ZSP Cemerlang Forwarding & Logistics Sdn Bhd

ZSP Cemerlang Forwarding & Logistics Sdn Bhd This company is principally engaged in the business of shipping and forwarding, transport, haulage contractors, cargo, chatterers of road vehicles and othe

Kepakaran kami adalah membantu menguruskan syarikat-syarikat yang ingin mengimport dan mengeksport barang dagangan mereka melalui kapal laut dan kapal terbang serta kami mempunyai pengangkutan kontena dan lori 1 tan, 3 tan, 8 tan dan treler 40 kaki di Johor Bahru dengan mengikrarkan dokumen-dokumen mereka kepada pihak Kastam Diraja Malaysia di Johorport, PTP port, Bangunan Sultan Ibrahim (BSI), Senai Airport, Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) dan Kastam Pos sehingga sampai ke premis.

[KELEBIHAN HARI JUMAAT]Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda, maksudnya: “Seba...
05/12/2014

[KELEBIHAN HARI JUMAAT]

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan dan pada hari itu juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (HR Muslim).

“Sesungguhnya hari Juma‘at adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di sisi Allah Subhanhu wa Ta ‘ala iaitu hari yang lebih besar daripada hari raya Adha dan hari raya Fitrah, pada hari Jum‘at itu terdapat lima kejadian iaitu hari yang dijadikan Adam ‘alaihissalam dan Baginda di turunkan daripada syurga ke muka bumi, dan pada hari itu juga wafatnya Adam ‘alaihissalam, dan Allah mengurniakan satu saat di mana doa-doa dikabulkan kecuali doa-doa maksiat, dan hari Jum‘at juga akan terjadinya hari Kiamat”. (HR Ibnu Majah)

“Hari ini (Jumaat) adalah hari besar yang Allah tetapkan bagi Umat Islam, maka siapa yang hendak menghadiri solat Jumaat hendaklah mandi terlebih dahulu.” (HR. Ibnu Majah)

“Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.” (HR Hakim)

"Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (HR Al Baihaqi)

"Sesungguhnya harimu yang paling utama adalah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat kepadaku pada hari itu, kerana selawatmu ditunjukkan kepadaku. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana selawat kami ditunjukkan kepadamu sedangkan tubuhmu telah hancur? Rasulullah menjawab: Sesungguhnya Allah mengharamkan tubuh para Nabi bagi bumi (tidak hancur)." (HR Abu Daud, Nasa'i dan Ibnu Majah).

Rasulullah bersabda maksudnya : “Sesiapa yang berwuduk dan kemudian dia pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, lalu mendengar dan tidak bercakap (ketika khutbah dibacakan), maka diampuni dosa-dosanya yang ada di antara hari Jumaat itu dan hari Jumaat berikutnya”. (HR Muslim)

"Pada hari Jumaat terdapat satu waktu, tidaklah seorang hamba Muslim memohon sesuatu kepada Allah melainkan Allah akan mengabulkannya. Carilah ia di akhir waktu selepas asar.” (HR Abu Daud)

"Tidaklah seseorang Muslim itu meninggal dunia pada hari jumaat atau pada malam Jumaat melainkan Allah menyelamatkannya dari fitnah kubur (soalan di dalam kubur). (HR At-Tirmizi)

Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat dan Ramadhan ke Ramadhan, semuanya adalah penghapus dosa-dosa di antara kedua-duanya selagi mana dijauhi dosa-dosa besar.” (HR Muslim)

"Ganjaran bagi segala kebajikan digandakan pada hari Juma'at". (HR ath-Thabarani)

Kepada yang yang bekerja jangan lupa solat Jumaat ya....
"JOM SOLAT"

JOM KITA BERDOA SEMASA WAKTU-WAKTU INI....
26/11/2014

JOM KITA BERDOA SEMASA WAKTU-WAKTU INI....

Hujan rahmat di luar pejabat kami. Alhamdulillah moga didatangkan rezeki utk kita semua pd hari jumaat ini."Ya Allah, ja...
15/08/2014

Hujan rahmat di luar pejabat kami. Alhamdulillah moga didatangkan rezeki utk kita semua pd hari jumaat ini.

"Ya Allah, jadikanlah hujan ini hujan yg mbawa manfaat."

Salam 1 Malaysia & selamat bekerja utk hr ini....
11/08/2014

Salam 1 Malaysia & selamat bekerja utk hr ini....

Selamat hari jumaat semua!! =)
08/08/2014

Selamat hari jumaat semua!! =)

07/08/2014

ZSP Cemerlang Forwarding & Logistics Sdn Bhd's services is available now after Raya Eid!...hurry up all...

KEEP CALM AND STAY WITH US!

Selamat brhujung minggu & selamat berhari raya..
02/08/2014

Selamat brhujung minggu & selamat berhari raya..

Salam jumaat semua....jumaat terakhir Ramadan, moga dpt manfaatkannya...Di kesempatan ini, warga Zsp ingin mengucapkan S...
25/07/2014

Salam jumaat semua....jumaat terakhir Ramadan, moga dpt manfaatkannya...
Di kesempatan ini, warga Zsp ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga ZSP Cemerlang, pelanggan & umat Islam di Malaysia.

Dengan ini, kami tidak beroperasi sehingga 29 Julai 2014

Musim perayaan & balik ke kampung ni, jangan berinternet ketika memandu..berhati-hati di jalan raya
24/07/2014

Musim perayaan & balik ke kampung ni, jangan berinternet ketika memandu..berhati-hati di jalan raya

17/07/2014

Salam jumaat...berita mlm td tentang MH17...

Sama-sama kita doakan utk mangsa-mangsa..takziah diucapkan...Al-fatihah..moga semuanya berada dlm keadaan selamat

Address

Johor Bahru
81200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ZSP Cemerlang Forwarding & Logistics Sdn Bhd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share