14/12/2025
13/12/25 - PELANTAR PV DRILLING I SELAMAT BERLABUH DI PELABUHAN KEMAMAN
Sukma Samudra dengan sukacitanya mengalu-alukan ketibaan Rig PV Drilling 1 yang telah selamat berlabuh dan ditambat sepenuhnya di West Wharf 1 pada jam 1600 semalam. Kerja-kerja operasi kemasukan rig semalam agak mencabar kerana dilanda hujan lebat seawal pagi lagi. Namun, hasil kerjasama yang terbaik dan penuh komited daripada semua pihak, pengendalian kemasukan rig ini berjalan lancar dan selamat.
Sepanjang tempoh berada di Pelabuhan Kemaman, PV Drilling 1 akan melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan kecil serta persediaan peralatan sebagai persiapan sebelum beroperasi di lokasi seterusnya. Tertakluk kepada keadaan cuaca semasa, pelantar ini dijangka berada di pelabuhan selama kira-kira satu hingga dua minggu sebelum meneruskan pelayaran seterusnya.
Kumpulan EPIC Berhad akan terus komited dalam menyokong operasi industri offshore melalui penyediaan perkhidmatan marin dan pelabuhan yang selamat, cekap dan dipercayai. Sukma Samudra berharap agar tempoh persinggahan PV Drilling I berjalan dengan lancar serta pelayaran seterusnya berlangsung dengan selamat dan diringi cuaca yang terbaik.
Special thanks to :
Rig Service : Eastern Pacific Marine Services Sdn Bhd (EPMS)
Marine Service : Konsortium Pelabuhan Kemaman Sdn Bhd