10/06/2026
π Sisi Gelap Bidang Transport & Lori
Ramai orang nampak lori bergerak atas jalan, tapi tak ramai nampak cabaran di sebaliknya.
Semua orang boleh beli lori dan mulakan bisnes transport, tetapi bukan semua orang sanggup bertahan bila berdepan dengan pelbagai dugaan.
Kos minyak naik, tol naik, harga alat ganti makin mahal. Lori rosak tengah jalan, tayar pecah, breakdown waktu tengah malam, semua itu perkara biasa dalam industri ini. Belum lagi berdepan dengan pelanggan yang ubah plan saat akhir, lokasi loading yang jauh, lif rosak, atau barang yang tidak diisytiharkan lebih awal.
Kadang-kadang kerja bermula seawal pagi dan berakhir lewat malam. Badan penat, masa dengan keluarga berkurang, tetapi kerja tetap perlu diteruskan kerana pelanggan mengharapkan barang mereka sampai dengan selamat.
Namun itulah cabaran yang membentuk kami menjadi lebih kuat. Setiap kesukaran adalah pengalaman, setiap masalah ada penyelesaian.
Memang betul orang kata bidang transport ini mencabar, tetapi selagi ada usaha, disiplin dan kesabaran, insya-Allah akan ada hasilnya. πͺπ»
Misi seterusnya, teruskan bergerak ke hadapan. All out! ππ₯
Call now to connect with business.