14/08/2026
MAJLIS SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-69 PERINGKAT NEGERI PERLIS TAHUN 2026
📅 30 Ogos 2026 (Ahad)
⏰ 8.00 malam
📍 Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar, Perlis
Semangat kemerdekaan bakal bergema di seluruh Negeri Perlis. Ayuh seluruh rakyat bersama-sama memeriahkan Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Negeri Perlis Tahun 2026 yang akan berlangsung penuh warna-warni dan kemeriahan di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar!
Dengan mengangkat tema “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”, sambutan pada tahun ini menjadi wadah untuk kita bersama-sama menzahirkan rasa syukur atas nikmat kemerdekaan, menyemarakkan semangat patriotisme serta memperkukuh rasa cinta kepada tanah air.
🇲🇾 Ayuh seluruh rakyat Perlis, pakat-pakat maiii!... Kita meriahkan sambutan Hari Kebangsaan dengan penuh semangat, kibarkan Jalur Gemilang dan bersama-sama mencipta kenangan indah dalam suasana penuh warna-warni dan kemeriahan.
Bawalah keluarga dan sahabat handai untuk sama-sama menyaksikan kemeriahan Malam Ambang Merdeka Negeri Perlis serta meraikan detik istimewa menjelang sambutan Hari Kebangsaan Ke-69.
❤️🤍💙💛 Satu hati, satu jiwa, satu Malaysia!
🇲🇾 MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! 🇲🇾