17/01/2019
WUJUDKAN 3 JENIS TABUNG BERIKUT.
================================
Cuba semak tabung-tabung berikut dah ada atau belum? Kalau dah ada Alhamdulillah, kalau belum cuba usahakan untuk wujudkan tabung berikut.
1. Tabung Kecemasan
Tabung kecemasan ni adalah simpanan yang boleh kita gunakan pada waktu-waktu kecemasan atau situasi luar jangka yang memerlukan wang. Sebagai contoh di berhentikan kerja, jadi kita boleh gunakan wang ini bagi menampung perbelanjaan harian dan bulanan sementara dapatkan kerja baru.
Berapa banyak nak kena simpan dalam tabung kecemasan ni?
Untuk permulaan cuba simpan untuk 3 bulan gaji dulu. Lepas tu cuba simpan untuk 6 bulan p**a. Sebagai contoh pendapatan anda RM 3000, jadi simpanan kecemasan yang anda perlu ada adalah sebanyak RM9000.
Berapa banyak nak kena simpan bagi wujudkan tabung kecemasan dengan gaji berikut?
Simpanan 10% daripada gaji tersebut dah memadai. Dalam masa dua tahun setengah anda dah pun berjaya kumpul RM9000.
2. Tabung Perubatan
Jika mampu anda boleh ambil polisi takaful bagi tujuan ini. Ambil polisi yang murah pun boleh untuk permulaan. Bila gaji dah meningkat dari setahun ke setahun anda boleh duduk bersama agen takaful masing-masing untuk upgrade polisi takaful anda.
Sumbangan takaful 5% daripada gaji memadai untuk permulaan.
3. Tabung Persaraan dan Pelaburan
Melabur adalah satu aktiviti yang dilakukan untuk mendapatkan p**angan yang lebih tinggi dari nilai inflasi.
Melabur bermakna kita sanggup mengambil RISIKO untuk menghadapi kerugian atas kertas dalam jangka masa pendek untuk mengecapi objektif pada masa depan (long term profit).
Untuk tujuan ini anda perlu bijak dan berhati-hati agar tidak terjebak dengan skim cepat kaya
Cuba wujudkan tabung-tabung berikut seawal mungkin. Lagi muda anda mula lagi cepat anda capai matlamat simpanan anda.😉
lain-lain tabung yang anda boleh wujubkan mengikut kesesuai dan komitmen anda:
✔ Tabung pendidikan anak-anak
✔ Tabung melancong
✔ Tabung kahwin
✔ Tabung rumah pertama dan lain-lain