Busyra Holidays

Call Directions Website Contact the business

Busyra Holidays Busyra Holidays - 14 Tahun Peduli Jemaah - Umrah…
Tahun ke - 3 (PJH) Haji & Pelancongan Muslim. UMRAH PEDULI JEMAAH
(1)

📍𝐌𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝 𝐍𝐚𝐛𝐚𝐰𝐢 | 𝐏𝐞𝐫𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧𝐚𝐧 𝟏𝟏 𝐎𝐆𝐎𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟔Madinah adalah bumi yang penuh dengan kisah perjuangan Rasulullah SAW. Setiap te...
19/08/2026

📍𝐌𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝 𝐍𝐚𝐛𝐚𝐰𝐢 | 𝐏𝐞𝐫𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧𝐚𝐧 𝟏𝟏 𝐎𝐆𝐎𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟔

Madinah adalah bumi yang penuh dengan kisah perjuangan Rasulullah SAW. Setiap tempat yang diziarahi mengingatkan kita kepada perjalanan Baginda dalam menyampaikan dakwah dan membimbing umat.

Dalam ziarah sekitar Masjid Nabawi, para jemaah mengikuti perkongsian daripada mutawwif untuk mengenali dengan lebih dekat kisah dan sejarah yang terdapat di sekitar kawasan ini.

Semoga ziarah ini bukan sekadar menambah pengetahuan, tetapi turut menambahkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW serta memberi inspirasi untuk kita terus menghayati dan mengamalkan sunnah Baginda. 🤍

𝐏𝐞𝐥𝐚𝐤𝐬𝐚𝐧𝐚𝐚𝐧 𝐔𝐦𝐫𝐚𝐡 𝟐 & 𝐔𝐦𝐫𝐚𝐡 𝟑 | 𝐏𝐞𝐫𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧𝐚𝐧 𝟏𝟏 𝐎𝐠𝐨𝐬 🤍Alhamdulillah, para jemaah Busyra Holidays meneruskan perjalanan iba...
17/08/2026

𝐏𝐞𝐥𝐚𝐤𝐬𝐚𝐧𝐚𝐚𝐧 𝐔𝐦𝐫𝐚𝐡 𝟐 & 𝐔𝐦𝐫𝐚𝐡 𝟑 | 𝐏𝐞𝐫𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧𝐚𝐧 𝟏𝟏 𝐎𝐠𝐨𝐬 🤍

Alhamdulillah, para jemaah Busyra Holidays meneruskan perjalanan ibadah dengan melaksanakan Umrah yang kedua dan ketiga, disertai ziarah ke dua lokasi yang mempunyai nilai sejarah dalam sirah Islam — Ji’ranah dan Hudaibiyah. 🤍

Di Ji’ranah, para jemaah berpeluang mengenali salah satu lokasi miqat untuk berniat ihram bagi melaksanakan ibadah umrah. Dari sini, para jemaah berniat ihram sebelum meneruskan perjalanan ke Masjidil Haram untuk menyempurnakan Umrah yang kedua.

Perjalanan diteruskan dengan ziarah ke Hudaibiyah, tempat yang mengingatkan kita kepada Perjanjian Hudaibiyah antara Rasulullah ﷺ dan kaum Quraisy. Di sini juga, para jemaah mengambil miqat dan berniat ihram sebelum kembali ke Masjidil Haram untuk menyempurnakan Umrah yang ketiga.

Setiap ziarah bukan sekadar perjalanan, tetapi peluang untuk mengenali sirah, mengambil ibrah dan menghayati perjuangan Rasulullah ﷺ. 🌙🤍

𝐏𝐞𝐫𝐬𝐢𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐧𝐮𝐣𝐮 𝐁𝐚𝐢𝐭𝐮𝐥𝐥𝐚𝐡 🤍Alhamdulillah, set umrah telah diterima oleh para jemaah. ✨Sedikit demi sedikit, persiapan d...
15/08/2026

𝐏𝐞𝐫𝐬𝐢𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐧𝐮𝐣𝐮 𝐁𝐚𝐢𝐭𝐮𝐥𝐥𝐚𝐡 🤍

Alhamdulillah, set umrah telah diterima oleh para jemaah. ✨

Sedikit demi sedikit, persiapan dilengkapkan sebelum melangkah ke Tanah Suci. Semoga segala urusan dipermudahkan dan perjalanan yang bakal ditempuh nanti sentiasa dalam lindungan Allah SWT.

Insya-Allah, tidak lama lagi… seterusnya adalah langkah menuju Baitullah. 🕋🤍

Semoga Allah jemput, permudahkan dan kurniakan umrah yang mabrurah buat semua jemaah. Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin. 🤲🏻

📍 𝐌𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐢𝐥 𝐇𝐚𝐫𝐚𝐦 | 𝐏𝐞𝐫𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧𝐚𝐧 𝟏𝟏 𝐎𝐠𝐨𝐬 𝟐𝟎𝟐𝟔Menelusuri Tanah Suci bersama ilmu dan bimbingan menjadikan setiap ziarah lebi...
15/08/2026

📍 𝐌𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐢𝐥 𝐇𝐚𝐫𝐚𝐦 | 𝐏𝐞𝐫𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧𝐚𝐧 𝟏𝟏 𝐎𝐠𝐨𝐬 𝟐𝟎𝟐𝟔

Menelusuri Tanah Suci bersama ilmu dan bimbingan menjadikan setiap ziarah lebih bermakna.

Para jemaah berpeluang mendengar perkongsian daripada mutawwif, menghayati sirah Rasulullah SAW serta mengenali sejarah di sebalik tempat-tempat yang diziarahi.

Semoga setiap ilmu yang diperoleh menjadi panduan, setiap langkah dipermudahkan dan perjalanan ini sentiasa dilimpahi rahmat serta keberkatan Allah SWT. 🤍

🕋

Salam Rabiulawal 1448HRabiulawal merupakan bulan yang cukup istimewa buat seluruh umat Islam, bulan yang mengingatkan ki...
14/08/2026

Salam Rabiulawal 1448H

Rabiulawal merupakan bulan yang cukup istimewa buat seluruh umat Islam, bulan yang mengingatkan kita akan kelahiran insan paling mulia, junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ.

Kehadiran Baginda membawa cahaya petunjuk, kasih sayang dan rahmat buat seluruh alam. Setiap ajaran, akhlak dan sunnah yang ditinggalkan menjadi panduan buat kita dalam menjalani kehidupan.

Semoga hadirnya Rabiulawal ini menambah rasa cinta kita kepada Rasulullah ﷺ, menghidupkan sunnah Baginda dalam kehidupan seharian serta membasahkan lidah dengan selawat dan salam.

Allahumma salli ala Sayyidina Muhammad ﷺ

𝐔𝐦𝐫𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚 | 𝐏𝐞𝐫𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧𝐚𝐧 𝟏𝟏 𝐎𝐠𝐨𝐬 𝟐𝟎𝟐𝟔Ada perjalanan yang bukan sekadar membawa tubuh, tetapi membawa hati lebih dekat ...
13/08/2026

𝐔𝐦𝐫𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚 | 𝐏𝐞𝐫𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧𝐚𝐧 𝟏𝟏 𝐎𝐠𝐨𝐬 𝟐𝟎𝟐𝟔

Ada perjalanan yang bukan sekadar membawa tubuh, tetapi membawa hati lebih dekat kepada Allah SWT. 🕋

Umrah pertama, para jemaah Busyra Holidays menjejakkan kaki ke Tanah Suci, membawa doa, harapan dan kerinduan yang tersimpan di hati.

Semoga setiap langkah menjadi kenangan indah dan setiap detik di Tanah Suci meninggalkan penghayatan yang bermakna. ✨

𝐆𝐀𝐌𝐁𝐀𝐑 | 𝐊𝐄𝐓𝐈𝐁𝐀𝐀𝐍 𝐉𝐄𝐌𝐀𝐀𝐇 𝐆𝐑𝐎𝐔𝐏 𝟑𝟎 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 🇲🇾Alhamdulillah, jemaah Busyra Holidays telah selamat tiba di tanah air setelah ...
12/08/2026

𝐆𝐀𝐌𝐁𝐀𝐑 | 𝐊𝐄𝐓𝐈𝐁𝐀𝐀𝐍 𝐉𝐄𝐌𝐀𝐀𝐇 𝐆𝐑𝐎𝐔𝐏 𝟑𝟎 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 🇲🇾

Alhamdulillah, jemaah Busyra Holidays telah selamat tiba di tanah air setelah selesai menunaikan ibadah umrah.

Semoga segala amal ibadah diterima Allah SWT, dikurniakan kesihatan dan keberkatan, serta setiap pengalaman di Tanah Suci terus menjadi kenangan indah yang terpahat di hati. Semoga kepulangan ini membawa jiwa yang lebih tenang dan semangat untuk terus istiqamah dalam kebaikan.

Selamat pulang ke tanah air, para tetamu Allah 💛

📍𝐓𝐚𝐢𝐟 | 𝐏𝐞𝐫𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧𝐚𝐧 𝟏𝟏 𝐎𝐠𝐨𝐬 𝟐𝟎𝟐𝟔 Setiap tempat yang diziarahi menyimpan kisah dan pengajaran tersendiri. Begitu juga Taif...
12/08/2026

📍𝐓𝐚𝐢𝐟 | 𝐏𝐞𝐫𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧𝐚𝐧 𝟏𝟏 𝐎𝐠𝐨𝐬 𝟐𝟎𝟐𝟔

Setiap tempat yang diziarahi menyimpan kisah dan pengajaran tersendiri. Begitu juga Taif, bumi yang pernah menjadi saksi kepada ketabahan Rasulullah SAW dalam menyampaikan dakwah Islam.

Di sini, para jemaah berpeluang menelusuri sirah dan menghayati kembali perjalanan perjuangan Baginda SAW. Semoga setiap langkah di bumi yang penuh dengan sirah ini mendekatkan hati kepada Allah SWT dan meninggalkan penghayatan yang bermakna.

Kerana perjalanan umrah bukan hanya tentang sampai ke destinasi, tetapi tentang apa yang kita pelajari dan rasai sepanjang perjalanan. 🤍

11/08/2026

VIDEO • PERLEPASAN JEMAAH UMRAH 11 OGOS 2026

Setiap langkah menuju Baitullah membawa bersama doa dan harapan dari hati yang tulus.

Alhamdulillah, rombongan jemaah Busyra Holidays trip 11 Julai 2026 telah selamat berangkat ke Tanah Suci hari ini. Setiap langkah jemaah bermula dengan harapan agar pulang kembali dengan Umrah yang mabrur.

Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan, menerima setiap ibadah dan dilindungi setiap perjalanan.

Address

Jalan Pusat Bandar 2
Bandar
43650

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 13:00

Telephone

+601135350372

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Busyra Holidays posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Busyra Holidays:

Shortcuts

Share