Jejak Haramain Abu Khaleef

Jejak Haramain Abu Khaleef Share Info dan Tips berkenaan Umrah

19/05/2026

Keluarga yang bahagia bukan diukur pada besarnya rumah, mahalnya kereta, atau mewahnya kehidupan. Ramai orang tinggal di rumah besar, tetapi hati sempit. Ramai orang hidup penuh harta, tetapi jiwa kosong.

Keluarga yang bahagia ialah rumah yang hidup dengan agama. Suami isteri yang saling mengingatkan kepada Allah. Yang solat berjemaah, yang hidupkan sunnah, yang berbicara tentang syurga, yang saling memimpin menuju akhirat.

Lihat rumah tangga Nabi Muhammad ﷺ. Rumah Baginda bukan istana. Pernah berbulan-bulan dapur tidak berasap. Tikarnya meninggalkan bekas di tubuh. Kadang-kadang hanya kurma dan air menjadi makanan. Tetapi mengapa hati mereka tenang? Mengapa rumah itu penuh bahagia?

Kerana mereka kenal Tuhan. Mereka kenal Allah.

Bila hati sudah kenal Allah, maka dunia akan jadi tempat singgah sahaja. Mereka hidup di dunia, tapi hati sentiasa merindukan akhirat.

Hari ini manusia sibuk membina rumah besar. Tapi lupa untuk membina Agama di dalam keluarga. Sibuk menghias halaman tetapi lupa untuk menghias hati dengan Cinta Allah.

Yang kita perlukan untuk bahagia bukan harta kekayaan semata tetapi keluarga yang taat lagi bertaqwa. Kerana rumah yang ada Allah di dalamnya, walau kecil di mata manusia, tapi mampi menjadikan hati terasa lapang dan bahagia.

Address

Kota Bharu
16150

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jejak Haramain Abu Khaleef posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Jejak Haramain Abu Khaleef:

Shortcuts

Share

Category