14/10/2026
E-MUTIARA TEROKA KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA IKTBN BACHOK
BACHOK, 13 Oktober 2026 โ Konsortium E-Mutiara Berhad (E-Mutiara) mengadakan lawatan penanda aras dan sesi perbincangan bersama Jabatan Teknologi Automotif, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bachok bagi meneroka peluang kerjasama strategik, khususnya dalam penempatan pelajar untuk menjalani latihan industri.
Sesi perbincangan itu dipengerusikan oleh Ts. Mohd Nasi bin Ismail, Ketua Jabatan Teknologi Automotif IKTBN Bachok, bersama ketua-ketua unit pengajian jabatan berkenaan.
Delegasi E-Mutiara turut melawat bengkel cat kenderaan, bengkel kenderaan berat dan bengkel kenderaan perdagangan bagi melihat kemudahan latihan serta bidang kemahiran teknikal yang ditawarkan.
Perbincangan memberi tumpuan kepada kesesuaian penempatan pelajar IKTBN Bachok untuk menjalani latihan industri di E-Mutiara, dengan mengambil kira keperluan teknikal dan operasi syarikat.
Inisiatif ini merupakan langkah awal dalam memperkukuh hubungan antara industri pengangkutan awam dengan institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), di samping meneroka peluang pembangunan bakat teknikal melalui pendedahan kepada persekitaran pekerjaan sebenar.
Kerjasama seumpama ini berpotensi mewujudkan hubungan yang lebih erat antara institusi latihan dan industri dalam menyokong pembangunan tenaga kerja mahir serta memenuhi keperluan sektor pengangkutan awam pada masa hadapan.
Disediakan oleh:
Siti Aisyah Binti Mohammad Yusof
No. Matrik: 076698
WBL Intern | Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)