04/04/2014
TINDAKAN SEGERA : Audit Penggunaan Sistem Pengurusan Inisiatif ICTS Sekolah-Sekolah KPM (1BestariNet, HP Multiseat, Chromebook dan VDI Thin Client)
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Tuan / Puan,
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Untuk makluman, Bahagian Audit Dalam, Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Bahagian Teknologi Pendidikan sedang menjalankan pengauditan secara "on-line".berhubung Kajian Audit Prestasi Terhadap Perkhidmatan 1BestariNet dan Perolehan Peralatan ICT ke Makmal Komputer Sekolah.
3. Sehubungan itu, pihak tuan dengan kerjasama PKG dipohon untuk melaksanakan pengauditan secara "on-line" tersebut, melalui aplikasi audit iaiitu Sistem Pengurusan Inisiatif ICT Sekolah (ICTS).
4. Untuk makluman tuan / puan, Sistem Pengurusan Inisiatif ICT Sekolah (ICTS) ini boleh diakses oleh pihak sekolah menggunakan pelayar Internet Explorer seperti berikut :
Alamat URL : http://web.moe.gov.my/bad/icts
Id Pengguna : Kod Sekolah masing-masing
Kata Laluan : password (pihak sekolah boleh menukar password baru)
Turut disertakan di sini, adalah Manual Pengguna Sistem ICTS untuk kemudahan pihak sekolah dan ia boleh dicetak.
5. Pihak tuan / puan juga dipohon agar menyiapkan pengisian tersebut selewat-lewatnya pada atau sebelum 15 April 2014 bagi membolehkan Bahagian Audit Dalam KPM, membuat analisis mengenai bilangan makmal komputer, peralatan VDI Thin Client, Chromebook dan 1BestariNet yang melibatkan capaian internet serta penggunaan Virtual Learning Environment (VLE) di sekolah-sekolah KPM.
5. Sebarang permasalahan dan pertanyaan, sila ajukan kepada PKG Jalan Meru. Segala pertimbangan dan perhatian pihak tuan / puan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, dimaklumkan.
Saya yang menurut perintah,
AB.SALAM B. M.KABIR SAHIB
Pegawai Teknologi Pendidikan 1
PKG Jalan Meru