Terokai

Terokai Selamat Datang ke Laman Terokai

Panduan penggunaan air fryer.
23/09/2021

Panduan penggunaan air fryer.

22/09/2021

Kenapa orang Kelantan makan budu?

Terkini!!! PM umumkan kebenaran RENTAS NEGERI dan pembukaan semula pusat pelancongan apabila kadar vaksinasi negara menc...
22/09/2021

Terkini!!!

PM umumkan kebenaran RENTAS NEGERI dan pembukaan semula pusat pelancongan apabila kadar vaksinasi negara mencapai 90% pop**asi dewasa.

Kredit : Ismail Sabri Yaakob

Perkongsian bersama...2hari dah amalkan rendam kaki dalam ais.. best jugak... memang banyak kebaikkan nyaUntuk gout,  sa...
22/09/2021

Perkongsian bersama...
2hari dah amalkan rendam kaki dalam ais.. best jugak... memang banyak kebaikkan nya
Untuk gout, sakit kepala , sakit badan , lesu , minor stroke, sakit urat , tak lena tido malam. Badan rasa berat dan penat.. try laa..
β˜†Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit dan Ais Batu😍
Untuk pengetahuan anda amalan rendaman kaki dengan Air yang di campurkan degan sedikit ais batu dapat melegakan ketegangan otot dan ianya dapat mengelakkan dari Gangguan Jin.
Tahukah anda bila anda bangun dari tidur bila di pijak kaki pada lantai yang sejuk jika anda terasa menyucuk2 di tapak kaki itu maknanya dalam badan anda banyak angin.Angin dalam badan anda itu angin tidak elok ..
Sesiapa yang mengalami masalah tersebut,Kerap sakit kepala,sakit belakang,sakit belikat ,lenguh tengkuk,Kerap sedawa,Kerap kembung perut..
Terapi rendaman kaki dengan air yang dicampurkan bersama sedikit ais bagi org yang s**ar tidur malam adalah baik jika di amalkan. Bagi masalah sakit kepala p**a ataupun Bisa sakit-sakit badan, adalah elok untuk mengamalkan rawatan rendaman kaki yang dicampur bersama dengan ais ini.
Menurut Perubatan Islam , sekiranya anda ada mengalami gangguan jin yang kronik anda pasti akan rasa sakit seperti menyucuk-nyucuk di kaki yang di rendam itu. Itu adalah tandanya yang tubuh kita ada mangalami gangguan makhluk halus. Oleh itu sekiranya di amalkan inshaaAllah izin Allah jin akan terhindar dari pada tubuh anda.
Menurut sumber, untuk kesan yang lebih baik lagi campurkan air rendaman kaki tersebut dengann daun bidara, limau nipis dan garam bukit dalam air berais itu. Kesan nya amat baik dalam tubuh badan kita.
Bolehlah diamalkan membaca sebelum rendam kaki
Surah Al_Fatihah7x
Surah Al_ikhlas7x
Dan_selawat7x
InshaaAllah denagn Izin Allah Kaki badan akan berasa ringan.
Menurut Perubatan Islam , Kesan Gangguan makhluk halus adalah seperti
=Kaki anda berasa Pijar bila di rendam kaki anda dalam Ais
=Lenguh dan kebas pada kaki
=Sakit mencucuk di kaki
Haruslah di ingat ini adalah salah satu cara Alternatif dalam rawatan islam dan ianya juga adalah sebagai salah satu iktiar untuk merawat pesakit, inshaaAllah dengan izin Allah Sakit anda akan sembuh atau berkurangan. Ianya juga adalah mengikut kesesuaian tubuh badan anda, wallahualam.
Kredit: sakura pelangi empire

22/09/2021

Pengorbanan Seorang Ayah πŸ₯²

12 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Datang Ke Negara-Negara Scandinavia! πŸ₯°AWAS!! sebab pos saya buat kali ini agak p...
22/09/2021

12 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Datang Ke Negara-Negara Scandinavia! πŸ₯°
AWAS!! sebab pos saya buat kali ini agak panjang πŸ˜…
Region Scandinavia merupakan lokasi travel yang paling diminati saya di dunia ini. Scandinavia terdiri daripada 3 negara iaitu Norway, Sweden & Denmark manakala Iceland & Finland tergolong dalam Kawasan Nordik.
Apa yang tiada di negara-negara Scandinavia ini?
Pakej yang sungguh lengkap dan cukup mengagumkan. Bibir memang asyik terungkap SubhanALLAH apabila melihat keindahan alam di sini.
Ada Fjord, Aurora Borealis, Waterfalls, Fishing Village, Aktiviti nature yang tersangatlah banyak, Midnight Sun, Flora & Fauna yang lain dari yang lain dan banyak lagi view nature yang cukup mendamaikan dan menenangkan sekali 😁
Sungguh dah banyak lokasi saya travel di dunia ini, Negara Scandinavia terutamanya Norway seperti menyimpan satu khazanah alam yang sungguh special dan kerap menarik-narik saya untuk selalu datang ke sana. Haha.
Masakan tidak, saya boleh travel sehingga 3 bulan dan kerap membawa peserta-peserta dari Malaysia, Singapura & Brunei untuk bersama-sama bermusafir di sini.
Malah perancangan selepas border dibuka nanti, saya tetap akan terus datang ke sini dan terus membawa amanah peserta untuk meneroka bumi Scandinavia ini.
Jadi, jika anda terfikir-fikir nak travel ke mana selepas sempadan antarabangsa dibuka, masukkanlah planning ke Scandinavia selepas ini. Sungguh anda tidak sama sekali menyesal.
Oleh itu, 12 Info ini anda perlu tahu sebelum datang ke Scandinavia:
βœ… Syarikat Penerbangan- Terdapat beberapa pilihan penerbangan untuk ke negara Scandinavia sama ada Denmark, Norway atau Sweden.
Antara yang anda boleh pilih ialah Qatar Airways, Turkish Airlines, KLM, Thai Airways, & Emirates. Akan ada 1 kali transit sahaja nanti. Anda boleh pilih sama ada untuk fly dari Kuala Lumpur ke airport-airport berikut:
Denmark- Copenhagen Kastrup Airport
Sweden- Stockholm Arlanda Airport
Norway- Oslo Gardemoen Airport
βœ… Visa- Tiada Visa diperlukan untuk ke sini kerana negara-negara Scandinavia terletak di bawah Schengen area dan tidak memerlukan Visa bagi pemegang passport Malaysia.
Ada kedengaran Visa ETIAS akan dilaksanakan sebelum tahun 2020, namun saya yakin, ianya akan terus ditangguhkan.
βœ… Makanan- Makanan Halal mudah didapati di bandar-bandar besar seperti Oslo, Stockholm & Copenhagen serta restoran Halal juga mudah didapati di area ini.
Pasaraya seperti Netto, Countdown, Rema 1000, Coop, ICA, Hemkop, Meny, Aldi & Irma juga ada dijual ayam halal.
Lagi best bekalan makanan yang dibawa ke Scandinavia tidak sepayah dan seketat sepertimana di New Zealand dan Australia yang ada pemeriksaan biosecurity.
Saya ada cerita restoran Halal di Scandinavia di sini: https://www.facebook.com/Cikguloh/posts/4599895300020767
βœ… Pakaian- Jika anda datang musim summer di Scandinavia pada bulan Jun-Ogos dan tak bawa pakaian sejuk, anda silap besar.
Summer di sini bukan macam di Malaysia, malah rata-rata suhu 16- 2+ Celsius dan bulan ogos sedikit panas, kadangkala boleh mencecah sehingga 28 celsius. Pastikan bawa 1-2 lapis pakaian sejuk
βœ… Sewa Kereta- Untuk pengalaman lebih terbaik di negara-negara Scandinavia, saya sangat sarankan anda dalam mod memandu.
Mod memandu memudahkan anda explore sebanyak mungkin tempat yang best di Scandinavia terutamanya Norway & Sweden termasuklah kawasan rural dan countryside area.
Malas nak memandu di eropah sebab sistem stereng dan sistem jalan raya yang lain? Meh saya pandukan. Hihi.
βœ… Penginapan- Penginapan di sini mempunyai banyak jenis antaranya hostel, hotel, cabin house, small fishing cabin, Cottage by the sea, floating house, Holiday Park dan banyak lagi. Boleh merasa di semua jenis penginapan, memang best!
βœ… Negara paling happy di dunia, paling aman di dunia dan paling kurang rasuah ialah negara-negara Scandinavia. Anda rasa sebab apa?
Walaupun GST di sini sangatlah tinggi sehingga mencecah 25%, rakyat mereka mendapat hospital percuma, universiti percuma, cuti bersalin dan menyusu sehingga 2 tahun, si suami pun dapat cuti berbulan untuk jaga isteri dan jika dibuang bekerja, ada satu sistem welfare yang akan membantu mereka.
βœ… Pendidikan- Jika anda berhasrat untuk menyambung pengajian di sini, boleh dikatakan kosnya percuma namun anda perlu ada sekurang-kurangnya RM 200k di dalam akaun sebagai tanda anda mampu survive di sini. (info dari sahabat saya di Norway)
Kalau anda ada kos sebanyak tersebut, trylah mohon Student Visa di Norway, berbaloi sambil study, sambil travel.
βœ… Air bersih- Negara-negara Scandinavia mempunyai kualiti air paling bersih di dunia. Sana tak payah sibuk beli air botol, buka je paip bahagian sejuk, tadah mulut dan terus ngap minum. Segar bugar.
βœ… Agama- Kebanyakan rakyat di sini beragama Kristian hanya pada nama, saya pernah berbual dengan banyak company-company travel di Scandinavia, kebanyakan mereka sebenarnya atheis (tidak beragama).
Ada yang sesetengahnya menganut agama lama Vikings dengan menyembah Thor & Odin. Alaa... macam cerita Thor keluaran Marvel tu lah
βœ… Hak sama rata- Human rights di negara-negara Scandinavia ini sangatlah kuat. Malah program LGBT (Le***an, Gay, Biseksual dan Transgender) banyak diadakan di negara-negara ini tanpa segan silu.
Saya sempat melihat program besar-besaran ini di tengah-tengah bandar Copenhagen, Denmark pada tahun 2019. Memang cukup memualkan dan meloyakan. Sebagai umat islam, kita harus berpegang teguh dengan mengambil teladan kisah kaum Nabi Lut suatu ketika dahulu.
βœ… Sebuah region di Norway yakni Svalbard membolehkan anda menetap di sini berapa lama yang anda s**a. Mungkin anda yang merasa nak migrate boleh cuba pengalaman ini sebagai pioneer test.
Tapi bersiap sedialah dengan senapang kerana beruang kutub banyak berlegar-legar di kawasan tersebut. Haha.
Banyak perjalanan, luas pemandangan... begitulah keagungan ALLAH dengan mencipta suatu keindahan yang sangat memukau di negara-negara Scandinavia & sewajarnya tidak dilepaskan oleh kita semua.
Datanglah ke sini nanti. Lihat dan alamilah sendiri. Saya sangat suggest 150% untuk anda semua datang ke sini 😍
Anda ada plan nak ke Scandinavia nanti?
Klik Follow FB Cikgu Loh untuk info travel sebelum border buka

cc : Cikgu Loh

Dengan rendah diri,Saya ingin menyeru semua sahabat2 yg berada dalam friendlist facebook saya dan juga instagram, supaya...
22/09/2021

Dengan rendah diri,
Saya ingin menyeru semua sahabat2 yg berada dalam friendlist facebook saya dan juga instagram, supaya berkunjunglah ke Dabong jika MCO dah habis nanti. Kembali kan era kegemilangan TRAIN TO DABONG macam tahun lepas. Kami rindu anda semua..”
Jika anda s**a nature disinilah tempatnya untuk anda terokai. Jika anda s**a extreme sports disini juga anda boleh merasai debaran nya. Jika anda s**a camping bersama family disini kita ada banyak pilihan untuk anda..
Saya senaraikan semua aktiviti yg ada disini patut anda cuba:
1. SUNRISE (Kem baha) ini yg paling banyak saya terima booking samada bermalam ataupun daytrip.
2. JELAWANG ATV RIDE (450 cc) double & single serendah RM60. Ini juga 1 minggu awal dah kena booking kalau nak main.
3. VIA FERRATA GUA IKAN DABONG (trail yg terpanjang dan juga tertinggi di semenanjung) Via ferrata paling tinggi di Malaysia adalah di Gunung Kinabalu.
4. JELAWANG WATERFALL (salah satu landmark bagi negeri Kelantan dan juga kebanggaan kami warga kampung).
5. EXPLORE CAVING GUA IKAN - GUA GELAP - GUA KERIS - GUA PAGAR
(ini juga menarik untuk anda terokai dan melihat sendiri khazanah alam yg dahulu nye adalah lautan dan sekarang hanya tinggal batu kapur. Apa yg menarik dalam 4 gua ini?
1.ada batu terbentuk mcm keris.
2.god of light (cahaya matahari dari luar gua menebusi batu kapur terus ke lantai gua).
3.monkey head stone (pencuru batu kapur menyerupai kepala kingkong).
4.trapdoor spider (ini paling rare 14 spesis yg wujud dalam dunia 8 darinya ada di malaysia).
6. WATER TUBING ( kita ada 2 level dengan sungai yg berbeza, fun & exreme).
7. HIKING TRIP BAHA - AYAM - STONG ( ataupun nak tapau trip 9 puncak trans jelawang).
8. ZIPLINE ataupun FLYINGFOX ( dengan kos bayaran serendah RM15 seorang anda sudah boleh merasai terbang di atas alur sungai batu dengan jarak 23 saat).
9. WATER ABSEILING (anda perlu mendaki sampai Kem Baha utk merasai pengalaman ini).
10. CAMPING (kita ada banyak pilihan tempat dengan sungai yg berlainan).
11. WATER RAFTING (kita ada dua level fun & extreme).
12. ROCK CLIMBING (kita ada lebih 20 cabaran dan laluan yg berbeza)
Untuk pertanyaan lanjut boleh dm ataupun call saya di talian :
017-9587167 (nik)
Ps/: saya bukan travel agent, cuma memudahkan urusan anda jika datang ke Dabong.

cc :https://www.facebook.com/nikali.nikmuhamad.54

Address

BUKIT BUNGA
Kampung Jeli
17600

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Terokai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Terokai:

Share