Explore Valet

Explore Valet Pakej Pelancongan & Tiket Penerbangan.

019-914 3145 (WhatsApp)! We are specialize in Group & Private Muslim Packages. Let Go For Holiday.

WhatsApp : 019-9143145 for more details!

30/07/2019
Tips bagi korang kalau nak jalan-jalan di London!Kalau nak jimat duit sikit, jangan tinggal dekat hotel atau hostel di p...
08/04/2016

Tips bagi korang kalau nak jalan-jalan di London!

Kalau nak jimat duit sikit, jangan tinggal dekat hotel atau hostel di pusat bandar sebab dia mahal. Lebih baik kalau tinggal dekat luar sikit (tapi yang penting dekat stesen tren underground)

Beli travelcard setiap hari nak pergi Pusat Bandar. Inilah nasihat yang penting, sebab kadang2 jadi mahal beli ticket untuk naik tren atau bas di London.

Korang boleh beli “travelcard” ni dalam RM70 sahaja. Walaupun agak mahal, korang boleh guna travelcard ni untuk unlimited free travel (perjalanan percuma tanpa had) dalam seluruh London untuk satu hari (termasuk bas, tren, DLR [mcm monorel] dan banyak lagi).

Bawak peta tren sendiri. Di London korang boleh naik tren pergi mana2 korang nak, tapi sistem tren semakin kekeliruan dan kalau korang nak tengok peta diletak di dinding dalam stesen memang susah sebab sibuk dan ramai orang lain nak tengok juga.

Tapi jangan rasa keliru, sebab kalau nak pergi tempat menarik korang boleh “potong” map ni untuk zon 1-2 sahaja. Kebanyakan tempat dalam zon 1 je. Saya rekomen korang bawak map zon 1-2 sendiri dan letak dalam beg sendiri. (rujuk gambar)

Kalau nak beli ticket untuk masuk tempat tourist (contoh “Madame Tussauds”) lebih baik kalau beli ticket dari official website dia. Ini sebab harga lebih murah dan tak perlu queue panjang untuk masuk.

Admin nak cakap jangan beli ticket dari orang tepi jalan, sebab walupun harga nampak murah banyak kali orang ni buat scam dan curi duit je.

Admin rekomen beli online pilihan yang best :-)

Hati2 bila jalan di sana jangan bawak semua duit dalam satu dompet dan pastikan beg tutup, terutamanya bila naik tren atau bas.

Di sana ramai orang ‘pickpocket’ dan ‘scammer’. Pencuri ni s**a orang nampak macam tourist sebab biasanya tourist bawa banyak duit.

Kalau ada sesiapa baca ni dan nak komen atau tip2 lain, tolong letak komen di bawah ni :-)

Terima kasih untuk baca sampai habis dan harap2 korang s**a post kali ni.. Jika bermanfaat, klik share supaya lebih ramai dapat manfaat dari post nie.

TOP 5 BEST CHEAP HOTELS IN AMSTERDAM1. HAMPSHIRE HOTEL – EDEN AMSTERDAM2. ASTERISK HOTEL 3 STARS AMSTERDAM3. MAX BROWN H...
16/03/2016

TOP 5 BEST CHEAP HOTELS IN AMSTERDAM

1. HAMPSHIRE HOTEL – EDEN AMSTERDAM
2. ASTERISK HOTEL 3 STARS AMSTERDAM
3. MAX BROWN HOTEL CANAL DISTRICT
4. AALBORG HOTEL AMSTERDAM
5. HAMPSHIRE HOTEL – LANCASTER AMSTERDAM

10/03/2016

Siapa Nak Diskaun RM 500 (Couple Set) Untuk Trip Muslim Ke 4 Negara Eropah (London, Amsterdam, Brussels, Paris)?

Boleh la bawa suami/isteri makan angin dan sweet dating gituww musim cuti sekolah bulan September ni. Pasti terukir senyuman di wajah mereka!

Senang jer. Ikut langkah ni.

1. LIKE post ni dulu.
2. KOMEN "Trip Muslim Ke Eropah"
3. Tag Pasangan Anda.
4. SHARE post ni sekarang.

Buat keempat-empat step ni dan kami akan pilih 5 pemenang dalam masa 24 jam dari sekarang jika cukup syarat sahaja.

Bertindak pantas sekarang!

Betul ke Paris ni best sangat sampai tak nak balik Malaysia?Jom, kita stalker sikit tempat-tempat best yang ada kat dala...
10/03/2016

Betul ke Paris ni best sangat sampai tak nak balik Malaysia?

Jom, kita stalker sikit tempat-tempat best yang ada kat dalam Kota Cinta ni.

1) The Lourve Museum
- Musee du Lourve tempat di mana potret Monalisa dipamerkan. Muzium ini terlalu besar, dan mempamerkan lukisan potret seperti potret Monalisa, Venus de Milo, Egyptian antiquities (sphnix) dan macam-macam lagi. Kebanyakan lukisan, patung atau ukiran di muzium ini tidak menutup aurat, yang di bawah dan di atas tidak bertutup langsung! Tiket boleh dibeli di kedai cenderamata muzium yang terletak dalam Carousel of Musee du Lourve (CML). Bangunan CML ini betul-betul bersebelahan dengan Musee du Lourve dan ia adalah sebuah shopping complex.

2) Eiffel Tower
- Tidak sah ke Paris jika tidak ke Eiffel Tower. Eiffel Tower dikaitkan dengan cinta. Eiffel Tower memang ada 'roh'nya tersendiri. Once nampak sahaja kelibatnya dari jauh, dada terus berdegup kencang. Makin dekat, makin laju degupannya. Ia memukau mata yang memandang. Anda pasti terpesona dan conform boleh duduk lepak lama2 sekadar melihatnya. Mungkin sebab itulah pasangan bercinta s**akan Eiffel Tower ni. Sebab ia boleh buat kita rasa happy, seronok, terpaku dan terkesima.

3) Petit Palais and Grand Palais
- Petit Palais (Small Palace) dan Grand Palais (Big Palace) adalah bangunan yang dibina khas sebagai muzium dan exhibition. Bangunan ini berhadapan dengan di antara satu sama lain dan berdekatan dengan Jardins des Champs de Elysees. Dari sini leh berjalan kaki sahaja ke Champs de Elysees.

4) Place de la Concorde
- Dataran terbesar di Paris. Antara yang menjadi perhatian di sini ialah obelisk 'Cleopatra Needle' dari Ramses II Temple, Eqypt. Masa tu raja Egypt bagi 3 obelisk kepada pemerintah Perancis, tapi satu je dorang bawa balik. Sebab besar obelisk tu dik oii, susah nak anto jejauh tu. Zaman dulu bukannya ada kapal kargo dan barge macam zaman sekarang untuk bawa balik dengan mudah. Juga ada beberapa fountains yang cantik menghiasi tempat ini.

5) Champs de Elysees
- Kalau nak rasa shopping macam orang kaya, sila pergi ke Champs de Elysees. Ia adalah sebatang jalan raya sepanjang 2km dimana di kiri kanan tu ada banyak kedai2 mewah, bank dan cafe. Kedai LV berdiri paling mewah kat sini. Majoriti pelancong yang lalu jalan ni memang akan bergambar depan bangunan LV tu.

6) Arc de Triumphe
- Arc de Triumphe ni hanyalah sebuah arca tanda kemenangan yang dibina oleh Napolean pada tahun 1800. Kat bawah binaannya terdapat kubur tentera2 yang mati semasa perang dunia pertama dan nama mereka tak diketahui, hence known as the Grave of the Unknown Soldiers.

7) Seine River
- Sungai ini adalah sungai cinta yang amat popular. Kalau ada masa cubalah naik cruise boat. Sure romantic tau!. Ada banyak jambatan untuk menyeberangi sungai tu. Apa yang menarik ialah terdapat banyaknya 'love locks' atau pon mangga cinta. Dengarnya Kourtney Kardashian pon gantung padlock cintanya dengan suami di sini.

8) Notre Dame Cathedral
- Notre Dame Catheral adalah gereja gothic pertama yang di bina di dunia ni. Bangunan bersejarah dan cantik.

9) La Defense
- Bandar moden yang dipanggil La Defense. Kat sini terdapat banyak bangunan moden yang tinggi mencakar langit. Kalau masa tak mengizinkan untuk ke La Defense, korang leh tengok dari atas Eiffel Tower.

10) Restauran Istanbul
- Must Try! Halal dan sedap. Sebab kat kota Paris ni susah nak cari makanan yang Halal dan sedap. Sebab tu kami recommend restoran ni. Terbaik!

Apa Yang Menarik Di Brussels, Belgium.Anda merancang nak melancong ke Europe? Ada plan nak cuba jejak kaki ke kota Bruss...
10/03/2016

Apa Yang Menarik Di Brussels, Belgium.

Anda merancang nak melancong ke Europe? Ada plan nak cuba jejak kaki ke kota Brussels di Belgium? Apa yang menariknya Brussel ni ? Apa yang ada di sana ?

1) The Atomium
- Bangunan ini berbentuk iron crystal seperti raksasa di tengah-tengah Brussels kerana bentuknya macam robot cerita ultraman yang biasa kita lihat. Ia memang sangat-sangat besar dan mempunyai bulatan-bulatan yang anda boleh melihat seluruh Brussels jika kita naik ke atas. Di bahagian paling atas ada restaurant dan di ground floor ada kedai yang menjual souvenir dan macam-macam coklat serta strawberry & coklat yang memang sedap !

2) Mini – Europe
- Mini-Europe terletak bersebelahan dengan The Atomiun. Menariknya ia adalah kawasan pelancongan yang menyediakan binaan atau replika negara-negara eropah. Ada juga negara-negara yang anda sendiri tidak tahu kewujudannya. Setiap satu negara itu akan di bina satu trade mark contohnya London yang terkenal dengan jam besar atau Big Ben. Windmill atau kincir angin adalah trade mark Belanda begitu juga Italy dengan Menara P*sanya.

3) Chocolate Museum
- Belgium terkenal dengan coklat. Sana- sini kita akan dapat lihat dan ada muzium coklat yang anda boleh jenguk dan beli coklat mana yang kita nak. Tak semua coklat di sini halal ye. Kena hati-hati bab pemakanan sebab kita berada di negara yang majoriti penduduknya bukan beragama islam.

4) The Grand Place
- Terletak di tengah-tengah Brussels dan merupakan salah satu lokasi pelancongan yang di iktiraf oleh UNESCO. City Hall mereka terletak di sini dan dengan banyak kedai coklat di kawasan sekitar. Bangunan lama yang unik dan di jaga rapi menampakkan ciri-ciri zaman kolonial masih tetap utuh tidak seperti negara kita yang lebih banyak bangunan bentuk moden.

*Bagi acara flower carpet masih belum di buka kerana event ini di buka 2 tahun sekali pada setiap bulan 8.

5) Manneken P*s
- Merupakan sebuah patung budak kecil atau sculpture yang sedang membuang air kecil. Ianya merupakan trademark kepada kotaraya ini.

Pssst, benda atau makanan "must have!" dan "must try"
- Sultans of Kebab
- Coklat Made in Belgium seperti Guylian, Cote d 'Or
- Brussels Waffles ( 1 Euro je..)
- Souvenier seperti magnetic fridge, keychain, tshirt dan beg.

Part 5... Last Part!Syurga membeli-belah di sekitar AmsterdamKelima : Kalverstraat  Satu lagi tempat membeli-belah yang ...
03/03/2016

Part 5... Last Part!

Syurga membeli-belah di sekitar Amsterdam

Kelima : Kalverstraat

Satu lagi tempat membeli-belah yang paling best di Amsterdam. Sebab apa kami kata best? Sebab di sinilah anda terpaksa menghabiskan beratus-ratus euro membeli baju di butik branded. Sebab murah sangat walaupun dah convert ke RM.. YAhoo!

H&M memang bersepah-sepah di sepanjang Kalverstraat, memang sangat la tempting untuk masuk dan membeli. Selain H&M, brand-brand lain pun ada, macam ZARA, Mango, Gucci, LV, Dior, Chanel dan yang seangkatan dengannya.

Tapi yang paling murah adalah H&M, dan boleh gila duduk kat dalam tu memilih baju, seluar, kasut, handbeg, dan macam-macam lagi!.

Harga baju baby & toddler adalah semurah EU 3 sehelai. Dress yang cantik-cantik bermula dari harga EU 4.95, mau tak pengsan kalau tak beli? Hehehe.. oh ya, kasut untuk budak-budak pun murah sangat, semuanya kurang dari EU 10!!

Bagaimana nak cari tempat ni? hmm mudah saja, refer saja pada map Amsterdam dan cari nama jalan Kalverstraat, di situlah tempatnya, memang berdekatan sangat dengan Dam Square.

Part 4...Syurga membeli-belah di sekitar AmsterdamKeempat : Albert Cuyp MarketPasar ini ala-ala macam pasar tani + pasar...
02/03/2016

Part 4...

Syurga membeli-belah di sekitar Amsterdam

Keempat : Albert Cuyp Market

Pasar ini ala-ala macam pasar tani + pasar malam. Katanya, pasar ini adalah pasar siang terbesar di seluruh Europe. Di sekitar kawasan pasar ini juga terdapat banyak sangat kedai makanan Indonesia, Turkish dan Moroccan. Jadi sambil-sambil shopping tu, boleh la isi perut sekaligus.

Part 3...Syurga membeli-belah di sekitar AmsterdamKetiga : Bloemmarkt Amsterdam (Floating Flower Market)Tidak jauh dari ...
02/03/2016

Part 3...

Syurga membeli-belah di sekitar Amsterdam

Ketiga : Bloemmarkt Amsterdam (Floating Flower Market)

Tidak jauh dari Dam Square tadi, terdapat satu lagi tempat menarik untuk menghabiskan duit, iaitu Bloemmarkt atau nama inggerisnya Floating Flower market, juga merupakan salah satu tarikan utama di Amsterdam. Market ini bukan sekadar menjual bunga, malah ada juga menjual pelbagai jenis cenderamata, sama seperti di Damrak tadi.

Jarak dari Dam Square ke Bloemmarkt hanya 1 kilometer saja. Kalau berjalan kaki lebih kurang 15-20 minit saja. Floating market ini terletak di Singel, iaitu salah satu canal penting di Amsterdam.

Fridge magnet juga banyak di jual di sini, harga lebih kurang sama macam di Damrak tadi. Untuk para collector magnet, pastinya korang akan rasa nak beli semua magnet berbentuk rumah-rumah canal Amsterdam ni, sebab memang lawa sangat.

Bermacam jenis tulips ada dijual di sini, dan benih-benih bunga tersebut akan dipek siap oleh pengusaha kedai demi memudahkan pembeli membawa balik benih-benih tersebut. Waktu operasi market ini adalah dari jam 9 pagi hingga 5.30 petang (Isnin-Sabtu), manakala 11.00 pagi hingga 5.30 petang pada hari Ahad.

Part 2... Syurga membeli-belah di sekitar AmsterdamKedua : Dam SquareDari Damrak tadi, akhirnya korang akan berjumpa den...
02/03/2016

Part 2...

Syurga membeli-belah di sekitar Amsterdam

Kedua : Dam Square

Dari Damrak tadi, akhirnya korang akan berjumpa dengan Dam Square. Di sinilah terletaknya Royal Palace Amsterdam, Madame Tussauds dan beberapa shopping complex terkemuka di Amsterdam. Boleh dikatakan tempat ini juga sebagai tempat lepak dan bersantai untuk penduduk tempatan dan pelancong yang kepenatan bershopping sepanjang Damrak tadi.

Untuk yang gemarkan aktiviti melihat gelagat orang, di sinilah juga tempatnya, sebab macam-macam jenis orang ada.

Post kali ni hanya nak berkongsi pasal tempat-tempat membeli belah di sekitar Amsterdam. Teruja? Tak? Ok takpa, kita ten...
02/03/2016

Post kali ni hanya nak berkongsi pasal tempat-tempat membeli belah di sekitar Amsterdam.

Teruja? Tak? Ok takpa, kita tengok dulu.. Hehe

Pertama : Damrak

Terletak berdekatan dengan Amsterdam Central, iaitu stesen keretapi utama di Amsterdam, hanya perlu berjalan lebih kurang 300-400 meter untuk sampai ke sini.

Damrak merupakan jalan utama dari Amsterdam Central ke Dam Square, suatu ketika dulu Damrak adalah sebuah canal, tapi kini telah ditimbus dan dijadikan jalan raya dan juga laluan untuk tram.

Damrak dipenuhi dengan hotel budget dan mahal, begitu juga dengan hostel untuk backpacker, memang mudah untuk dijadikan port di Amsterdam, kerana pengangkutan awam juga mudah di sini. Tram bernombor 4, 9, 16, 24 dan 25 melalui Damrak dan masing-masing menuju ke destinasi berasingan.

Boleh dikatakan Damrak adalah salah satu tempat pelancong yang popular di Amsterdam, bukan sahaja mempunyai pelbagai jenis hotel yang sesuai untuk semua peringkat dan kategori pelancong, malah Damrak juga dipenuhi dengan pelbagai bar dan restauran yang menyediakan bermacam-macam pilihan kepada pengunjung. Makanan India, Indonesia, Lebanese, Turkish dan yang lain-lain boleh didapati di sini. Jadi soal mendapatkan makanan bukan masalah utama. Dan sebab itu juga lah mustahil anda nak turun berat badan kat sini. Hehe

Pelancong muslim juga tidak susah untuk mendapatkan makanan di Amsterdam, kerana restoran halal memang banyak di sini, dan harga yang ditawarkan agak murah. Jadi tak perlulah mengikat perut untuk menjimatkan wang, sebab memang murah mengikut standard european. Oh ya, saiz makanan yang dihidangkan juga agak besar, sepingan nasi arab atau doner kebab boleh dikongsi dua orang! Baguskan?

Diantara deretan hotel dan restoran tadi, kedai cenderamata juga ada banyak di sini. Kalau rajin bolehlah masuk ke setiap kedai cenderamata yang ada di sepanjang jalan Damrak ni. T-shirt, fridge magnet, poskad, shot glass, wooden shoes, ceramic Royal Delft Blue, dipendekkan cerita bermacam-macam jenis cenderamata yang dirasakan sesuai untuk dibawa balik boleh dicari di sini.

Bagi yang s**akan kelainan boleh la membeli coklat g***a ni untuk dibawa balik, tapi tak tahu la Halal ke tidak, sendiri tanggung ok? Admin tak cuba, jadi tak tau la rasanya macam mana.

Bermacam-macam jenis gula-gula, coklat dan kudapan yang berasaskan g***a boleh didapati di kedai-kedai cenderamata di Amsterdam. Jika perasaan ingin cuba dan ingin tahu korang terlalu tinggi, boleh la cuba kot, maklumlah kat tempat lain susah kot nak dapat benda-benda ni, rasanya di Amsterdam saja yang berleluasa jual benda-benda macam ni.

3 Sebab Kota Paris Buat Masyarakat Dunia Jatuh Cinta!👉 Pertama :Paris adalah kota paling romantik kat dunia. Tengok aje ...
02/03/2016

3 Sebab Kota Paris Buat Masyarakat Dunia Jatuh Cinta!

👉 Pertama :

Paris adalah kota paling romantik kat dunia. Tengok aje la filem-filem romantik, tak kesah la dari hollywood ke, bollywood ke mahupun filem romantik tempatan, kebanyakkan Paris antara tempat wajib shoot! Inilah yang paling banyak diutarakan seseorang ketika mendengar Kota Paris. Ada beberapa alasan mengapa kota Paris disebut sebagai kota paling romantik di dunia, iaitu Paris penuh dengan bangunan lama bersejarah, terdapat menara Eiffel yang menjadi tempat "dating" dan melamar pasangannya, pemandangannya sangat indah, dan syurga makanan.

👉 Kedua :

Paris dikenali juga sebagai kota Fesyen. Tak hanya memiliki bangunan yang indah serta makanan yang sedap, Paris juga menjadi mercu utama fashion dunia. Di kota ini anda akan berasa kagum dengan pakaian yang berkualiti yang berasal dari nama besar seperti Chanel, Louis Vuitton, Christian Dior, dan lain-lain. Di sini la syurga membeli belah barangan berjenama pada harga tak masuk akal! Bagi mereka yang minat pada fashion, anda akan disajikan dengan Paris Fashion Week yang diadakan 2 kali dalam setahun.

👉 Ketiga :

Mesra Alam & Pelancong! Ya, Anda PASTI jatuh cinta dengan Paris kerana Paris adalah kota yang ramah bagi para pelancong dan kebersihan kota ini. Yang best nya, kebanyakkan bar dan restoran tak boleh merokok! Free Smoke!

Address

Trip Muslim
Johor Bahru
81000

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00

Telephone

019-9143145

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Explore Valet posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Explore Valet:

Share