Konsortium Pelabuhan Kemaman

Konsortium Pelabuhan Kemaman Port facilities & services. Eastern Gateway of Malaysia. Handling on drybulk, breakbulk & liquid cargo.

30/04/2026
21/04/2026
25/03/2026
21/03/2026

Alhamdulillah. عِيْدُ مُبَارَكْ! Happy ‘Eid! 👍🕌☪️

Selamat Hari Raya ‘Eidul Fitri 1447H! 👍🕌☪️

تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنكُمْ

Maaf Zahir & Batin. 🙏🤲

16/02/2026

EPIC Berhad merakamkan ucapan Selamat Tahun Baharu Cina 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia yang menyambut perayaan ini.

Di tanah air tercinta yang kaya dengan kepelbagaian kaum, budaya dan tradisi, setiap perayaan menjadi jambatan yang menyatukan hati dan mengukuhkan semangat kebersamaan. Inilah keistimewaan Malaysia di mana perbezaan diraikan sebagai kekuatan, kepelbagaian dijalin sebagai warisan dan perpaduan disemarakkan melalui perayaan serta juadah yang dikongsi bersama tanpa mengira latar belakang.

Manfaatkanlah musim keraian ini untuk mengeratkan silaturahim, menyemarakkan persefahaman serta mengukir detik berharga bersama keluarga, sahabat handai dan insan tersayang. Semoga sambutan tahun ini membawa limpahan kesejahteraan, kemakmuran dan kebahagiaan buat semua.

Bagi yang pulang ke kampung halaman atau bercuti bersama keluarga, utamakan keselamatan sepanjang perjalanan. Pandulah dengan berhemah dan patuhi undang-undang jalan raya agar selamat tiba ke destinasi yang dituju.

Selamat Tahun Baharu Cina 2026!
Gong Xi Fa Cai, Wan Shi Ru Yi!



Konsortium Pelabuhan Kemaman Sdn Bhd harini telah menerima kunjungan akademik daripada pelajar institusi pengajian tingg...
16/12/2025

Konsortium Pelabuhan Kemaman Sdn Bhd harini telah menerima kunjungan akademik daripada pelajar institusi pengajian tinggi iaitu Universiti Malaysia Terengganu ke Dermaga Timur, Pelabuhan Kemaman. Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan secara langsung kepada para pelajar mengenai persekitaran kerja sebenar serta aktiviti operasi yang dijalankan di kawasan dermaga.

Sepanjang lawatan, para pelajar diberi penerangan berhubung aliran pergerakan kapal, aktiviti pemunggahan dan pemindahan kargo, selain penekanan terhadap aspek keselamatan dan pematuhan prosedur operasi standard di pelabuhan. Interaksi dua hala yang berlangsung turut membuka ruang perbincangan berkaitan cabaran operasi serta keperluan kemahiran dalam industri pelabuhan.

Konsortium Pelabuhan Kemaman Sdn Bhd berharap pengalaman ini dapat membantu para pelajar mengaitkan pembelajaran teori dengan aplikasi praktikal di pelabuhan, di samping memberi gambaran awal tentang peluang kerjaya dalam sektor maritim dan logistik. Pihak syarikat kekal komited menyokong usaha pembangunan modal insan melalui kerjasama bersama institusi pendidikan.

13/12/25 - PELANTAR PV DRILLING I SELAMAT BERLABUH DI PELABUHAN KEMAMANSukma Samudra dengan sukacitanya mengalu-alukan k...
14/12/2025

13/12/25 - PELANTAR PV DRILLING I SELAMAT BERLABUH DI PELABUHAN KEMAMAN

Sukma Samudra dengan sukacitanya mengalu-alukan ketibaan Rig PV Drilling 1 yang telah selamat berlabuh dan ditambat sepenuhnya di West Wharf 1 pada jam 1600 semalam. Kerja-kerja operasi kemasukan rig semalam agak mencabar kerana dilanda hujan lebat seawal pagi lagi. Namun, hasil kerjasama yang terbaik dan penuh komited daripada semua pihak, pengendalian kemasukan rig ini berjalan lancar dan selamat.

Sepanjang tempoh berada di Pelabuhan Kemaman, PV Drilling 1 akan melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan kecil serta persediaan peralatan sebagai persiapan sebelum beroperasi di lokasi seterusnya. Tertakluk kepada keadaan cuaca semasa, pelantar ini dijangka berada di pelabuhan selama kira-kira satu hingga dua minggu sebelum meneruskan pelayaran seterusnya.

Kumpulan EPIC Berhad akan terus komited dalam menyokong operasi industri offshore melalui penyediaan perkhidmatan marin dan pelabuhan yang selamat, cekap dan dipercayai. Sukma Samudra berharap agar tempoh persinggahan PV Drilling I berjalan dengan lancar serta pelayaran seterusnya berlangsung dengan selamat dan diringi cuaca yang terbaik.

Special thanks to :
Rig Service : Eastern Pacific Marine Services Sdn Bhd (EPMS)
Marine Service : Konsortium Pelabuhan Kemaman Sdn Bhd

27/11/2025
Amaran Ribut Tropika
27/11/2025

Amaran Ribut Tropika


Address

Level 1, Admin B, Kemaman Supply Base
Kemaman
24000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Konsortium Pelabuhan Kemaman posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Konsortium Pelabuhan Kemaman:

Share