25/05/2026
PENGUMUMAN PENTING: PENUTUPAN OPERASI KAUNTER TRANS MALAYA EKSPRES DI TERMINAL PEKELILING
Pelanggan yang dihargai,
Dimaklumkan bahawa kaunter Trans Malaya Ekspres di Terminal Pekeliling, Kuala Lumpur akan ditutup sepenuhnya berikutan arahan daripada pihak APAD bagi tujuan pembangunan semula kawasan terminal tersebut.
Sila ambil perhatian mengenai tarikh-tarikh penting berikut:
Tarikh Operasi Terakhir di Terminal Pekeliling: 31 Mei 2026
Tarikh Berpindah Ke TBS: 1 Jun 2026
Bermula 1 Jun 2026, segala urusan pembelian tiket dan operasi perjalanan akan dipindahkan sepenuhnya ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS).
Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul dan menghargai sokongan berterusan anda terhadap perkhidmatan Trans Malaya Ekspres.
Terima kasih.