06/07/2021
Sama-sama
https://www.facebook.com/LTGroupPirelliTBRMalaysia/photos/a.102865414837896/324392452685190/?type=3
Selamat Sejahtera,
Kami memerlukan pertolongan anda untuk berkongsi maklumat ini kepada semua!
Sebagai tindak balas kepada Gerakan Bendera Putih, Pihak LT TYRE GROUP akan menyumbangkan 1000 set bekalan keperluan harian. Dengan harapan dapat membantu mereka yang terjejas sepanjang tempoh PKP kali ini. Pihak kami akan memastikan bekalan ini halal dan sesuai untuk semua yang memerlukan tanpa mengira bangsa.
Memandangkan kemampuan pihak LT TYRE GROUP terhad, kami dengan berbesar hati ingin memberikan satu penghormatan kepada pelanggan kami. Dengan setiap pembelian 30 tayar akan disalurkan 1 set lagi kepada keluarga yang memerlukan. sekiranya ingin menyumbang, anda juga boleh menghubungi kami.
Sama-sama kita berkongsi maklumat ini agar mereka yang memerlukan dapat dibantu. Tidak kira di mana anda berada di Semenanjung Malaysia, kami akan mengatur untuk menghantar bekalan ke rumah anda. Sekiranya anda memerlukan bekalan, atau jika anda melihat seseorang menggantung bendera putih di rumah, tolong hantarkan gambar dan alamat ke whatsapp berikut 016-4699836.
“Hidup sangat berharga, wabak ini hanya sementara”. Kita selalu percaya bahawa ada cinta di dunia ini, dan semua orang akan dapat bersama-sama melalui masa yang sukar ini. Masa depan masih penuh harapan.
Pihak kami berharap LT TYRE GROUP dapat menjadikan orang yang memerlukan pertolongan merasakan kehangatan dunia. Terima kasih banyak atas bantuan anda dalam menyebarkan cinta ini.