandu. Adakah saya perlu mendapatkan kebenaran?
Kebenaran daripada Ketua Pegawai Eksekutif diperlukan untuk menerbangkan sebuah pesawat pengawasan kecil tanpa pemandu dalam mana-mana keadaan berikut:
• di atas mana-mana kawasan yang ditetapkan = bermaksud mana-mana kawasan yang digunakan untuk tujuan kediaman, komersial, perindustrian atau rekreasi
• dalam lingkungan 150 meter dari mana-mana kawasan yang ditetapkan
• mana-mana perhimpunan di kawasa terbuka yang mempunyai lebih daripada 1,000 orang
• dalam lingkungan 50 meter daripada mana-mana kapal, kenderaan atau struktur yang tidak berada di bawah kawalan orang yang menjaga pesawat
• dalam lingkungan 50 meter daripada orang ramai
• dalam lingkungan 30 meter daripada orang ramai semasa pesawat berlepas atau mendarat
Saya ingin menerbangkan sistem pesawat tanpa pemandu yang melebihi 20kg. Adakah saya perlu mendapatkan kebenaran?
Anda perlu mendapatkan kebenaran daripada Ketua Pegawai Eksekutif
Bagaimanakah caranya untuk memohon kebenaran?
menghantar permohonan kepada [email protected]
borang permohonan boleh dimuat turun melalui pautan https://www.caam.gov.my/sectors-divisions/flight-operations/unmanned-aircraft-system-uas/
membayar yuran yang ditetapkan
Bolehkah saya menjatuhkan atau membenarkan apa-apa barang atau haiwan jatuh daripada UAS?
Orang yang mengendalikan UAS tidak boleh menyebabkan atau membenarkan apa-apa barang atau haiwan untuk dijatuhkan daripada UAS sama ada ia terpasang pada payung terjun atau tidak.
Adakah saya perlu mendaftarkan sistem pesawat tanpa pemandu?
Pesawat kecil tanpa pemandu dan pesawat pengawasan kecil tanpa pemandu TIDAK perlu didaftarkan. Hanya sistem pesawat tanpa pemandu melebihi 20kg PERLU didaftarkan.
Berapakah yuran yang perlu dibayar?
• Permohonan kebenaran untuk terbang
– Sistem pesawat tanpa pemandu melebihi 20kg – RM 1000
– Pesawat pengawasan kecil tanpa pemandu – RM 250
Penalti
Bagi individu, denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Jika pertubuhan perbadanan, denda tidak melebihi seratus ribu ringgit
rujukan www.caam.gov.my
Civil Aviation Authority of Malaysia (CAAM) would like to emphasise that all Unmanned Aircraft System (UAS) or more familiarly known as Drone flight ac ...