20/03/2026
Maaf zahir dan batin 🌙✨
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2026 kepada semua staf, pelanggan, rakan niaga, dan yang mengenali kami. Di kesempatan yang mulia ini, kami ingin memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat salah dan silap sepanjang perkhidmatan kami.
Terima kasih atas sokongan, kepercayaan, dan kerjasama yang berterusan. Semoga Hari Raya ini membawa kebahagiaan, ketenangan, dan keberkatan kepada anda serta keluarga tercinta.
Selamat bercuti, pandu dengan selamat, dan semoga setiap detik bersama insan tersayang dipenuhi kegembiraan dan kenangan indah.
Ikhlas daripada kami semua,
Yang benar,
Mr Wesley Tan
C.E.O
20 Mac 2026