22/08/2026
✨ PACKING PLAN JEMAAH UMRAH ✨
Persiapan keperluan yang baik sebelum berangkat akan membantu perjalanan Umrah menjadi lebih teratur, tenang dan mudah, insya-Allah. 🤍
Buat persiapan yg paling ringkas.
Sebelum mula mengemas, asingkan barang mengikut jenis beg supaya barang penting mudah dicapai apabila diperlukan:
🧳 Beg Cargo
Untuk pakaian, keperluan harian dan barang yang di perlukan digunakan di hotel.
🎒 Backpack / Hand Carry
Simpan keperluan yang diperlukan semasa penerbangan dan perjalanan sebelum menuju hotel.
👜 Sling Bag
Khas untuk urusan imigrasion dan penerbangan. Pasport, dokumen perjalanan, wang dan barang penting yang perlu sentiasa berada bersama kita.
Semoga panduan ringkas ini membantu para jemaah membuat persiapan dengan lebih teratur dan mengelakkan barang penting tertinggal.
📌 Tip: Mulakan packing lebih awal dan buat senarai semak semula setiap barang sebelum beg ditutup.
Semoga Allah mempermudahkan setiap urusan perjalanan, mengurniakan kesihatan, keselamatan dan menerima ibadah Umrah kita.
Umrah yang mabrurah, insya-Allah. 🤲🏻🕋
Umrah
Umrah
umrah privite
family privite