16/07/2025
Fauzana Hassan
Ramai owner restoran dan kafe buat silap yang sama? Dia ingat semua customer datang dengan niat yang sama, nak makan.
Padahal “waktu datang” itu sendiri ubah game plan sepenuhnya.
Contoh waktu tengah hari.
Customer datang waktu lunch biasanya nak cepat, nak jimat dan tak nak fikir banyak.
Dia nak makanan yang simple, senang pilih, tak perlu custom banyak benda.
Kalau dia kena tunggu 15 minit sebab kita bagi dia pilihan 6 jenis kuah + 8 topping + 4 jenis karbo = dia cabut tak nak fikir. Sebab takda masa.
Dia akan rasa “Alaa, lambatnya. Next time aku tapau je lah dekat kedai sebelah.”
Contoh real, jiran kami sendiri dekat Cyberjaya.
Dia buka restoran makanan Thai. Sedap. Cantik. Servis pun tiptop. TAPI, dia guna menu sama siang dan malam.
Tomyum. Siakap tiga rasa. Daging bakar. Kailan ikan masin.
Semua freshly cooked. Baru buat bila order.
Waktu malam memang full house. Orang datang sebab nak makan sedap, lepak lama. Tapi waktu tengah hari? Sepi.
Kenapa? Sebab orang kerja dekat kawasan situ tak nak tunggu. Dia tengok je menu, dia dah boleh agak.
“Ni mesti lama. Nak tunggu siakap masak? Nak tunggu sup panas?”
Terus dia belok pergi restoran lain yang ada nasi campur, goreng-goreng atau set lunch yang terus boleh serve.
Persepsi dah terbentuk: “Lambat.”
Padahal makanan dia sedap. Tapi timing salah. Menu tak match dengan behavior waktu lunch.
Waktu malam behavior berubah.
Customer datang dengan anak-anak, pasangan, nak duduk lama sikit, ada yang datang tu nak celebrate birthday.
Masa ni, custom menu, fancy sikit, plating lawa, semua tu memang boleh bawa masuk sales. Orang yang datang tu dia nak feel, experience dan nak rasa servis yang berbaloi.
Satu lagi silap yang biasa jadi, iaitu level of service.
Lunch hour? Full self-service pun customer ok. Order dekat kaunter. Ambil makanan sendiri. Letak tray. Sapu meja pun dia tak kisah.
Sebab dia nak cepat. Nak lari balik ofis. TAPI waktu malam? Tak boleh semua tu. Tak sama.
Kalau buat full self-service, customer akan rasa “Eh, aku bayar RM25, tapi semua buat sendiri?”
Waktu malam ideally: Semi-service.
At least ada staf ambil order. Ada orang hantar ke meja.
Sebagai usahawan, behaviour pelanggan begini kita kena kuasai. Faham siapa pelanggan yang kerap datang ke kedai.
Bayangkan jika masih lagi main menu yang sama, game service yang sama sepanjang hari tu, inilah yang sebenarnya sedang bunuh potensi bisnes sendiri.
Lunch dan dinner bukan sekadar waktu berbeza. Ia juga melibatkan dua jenis "perangai" customer yang berbeza. Dan dua strategi yang patut berlainan.
Pagi game breakfast.
Lunch game speed.
Dinner game experience.
Kalau sini tak dapat nak bezakan, jangan pelik waktu-waktu tertentu kedai makan kita je kosong, kedai makan pesaing full house sentiasa.
Nak main bisnes restoran, kena main ikut behavior. Bukan ikut tekak sendiri.
Kalau nak refine strategi lunch vs dinner, test je dulu. Tukar menu waktu lunch. Ringkaskan. Test semi-service waktu malam.
Upgrade sikit experience.
Tak payah ubah semua terus. Tapi mula baca demand customer, insyaAllah kita boleh upgrade sales setiap bulan.
Sudah sampai masa untuk anda tak sekadar masak sedap, tapi susun strategi yang padu ikut customer behavior.
Ramai usahawan restoran dan kafe sangkut salesnya bukan sebab makanan tak sedap, tapi sebab menu dan servis tak ikut waktu.
Lunch lain game. Dinner lain gaya. Tapi ramai masih guna one strategy fits all.
Kalau anda rasa,
1. Waktu lunch slow, tapi malam full house atau sebaliknya.
2. Customer komplen lambat, tapi anda rasa dah buat terbaik.
3. Anda sendiri keliru nak kekalkan menu atau tukar ikut waktu, maka anda wajib hadir ke seminar Grow Your Business (GYB).
Seminar ini bukan hanya untuk restoran atau F&B. GYB sesuai untuk semua jenis bisnes, iaitu bisnes fesyen, servis, produk, spa, klinik, butik, bengkel, dan banyak lagi.
Tapi dalam seminar ini, anda akan faham dengan jelas:
1. Siapa customer anda sebenarnya.
2. Bila mereka datang dan apa mereka expect.
3. Apa strategi jualan dan servis ikut waktu dan tingkah laku pelanggan?
4. Macam mana susun sistem bisnes supaya owner tak penat sendiri?
5. Apa cara terbaik untuk jadikan bisnes itu ada untung yang besar?
Jangan tunggu sampai pesaing ubah dulu, anda yang kena mula dulu.
Jom daftar GYB 26 dan 27 Julai ini di Cyberjaya dengan klik link dibawah sekarang!
https://growyourbusiness.my
https://growyourbusiness.my