ROSRUN2017 diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat berhubung isu-isu keselamatan jalan raya. Ianya dianjurkan oleh MIROS, sebuah agensi dibawah Kementerian Pengangkutan Malaysia, bersama-sama UBER selaku penaja utama. Acara ini juga diadakan sempena ulangtahun penubuhan MIROS yang ke-10. Peserta larian boleh memilih untuk menyertai kategori 3KM atau 10KM. Kategori 3KM dinamaka
n ‘Alert Run’, sebagai suatu simbolik kepada pengguna jalan raya untuk sentiasa kekal peka semasa berada dijalan raya. Kategori 10KM pula dinamakan sebagai ‘Run Safe’ bagi mempromosi tingkahlaku yang selamat semasa berada dijalan raya. Disamping itu, peserta larian 3KM akan memakai baju larian yang berwarna oren (jingga) manakala peserta larian 10KM akan memakai baju yang berwarna hijau. Petugas-petugas rasmi acara pula akan memakai baju yang berwarna merah. Secara keseluruhannya, ianya akan menyerupai warna lampu isyarat. Pelepasan larian akan dilaksanakan mengikut gelombang warna, yang mana akan dimulakan dengan warna hijau dan diikuti warna oren. Penglibatan rakyat didalam acara ini amatlah dialu-alukan. Bersama, kita promosikan mesej keselamatan jalan raya kepada semua. Sentiasa Peka, Sentiasa Selamat!
___________________________________________________________ It is organized by MIROS, an agency under the Ministry of Transportation (MOT). This event is also held in conjunction with MIROS’s 10th year anniversary. Participants can join either 3KM or 10KM category. 3KM category is named as Alert Run, as a symbolic to road users to always be alert on the road. On the other hand, 10KM is Run Safe, promoting safe behaviour on the road. In addition, 3KM runners will wear orange (amber) t-shirt while 10KM runners will wear green t-shirt. The event crew will wear red t-shirt. Together, this will mimic the colours of traffic lights. Flag-off will be done based on colour waves, starting with green and followed by orange. Public participation in this run is greatly welcomed and together, let’s promote road safety. Welcome to ROSRUN2017. Be Alert, Be Safe!