24/02/2022
Walaupun asal pohonnya tidak diketahui atau dikenal pasti dengan tepat, terdapat kemungkinan besar bahawa ianya berasal daripada kawasan subur di antara Mesir Purba dan juga kerajaan kuno Mesopotamia, atau lebih tepat lagi, tanah negara Iraq masa kini.
Menurut catatan fosil, pokok kurma dikatakan telahpun mula wujud sekurang-kuranganya 50 juta tahun yang lampau. Ianya telah menjadi makanan ruji di kawasan Timur Tengah dan juga Lembah Indus buat ribuan tahun. Terdapat juga penemuan arkeologi yang menunjukkan penanaman pohon kurma di Semenanjung Arab semenjak alaf ke-6 BCE.
Terdapat juga penemuan bukti arkeologi yang lain yang menunjukkan bahawa pohon buah ini telahpun ditanam di Mehrgarh sekitar 7000 BCE, zaman Neolitik di kawasan Pakistan masa kini.
Dalam tamadun Rom purba p**a, pohon-pohon Phoenix dactylifera merupakan tanaman yang pop**ar di dalam kawasan taman-taman sekitar kerajaan Rom walaupun kemungkinan besar, ianya tidak mampu menghasilkan buah akibat daripada iklim di negara Itali.
Ianya mula diperkenalkan kepada Mexico dan juga kawasan sekitar California masa kini oleh penakluk dan peneroka Sepanyol sekitar tahun 1765. Pada tahun 2017, negara Mesir mendahului pengeluaran pada tahun tersebut dengan hasil mereka sebanyak 1,590,414 tan diikuti oleh Iran (1,185,165), Algeria (1,058,559), Arab Saudi (754,761), dan juga Iraq (618,818).
Manfaat kesihatan daripada pengambilan kurma
Melihat kepada betapa meluasnya penanaman pohon kurma ini, pengaruhnya dalam dunia kulinari dan juga peranan yang dimainkannya dalam pemakanan di sebahagian besar dunia Arab dan juga benua Afrika, sudah tentu ramai yang akan terfikir dan tertanya-tanya tentang apakah manfaat kesihatan yang terdapat dalam buah istimewa ini.