17/01/2026
Kelas terakhir bagi program Janaskil: Transformasi Kemahiran Masyarakat Bandar telah berlangsung pada 13/12/2025 dengan penyertaan seramai 15 orang peserta.
Kelas kali ini memberi fokus kepada pembuatan lilin wangi, khususnya lilin doorgift seperti Daisy Lollipop dan Wax Melt.
Kelas ini dibuka kepada orang awam yang berminat, dan alhamdulillah kami berpeluang berkenalan serta berkongsi ilmu dengan peserta daripada pelbagai latar belakang dan bidang pekerjaan yang berbeza.
Penyertaan daripada 5 orang pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dari Kampus Jeli turut membuka ruang kepada kolaborasi baharu sebagai permulaan kepada mereka untuk menceburi bidang perniagaan pembuatan lilin wangi, memandangkan mereka mempunyai syarikat pelajar sendiri.
Diharapkan ilmu dan pengalaman yang dikongsikan dapat dimanfaatkan sepenuhnya serta menjadi pemangkin kepada peluang keusahawanan dan peningkatan kemahiran peserta pada masa akan datang.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Yayasan Hasanah dan Kementerian Kewangan Malaysia atas sokongan dana yang telah membolehkan pihak kami melaksanakan sesi latihan ini secara berperingkat kepada semua peserta.
usahwanmikro handmade