MARA JDT

Call Directions Website Contact the business

MARA JDT Pelanggan boleh berurusan dengan pegawai kami mengikut waktu operasi pejabat
(1)

06/10/2026
05/10/2026
๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—›๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง ๐— ๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ2 Oktober 2026 | Pejabat MARA LarkinProgram Saringan Kesihatan ...
02/10/2026

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—›๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง ๐— ๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

2 Oktober 2026 | Pejabat MARA Larkin

Program Saringan Kesihatan 2026 anjuran Klinik Malaysia JB telah berlangsung dengan jayanya di Tingkat 3, Bilik Mesyuarat, Pejabat MARA Larkin.

Program ini memberi peluang kepada warga kerja menjalani pemeriksaan kesihatan meliputi ujian darah, ujian air kencing, pemeriksaan tekanan darah serta pengukuran tinggi dan berat badan.

Semoga pelaksanaan program ini dapat meningkatkan kesedaran warga kerja terhadap kepentingan penjagaan kesihatan serta menggalakkan amalan pemeriksaan kesihatan secara berkala.

Early screening. Better awareness. Better health.







30/09/2026

๐—จ๐—–๐—”๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—›๐—ก๐—œ๐—”๐—› ๐——๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—ฌ๐—”๐—•๐—”๐—ฆ ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—œ๐— ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ž๐—”๐—  ๐—ฆ๐—˜๐—ฆ๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿต

Ir. Dr. Mahzan bin Teh, Ketua Pengarah MARA, mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada barisan kepimpinan serta Ahli Jawatankuasa Eksekutif Kesatuan Kebangsaan Kakitangan MARA (KEKAM) Sesi 2026/2029 yang telah menerima amanah dan tanggungjawab untuk menerajui kesatuan bagi tempoh yang baharu.

Semoga barisan kepimpinan yang dipilih terus komited dalam memperjuangkan kebajikan dan kepentingan warga kerja MARA, mengeratkan hubungan antara pihak pengurusan dengan kesatuan, serta menyemarakkan semangat perpaduan, integriti dan profesionalisme dalam organisasi.

Marilah kita bersama-sama menggalas tanggungjawab dan mengangkat AMANAH RAKYAT dengan penuh integriti, tangkas, dedikasi dan semangat kebersamaan demi merealisasikan aspirasi MARA dalam memacu pembangunan sosioekonomi negara.

Selamat menjalankan amanah dan berkhidmat dengan penuh dedikasi.

.I.S.E

30/09/2026

๐‘ช๐‘จ๐‘น ๐‘ท๐‘จ๐‘ฐ๐‘ต๐‘ป๐‘ฐ๐‘ต๐‘ฎ ๐—•๐—”๐—ช๐—” ๐—•๐—”๐—ž๐—”๐—ง ๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง๐— ๐—”๐—ฅ๐—” ๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—จ๐—ง ๐—ž๐—˜ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ง๐—”๐—ฆ ๐——๐—จ๐—ก๐—œ๐—”

Daripada bengkel latihan di TVETMARA Lumut ke pentas WorldSkills Competition 2026 di Shanghai, perjalanan Haziq Syahmi Nazri membuktikan bahawa kemahiran yang dibina melalui latihan dan disiplin mampu mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

Membawa nama Malaysia dalam kategori ๐ถ๐‘Ž๐‘Ÿ ๐‘ƒ๐‘Ž๐‘–๐‘›๐‘ก๐‘–๐‘›๐‘”, Haziq berpeluang menguji kemahirannya di pentas pertandingan kemahiran bertaraf dunia. Penyertaan ini bukan sekadar menuntut keupayaan teknikal dan ketelitian dalam melaksanakan tugasan tetapi turut memberi perhatian kepada cara bahan dan sumber digunakan sepanjang pertandingan. Usaha Haziq membuahkan hasil apabila beliau berjaya meraih 3rd Sustainable Practice Excellence Award bagi kategori tersebut di Shanghai baru-baru ini. Pengiktirafan ini diberikan dengan sokongan Glasurit, Global Industry Partner bagi bidang ๐ถ๐‘Ž๐‘Ÿ ๐‘ƒ๐‘Ž๐‘–๐‘›๐‘ก๐‘–๐‘›๐‘” di WorldSkills.

Bagi TVETMARA, kejayaan Haziq menjadi satu pencapaian bermakna apabila bakat yang dibangunkan melalui ekosistem pendidikan dan latihan kemahirannya berjaya membawa kompetensi tersebut dari institusi latihan ke pentas dunia. Ia turut memperlihatkan potensi pendidikan TVET dalam melahirkan bakat berkemahiran yang mampu mendapat pengiktirafan industri di peringkat antarabangsa.

Dari TVETMARA Lumut ke Shanghai, Haziq kini membawa pulang satu pencapaian yang bukan sahaja menjadi kebanggaan dirinya tetapi turut mengangkat nama TVETMARA dan Malaysia. Kejayaan ini menjadi satu lagi bukti bahawa bakat TVETMARA mempunyai keupayaan untuk melangkah jauh apabila kemahiran, disiplin dan amalan kerja yang baik bergerak seiring.

30/09/2026

๐—ง๐—”๐—›๐—ก๐—œ๐—”๐—› ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—œ๐— ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—”๐—ง๐—จ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—ž๐—”๐—ž๐—œ๐—ง๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—ฅ๐—” (๐—ž๐—˜๐—ž๐—”๐— ) ๐—ฆ๐—˜๐—ฆ๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿต

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada barisan kepimpinan serta Ahli Jawatankuasa Eksekutif KEKAM Sesi 2026/2029 yang telah menerima amanah untuk menerajui kesatuan bagi tempoh yang baharu.

Semoga kepimpinan yang dipilih terus membawa suara dan aspirasi warga kerja MARA dengan penuh integriti, tanggungjawab dan semangat kebersamaan, di samping mempererat hubungan antara kesatuan, pengurusan dan warga kerja MARA.

Selamat menjalankan amanah dan selamat berkhidmat. Semoga KEKAM terus menjadi wadah yang memberi manfaat kepada seluruh warga kerja MARA.

Ikhlas daripada:
PENGURUSAN DAN WARGA KERJA MARA


Address

PEJABAT MARA NEGERI
Johor Bahru
80350

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 16:30
Wednesday 09:00 - 16:30
Thursday 09:00 - 16:30
Friday 09:00 - 16:30

Telephone

072229966

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MARA JDT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to MARA JDT:

Shortcuts

Share