27/12/2021
JOM KENALI TRIP STAR PISCES CRUISE (SPC)
Star Pisces Cruise (SPC) ni kapal dari Hong Kong port tau sekarang ni die berlabuh dekat Penang untuk bagi kita rasa pengalaman naik cruise.. SPC punya kapasiti boleh masuk dalam 1k++ pax macam tu tapi since kita follow SOP so boleh masuk dalam 5++ pax saja.. SPC ni ada trip untuk 3H2M dan 2H1M.
Ramai tanya macam mana trip die? Ok trip die start from Penang so mana yang berdekatan area Penang atau belah utara untunglah sebab dekat tapi kalau yang jauh macam from Selatan Johor so option yang ada is naik bas awam, driving atau flight. Mana yang x tahan drive jauh2 amik jela flight mudah dan senang 1 jam je dah sampai kan. 😆 trip cruise untuk 3H2M ni cuma ada 2x seminggu je iaitu setiap hari:
📌 Ahad - Selasa
📌 Selasa - Khamis
Kenapa kak sha fokus jual 3H2M je? Sebab berbaloi dan worth it bila kita dah bayar mahal2 tak kan amik 2H1M je kan, dah la harga pun dinamik (berubah2 macam flight) kira tak tetap lah.. pastu trip SPC akan berlayar tepat jam 9 malam untuk hari pertama tu contoh itenari dia macam ni:
🌸Day 1
1500 cek documentation dan saliva test
1600 kalau semua dah ok kita masuk cruise dan masuk cabin
- enjoy the entertainment dalam cruise
2100 cruise berlayar ke Penang
- enjoy the entertaiment dalam cruise
🌸Day 2
0900 tiba Langkawi boleh start tour Langkawi
- jalan2 la boleh pergi cable car/island hopping/cenang street/HIG beli coklat/makan2
2100 naik semula cruise sebelum jam 9 malam ye pastu berlayar balik semula ke Penang
🌸Day 3
0800 tiba semula Penang
- jalan2 Penang pulak
Kejap je kan trip SPC ni sebab tu kak sha fokus untuk 3H2M je kalau 2H1M ok juga tapi just stay atas kapal jela kira cruise pusing2 je heheh 😄
Secara ringkas boleh katakan tentang Star Pisces ni:
🔸️CABIN dan FASILITI lebih cantik dari Libra/Gemini walau sedikit kecil
🔸️ Restoran berkonsepkan pork free & lard free.. tetapi hasil tinjauan, dapur dan peralatan adalah berasingan dengan makanan non halal. Segala raw food dan bahan2 adalah dari Malaysia dan ia dibawah penyeliaan MKN & Jakim.
So nanti sebelum naik cruise makan puas2 ataupun bawakla pek kembara ke maggi ke sushi ke ape2 je untuk alas perut sebelum tiba Langkawi esoknya..tapi kat restoran tu pun boleh makan macam cereal, telur, vege atau fruits ke kan macam kita pergi oversea juga lah kat hotel dapat buffet international macam tu 😁 tiba Langkawi esok tu turun pergi makan puas2 lagi hihi
FYI, SPC ni kalau takde demand dia akan balik semula ke port..kesian kalau takde yang support 😂 SPC dianggarkan akan berlayar sehingga Mac jadi sempatlah kalau nak merasa sebelum dia balik semula ke pangkalan Hong Kong.. 🛳
Jenis2 cabin ada di setiap gambar sebabnya law naik cruise ni untuk 1 cabin tak boleh lebih 2-4 pax macam tu..ada cabin cume boleh masuk 2 pax even cabin tu besar..tapi kan pada pendapat kal sha naik cruise ni sesuai untuk yang nak honeymoon, kawan2 macam tu kalau by family ni ok juga cuma kene amik lebih dari 1 cabin dan kat situ harga pun meningkat 😅
So kesimpulannya nak try SPC ni kene faham:
🔹️1st harga is dynamic berubah2 macam flight, kalau cek hari ni harga RM599 tapi nak confirm lagi 2 hari haa mase tu harga akan naik lagi
🔹️ semakin demand sesuatu cabin tu semakin tinggilah harga per pax
🔹️ kita naik kapal persiaran mewah dan memang logik harga akan naik
🔹️ kalau betul2 berminat nak naik cruise mindset kene ready untuk bayar harga latest dan kene book cepat 😆
www.wasap.my/601159316677