Citra Travel & Tours Sdn. Bhd.

Citra Travel & Tours Sdn. Bhd. CITRA TRAVEL & TOURS SDN. Mat), 012-9374430 (Tn. Hj. Kamel)
(1)

BHD. || F-1 Jalan Bayam 15200 Kota Bharu Kelantan.|| Tel : 09-7449179 (Tiketing), 09-7884707 (Fax/Tiketing), 09-7472431 (Haji & Umrah).|| Hubungi pegawai perkhidmatan kami di : 017-9292691 (Hj. BHD. || F-1 Jalan Bayam 15200 Kota Bharu Kelantan.|| Tel :09-7449179 (Tiketing), 09-7484707 (Fax/Tiketing), 09-7472431 (Haji & Umrah).|| Hubungi pegawai perkhidmatan kami di: 017-9292691 (Hj.

14/06/2026

𝗟𝗘𝗡𝗦𝗔 𝗛𝗔𝗝𝗜 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛
𝗖𝗜𝗧𝗥𝗔 𝗧𝗥𝗔𝗩𝗘𝗟 || 𝟰 𝗝𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲
𝗭𝗜𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗔𝗟 𝗛𝗨𝗗𝗔𝗜𝗕𝗜𝗬𝗬𝗔𝗛

Jemaah Haji 𝗖𝗜𝗧𝗥𝗔 𝗧𝗥𝗔𝗩𝗘𝗟 & 𝗧𝗢𝗨𝗥𝗦 dibawa ziarah ke Miqat seterusnya yakni Al Hudaibiyyah. Sebagai pengisian, jemaah juga dibawa melawat Muzium Al Amoudi yang memaparkan budaya masyarakat arab serta cara hidup mereka.

Mereka juga singgah di Wadi Al Fajr untuk menikmati makanan citarasa Malaysia seperti roti canai kuah gear box serta menu istimewa satay unta.

fans


📌 𝙇𝙞𝙠𝙚,𝙘𝙤𝙢𝙢𝙚𝙣𝙩 𝙙𝙖𝙣 𝙨𝙝𝙖𝙧𝙚 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙪𝙥𝙙𝙖𝙩𝙚 𝙨𝙚𝙢𝙖𝙨𝙖 𝙅𝙚𝙢𝙖𝙖𝙝 𝙃𝙖𝙟𝙞 𝘾𝙞𝙩𝙧𝙖 𝙏𝙧𝙖𝙫𝙚𝙡!

🎦 𝙁𝙤𝙡𝙡𝙤𝙬 𝙁𝘽 𝙇𝙞𝙫𝙚 𝙠𝙖𝙢𝙞 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙨𝙞𝙖𝙧𝙖𝙣 𝙨𝙚𝙘𝙖𝙧𝙖 𝙡𝙖𝙣𝙜𝙨𝙪𝙣𝙜 𝙠𝙚𝙗𝙚𝙧𝙖𝙙𝙖𝙖𝙣 𝙟𝙚𝙢𝙖𝙖𝙝 𝘾𝙞𝙩𝙧𝙖 𝙏𝙧𝙖𝙫𝙚𝙡
𝗖𝗜𝗧𝗥𝗔 𝗧𝗥𝗔𝗩𝗘𝗟 & 𝗧𝗢𝗨𝗥𝗦 𝗦𝗗𝗡 𝗕𝗛𝗗
𝒮𝒶𝒻𝒶𝓇 𝐼𝒷𝓇𝒶𝒽 𝑅𝒶𝒾𝒽 𝑀𝒶𝒷𝓇𝓊𝓇𝒶𝒽

𝗟𝗘𝗡𝗦𝗔 𝗛𝗔𝗝𝗜 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛𝗖𝗜𝗧𝗥𝗔 𝗧𝗥𝗔𝗩𝗘𝗟 || 𝟮 𝗝𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲𝗦𝗟𝗢𝗧 𝗞𝗛𝗔𝗦 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗨𝗦𝗧𝗔𝗭𝗔𝗛 𝗔𝗦𝗠𝗔 𝗛𝗔𝗥𝗨𝗡 (𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗘𝗟𝗘𝗣𝗔𝗦 𝗛𝗔𝗝𝗜) 𝗦𝗘𝗥𝗧𝗔 𝗝𝗔𝗠𝗨𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗬𝗔Bagi ...
10/06/2026

𝗟𝗘𝗡𝗦𝗔 𝗛𝗔𝗝𝗜 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛
𝗖𝗜𝗧𝗥𝗔 𝗧𝗥𝗔𝗩𝗘𝗟 || 𝟮 𝗝𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲
𝗦𝗟𝗢𝗧 𝗞𝗛𝗔𝗦 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗨𝗦𝗧𝗔𝗭𝗔𝗛 𝗔𝗦𝗠𝗔 𝗛𝗔𝗥𝗨𝗡 (𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗘𝗟𝗘𝗣𝗔𝗦 𝗛𝗔𝗝𝗜) 𝗦𝗘𝗥𝗧𝗔 𝗝𝗔𝗠𝗨𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗬𝗔

Bagi menghilangkan rasa rindu 𝗖𝗜𝗧𝗥𝗔 𝗧𝗥𝗔𝗩𝗘𝗟 & 𝗧𝗢𝗨𝗥𝗦 setelah selesai menyempurnakan Ibadah Haji, jamuan makan sambutan Hari Raya dengan makanan seperti nasi kerabu, nasi dagang gulai ikan, laksam, tepung ubi, apam kelapa parut serta kuih muih arab disajikan. Inilah tradisi kami!

Lebih manis untuk tahun ini, jemaah berkesempatan mendengar tausiah dari Ustazah Asma Harun secara live. Bingkisan ringkas sebagai pengisian rohani dan jasmani setelah melalui tempoh hampir sebulan meninggalkan Tanah Air.

Semoga dapat membugarkan jiwa serta rasa para Haji dan Hajjah semuanya.

fans


📌 𝙇𝙞𝙠𝙚,𝙘𝙤𝙢𝙢𝙚𝙣𝙩 𝙙𝙖𝙣 𝙨𝙝𝙖𝙧𝙚 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙪𝙥𝙙𝙖𝙩𝙚 𝙨𝙚𝙢𝙖𝙨𝙖 𝙅𝙚𝙢𝙖𝙖𝙝 𝙃𝙖𝙟𝙞 𝘾𝙞𝙩𝙧𝙖 𝙏𝙧𝙖𝙫𝙚𝙡!

🎦 𝙁𝙤𝙡𝙡𝙤𝙬 𝙁𝘽 𝙇𝙞𝙫𝙚 𝙠𝙖𝙢𝙞 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙨𝙞𝙖𝙧𝙖𝙣 𝙨𝙚𝙘𝙖𝙧𝙖 𝙡𝙖𝙣𝙜𝙨𝙪𝙣𝙜 𝙠𝙚𝙗𝙚𝙧𝙖𝙙𝙖𝙖𝙣 𝙟𝙚𝙢𝙖𝙖𝙝 𝘾𝙞𝙩𝙧𝙖 𝙏𝙧𝙖𝙫𝙚𝙡
𝗖𝗜𝗧𝗥𝗔 𝗧𝗥𝗔𝗩𝗘𝗟 & 𝗧𝗢𝗨𝗥𝗦 𝗦𝗗𝗡 𝗕𝗛𝗗
𝒮𝒶𝒻𝒶𝓇 𝐼𝒷𝓇𝒶𝒽 𝑅𝒶𝒾𝒽 𝑀𝒶𝒷𝓇𝓊𝓇𝒶𝒽

𝗟𝗘𝗡𝗦𝗔 𝗛𝗔𝗝𝗜 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛𝗖𝗜𝗧𝗥𝗔 𝗧𝗥𝗔𝗩𝗘𝗟 || 𝟮 𝗝𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲𝗣𝗢𝗦𝗧 𝗠𝗢𝗧𝗘𝗥𝗠 𝗜𝗕𝗔𝗗𝗔𝗛 𝗛𝗔𝗝𝗜Aturcara wajib jemaah haji 𝗖𝗜𝗧𝗥𝗔 𝗧𝗥𝗔𝗩𝗘𝗟 & 𝗧𝗢𝗨𝗥𝗦 setelah...
10/06/2026

𝗟𝗘𝗡𝗦𝗔 𝗛𝗔𝗝𝗜 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛
𝗖𝗜𝗧𝗥𝗔 𝗧𝗥𝗔𝗩𝗘𝗟 || 𝟮 𝗝𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲
𝗣𝗢𝗦𝗧 𝗠𝗢𝗧𝗘𝗥𝗠 𝗜𝗕𝗔𝗗𝗔𝗛 𝗛𝗔𝗝𝗜

Aturcara wajib jemaah haji 𝗖𝗜𝗧𝗥𝗔 𝗧𝗥𝗔𝗩𝗘𝗟 & 𝗧𝗢𝗨𝗥𝗦 setelah selesai menyempurnakan Ibadah Haji adalah menyemak kembali perjalanan haji serta menilai setiap pergerakkan agar segala keraguan dapat diselesaikan.

Berkata Imam Al Qurtubi; "Haji yang mambrur adalah haji yang sempurna rukun dan wajib haji"

Alhamdulillah…dari sudut teknikal, setiap jemaah telah melalui semua Rukun dan Wajib haji. Dengan sempurnanya perkara asas ini, kini semua jemaah telah berjaya mengharungi kesusahan, kepayahan serta kesulitan Ibadah Haji 1447H/2026M.

Semoga semuanya beroleh Haji yang Mabrur.

fans


📌 𝙇𝙞𝙠𝙚,𝙘𝙤𝙢𝙢𝙚𝙣𝙩 𝙙𝙖𝙣 𝙨𝙝𝙖𝙧𝙚 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙪𝙥𝙙𝙖𝙩𝙚 𝙨𝙚𝙢𝙖𝙨𝙖 𝙅𝙚𝙢𝙖𝙖𝙝 𝙃𝙖𝙟𝙞 𝘾𝙞𝙩𝙧𝙖 𝙏𝙧𝙖𝙫𝙚𝙡!

🎦 𝙁𝙤𝙡𝙡𝙤𝙬 𝙁𝘽 𝙇𝙞𝙫𝙚 𝙠𝙖𝙢𝙞 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙨𝙞𝙖𝙧𝙖𝙣 𝙨𝙚𝙘𝙖𝙧𝙖 𝙡𝙖𝙣𝙜𝙨𝙪𝙣𝙜 𝙠𝙚𝙗𝙚𝙧𝙖𝙙𝙖𝙖𝙣 𝙟𝙚𝙢𝙖𝙖𝙝 𝘾𝙞𝙩𝙧𝙖 𝙏𝙧𝙖𝙫𝙚𝙡
𝗖𝗜𝗧𝗥𝗔 𝗧𝗥𝗔𝗩𝗘𝗟 & 𝗧𝗢𝗨𝗥𝗦 𝗦𝗗𝗡 𝗕𝗛𝗗
𝒮𝒶𝒻𝒶𝓇 𝐼𝒷𝓇𝒶𝒽 𝑅𝒶𝒾𝒽 𝑀𝒶𝒷𝓇𝓊𝓇𝒶𝒽

𝗟𝗘𝗡𝗦𝗔 𝗛𝗔𝗝𝗜 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛𝗖𝗜𝗧𝗥𝗔 𝗧𝗥𝗔𝗩𝗘𝗟 || 𝟮𝟵 𝗠𝗲𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲𝗠𝗔𝗕𝗜𝗧 𝗗𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗟𝗢𝗡𝗧𝗔𝗥 𝗛𝗔𝗥𝗜-𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗧𝗔𝗦𝗬𝗥𝗜𝗤Suasana jemaah haji 𝗖𝗜𝗧𝗥𝗔 𝗧𝗥𝗔𝗩𝗘𝗟 & 𝗧𝗢𝗨𝗥𝗦 ...
29/05/2026

𝗟𝗘𝗡𝗦𝗔 𝗛𝗔𝗝𝗜 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛
𝗖𝗜𝗧𝗥𝗔 𝗧𝗥𝗔𝗩𝗘𝗟 || 𝟮𝟵 𝗠𝗲𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲
𝗠𝗔𝗕𝗜𝗧 𝗗𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗟𝗢𝗡𝗧𝗔𝗥 𝗛𝗔𝗥𝗜-𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗧𝗔𝗦𝗬𝗥𝗜𝗤

Suasana jemaah haji 𝗖𝗜𝗧𝗥𝗔 𝗧𝗥𝗔𝗩𝗘𝗟 & 𝗧𝗢𝗨𝗥𝗦 melaksanakan lontaran jamrah. Semua jemaah kekal berada di Khemah Mina untuk bermabit sehingga 13 Zulhijjah dan akan melakukan Nafar Thani.

fans

📌 𝙇𝙞𝙠𝙚,𝙘𝙤𝙢𝙢𝙚𝙣𝙩 𝙙𝙖𝙣 𝙨𝙝𝙖𝙧𝙚 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙪𝙥𝙙𝙖𝙩𝙚 𝙨𝙚𝙢𝙖𝙨𝙖 𝙅𝙚𝙢𝙖𝙖𝙝 𝙃𝙖𝙟𝙞 𝘾𝙞𝙩𝙧𝙖 𝙏𝙧𝙖𝙫𝙚𝙡!

🎦 𝙁𝙤𝙡𝙡𝙤𝙬 𝙁𝘽 𝙇𝙞𝙫𝙚 𝙠𝙖𝙢𝙞 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙨𝙞𝙖𝙧𝙖𝙣 𝙨𝙚𝙘𝙖𝙧𝙖 𝙡𝙖𝙣𝙜𝙨𝙪𝙣𝙜 𝙠𝙚𝙗𝙚𝙧𝙖𝙙𝙖𝙖𝙣 𝙟𝙚𝙢𝙖𝙖𝙝 𝘾𝙞𝙩𝙧𝙖 𝙏𝙧𝙖𝙫𝙚𝙡
𝗖𝗜𝗧𝗥𝗔 𝗧𝗥𝗔𝗩𝗘𝗟 & 𝗧𝗢𝗨𝗥𝗦 𝗦𝗗𝗡 𝗕𝗛𝗗
𝒮𝒶𝒻𝒶𝓇 𝐼𝒷𝓇𝒶𝒽 𝑅𝒶𝒾𝒽 𝑀𝒶𝒷𝓇𝓊𝓇𝒶𝒽

𝗟𝗘𝗡𝗦𝗔 𝗛𝗔𝗝𝗜 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛𝗖𝗜𝗧𝗥𝗔 𝗧𝗥𝗔𝗩𝗘𝗟 || 𝟮𝟲 𝗠𝗲𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗪𝗨𝗞𝗨𝗙 𝗗𝗜 𝗔𝗥𝗔𝗙𝗔𝗛مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللَّهُ فِيهِ...
26/05/2026

𝗟𝗘𝗡𝗦𝗔 𝗛𝗔𝗝𝗜 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛
𝗖𝗜𝗧𝗥𝗔 𝗧𝗥𝗔𝗩𝗘𝗟 || 𝟮𝟲 𝗠𝗲𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲
𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗪𝗨𝗞𝗨𝗙 𝗗𝗜 𝗔𝗥𝗔𝗙𝗔𝗛

مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللَّهُ فِيهِ عَبْدًا مِنَ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ، وَإِنَّهُ لَيَدْنُو، ثُمَّ يُبَاهِي بِهِمُ الْمَلَائِكَةَ، فَيَقُولُ: مَا أَرَادَ هَؤُلَاءِ؟

"Tidak ada satu hari pun di mana Allah lebih banyak membebaskan hamba-Nya daripada api neraka melebihi Hari Arafah. Sesungguhnya Dia (Allah) mendekat, lalu membanggakan mereka (hamba-hamba-Nya yang sedang berwukuf) di hadapan para malaikat, dan berfirman: 'Apakah yang diinginkan oleh mereka ini?'

Suasana jemaah haji 𝗖𝗜𝗧𝗥𝗔 𝗧𝗥𝗔𝗩𝗘𝗟 & 𝗧𝗢𝗨𝗥𝗦 berwukuf di Arafah, merendahkan diri menadah tangan…melantunkan isi hati, doa dan pengharapan ke hadapan Ar Rahman dengan sepenuh hati mereka.

Semoga diangkat segala permintaan mereka dan dikabulkan Allah Rabuljalil dengan kemuliaan hari Arafah. Alluhuma Amiinn.

fans

📌 𝙇𝙞𝙠𝙚,𝙘𝙤𝙢𝙢𝙚𝙣𝙩 𝙙𝙖𝙣 𝙨𝙝𝙖𝙧𝙚 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙪𝙥𝙙𝙖𝙩𝙚 𝙨𝙚𝙢𝙖𝙨𝙖 𝙅𝙚𝙢𝙖𝙖𝙝 𝙃𝙖𝙟𝙞 𝘾𝙞𝙩𝙧𝙖 𝙏𝙧𝙖𝙫𝙚𝙡!

🎦 𝙁𝙤𝙡𝙡𝙤𝙬 𝙁𝘽 𝙇𝙞𝙫𝙚 𝙠𝙖𝙢𝙞 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙨𝙞𝙖𝙧𝙖𝙣 𝙨𝙚𝙘𝙖𝙧𝙖 𝙡𝙖𝙣𝙜𝙨𝙪𝙣𝙜 𝙠𝙚𝙗𝙚𝙧𝙖𝙙𝙖𝙖𝙣 𝙟𝙚𝙢𝙖𝙖𝙝 𝘾𝙞𝙩𝙧𝙖 𝙏𝙧𝙖𝙫𝙚𝙡
𝗖𝗜𝗧𝗥𝗔 𝗧𝗥𝗔𝗩𝗘𝗟 & 𝗧𝗢𝗨𝗥𝗦 𝗦𝗗𝗡 𝗕𝗛𝗗
𝒮𝒶𝒻𝒶𝓇 𝐼𝒷𝓇𝒶𝒽 𝑅𝒶𝒾𝒽 𝑀𝒶𝒷𝓇𝓊𝓇𝒶𝒽

26/05/2026

Tausiah Hari Arafah bersama Abdullah Pahmi

𝗣𝗘𝗦𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗝𝗜 : 𝗔𝗥𝗔𝗙𝗔𝗛 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗕𝗘𝗥𝗛𝗜𝗠𝗣𝗨𝗡𝗬𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗨𝗦𝗜𝗔, 𝗔𝗡𝗨𝗚𝗘𝗥𝗔𝗛 & 𝗡𝗜𝗞𝗠𝗔𝗧.Sabda Nabi saw…Haji itu adalah Arafah.Arafah adalah hari...
26/05/2026

𝗣𝗘𝗦𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗝𝗜 : 𝗔𝗥𝗔𝗙𝗔𝗛 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗕𝗘𝗥𝗛𝗜𝗠𝗣𝗨𝗡𝗬𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗨𝗦𝗜𝗔, 𝗔𝗡𝗨𝗚𝗘𝗥𝗔𝗛 & 𝗡𝗜𝗞𝗠𝗔𝗧.

Sabda Nabi saw…

Haji itu adalah Arafah.

Arafah adalah hari perhimpunan agung, menghimpunkan seluruh jiwa yang telah ditakdirkan hadir dalam keadaan apapun.

وَاَذِّنْ فِى النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوْكَ رِجَالًا وَّعَلٰى كُلِّ ضَامِرٍ يَّأْتِيْنَ مِنْ كُلِّ فَجٍّ عَمِيْقٍۙ
[Al Haj 27]

(𝘞𝘢𝘩𝘢𝘪 𝘐𝘣𝘳𝘢𝘩𝘪𝘮), 𝘴𝘦𝘳𝘶𝘭𝘢𝘩 𝘮𝘢𝘯𝘶𝘴𝘪𝘢 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 (𝘮𝘦𝘯𝘨𝘦𝘳𝘫𝘢𝘬𝘢𝘯) 𝘩𝘢𝘫𝘪, 𝘯𝘪𝘴𝘤𝘢𝘺𝘢 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘵𝘢𝘯𝘨 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢𝘮𝘶 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘣𝘦𝘳𝘫𝘢𝘭𝘢𝘯 𝘬𝘢𝘬𝘪 𝘥𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘦𝘯𝘥𝘢𝘳𝘢𝘪 𝘶𝘯𝘵𝘢 𝘬𝘶𝘳𝘶𝘴 (𝘬𝘦𝘳𝘢𝘯𝘢 𝘱𝘦𝘳𝘫𝘢𝘭𝘢𝘯𝘢𝘯 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘫𝘢𝘶𝘩) 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘢𝘵𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘢𝘳𝘪 𝘴𝘦𝘨𝘦𝘯𝘢𝘱 𝘱𝘦𝘯𝘫𝘶𝘳𝘶 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘫𝘢𝘶𝘩.

Tempat ini dinamakan Arafat seperti mana difirmankan Allah dan semuanya tidak akan terkecuali darinya melainkan hadir. Tiada apa yang membezakan mereka, semuanya adalah setara darjat.

ثُمَّ اَفِيْضُوْا مِنْ حَيْثُ اَفَاضَ النَّاسُ وَاسْتَغْفِرُوا اللّٰهَۗ اِنَّ اللّٰهَ غَفُوْرٌ رَّحِيْمٌ
[Al baqarah 199]

𝘒𝘦𝘮𝘶𝘥𝘪𝘢𝘯, 𝘣𝘦𝘳𝘵𝘰𝘭𝘢𝘬𝘭𝘢𝘩 𝘬𝘢𝘮𝘶 𝘥𝘢𝘳𝘪 𝘵𝘦𝘮𝘱𝘢𝘵 𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨-𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘦𝘳𝘵𝘰𝘭𝘢𝘬 (𝘈𝘳𝘢𝘧𝘢𝘵) 𝘥𝘢𝘯 𝘮𝘰𝘩𝘰𝘯𝘭𝘢𝘩 𝘢𝘮𝘱𝘶𝘯𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩. 𝘚𝘦𝘴𝘶𝘯𝘨𝘨𝘶𝘩𝘯𝘺𝘢 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘔𝘢𝘩𝘢 𝘗𝘦𝘯𝘨𝘢𝘮𝘱𝘶𝘯 𝘭𝘢𝘨𝘪 𝘔𝘢𝘩𝘢 𝘗𝘦𝘯𝘺𝘢𝘺𝘢𝘯𝘨.

Allah telah menempelak Arab Jahiliyyah yang menyangka mereka lebih mulia dari orang kebanyakan dan tidak keluar dari tanah Makkah itu sebagai penghormatan kepada Kaabah dan Tanah Haram pada pandangan mereka yang menyalahi Manasik yang ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim as.

Inti kepada ibadah adalah menzahirkan kehambaan, taat kepada perintah Allah SWT dengan ikhlas. Tiada beza diantara mereka yang kaya & miskin, berpangkat & orang kebanyakan, putih & hitam, Arab mahupun bukan Arab.

Kesamarataan, kesederhanaan & keabdian ini menunjukkan kepada kita akan keagungan & kemuliaan Allah SWT.

Dengan itu pada hari ini, Allah berfirman;

‎إِنَّ اللهَ لَيُبَاهِيْ الْمَلاَئِكَةَ بِأَهْلِ عَرَفَاتٍ يَقُوْلُ: اُنْظُرُوْا إِلىَ عِبَادِيْ شَعْثًا غَبْرً

Sesungguhnya Allah membanggakan orang-orang yang wukuf di Arafah kepada para malaikat. Allah berkata kepada mereka: Lihatlah para hamba-Ku, mereka dalam keadaan kusut dan berdebu. (HR. Ahmad 2/305, Ibnu Khuzaimah 2839)

Dalam firman yang lain;

‎ ثم يباهي بهم الملائكةَ فيقول : ما أراد هؤلاءِ

Sesungguhnya Allah mendekat dan berbangga di hadapan para malaikatnya serayaberkata: Apa yang mereka inginkan?. (HR. Muslim)

Ya, inilah harinya…inilah harinya!

Hari yang mana Allah taala sangat pemurah dan dengan penuh bangga menjanjikan apa sahaja yang dihajat oleh hambaNya. Hari anugerah, hadiah dan penghormatan hanya kepada mereka yang hadir berwukuf.

Imam an-Nawawi rahimahullah berkata: “Hadits ini jelas sekali menunjukkan keutamaan hari arafah”.

Bermula waktu zohor sehinggalah terbenamnya matahari, manfaatkanlah setiap detik yang ada untuk memohon doa & hajat kepada ArRahman. Selangilah doa kalian dengan talbiah & tahlilan seperti yang diajarkan oleh sebaik-baik Qudwah Ar Rasul SAW.

‎أَفْضَلُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ وَأَفْضَلُ مَا قُلْت أَنَا وَالنَّبِيُّونَ مِنْ قَبْلِي لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Sebaik-baik doa, doa hari Arafah dan apa yang aku dan Nabi-nabi sebelumku katakan; Tiada tuhan selain Allah yang esa. Tiada sekutu bagi-Nya. Segala kekuasaan dan pujian bagi-Nya. Dia kuasa atas segala sesuatu.

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗦𝗘𝗞𝗔𝗟𝗜 𝗟𝗔𝗟𝗔𝗜!

*𝗠𝗔𝗡𝗙𝗔𝗔𝗧𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗧𝗜𝗔𝗣 𝗗𝗘𝗧𝗜𝗞 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗕𝗘𝗥𝗗𝗢𝗔 𝗪𝗔𝗟𝗔𝗨 𝗦𝗘𝗞𝗘𝗖𝗜𝗟-𝗞𝗘𝗖𝗜𝗟 𝗛𝗔𝗝𝗔𝗧.

*𝗥𝗘𝗕𝗨𝗧𝗟𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗟𝗨𝗔𝗡𝗚 𝗦𝗘𝗞𝗔𝗟𝗜 𝗦𝗘𝗨𝗠𝗨𝗥 𝗛𝗜𝗗𝗨𝗣 𝗜𝗡𝗜 𝗛𝗔𝗡𝗬𝗔 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗠𝗘𝗥𝗘𝗞𝗔 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗛𝗔𝗗𝗜𝗥 𝗕𝗘𝗥𝗪𝗨𝗞𝗨𝗙!


Semoga Allah taala menerima wukuf kita dan segala hajat, doa serta keinginan kita dimaqbulkan dengan kemulian hari ini.

𝗟𝗘𝗡𝗦𝗔 𝗛𝗔𝗝𝗜 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛𝗖𝗜𝗧𝗥𝗔 𝗧𝗥𝗔𝗩𝗘𝗟 || 𝟮𝟲 𝗠𝗲𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗔𝗹 𝗞𝗵𝘂𝗹𝗮𝗶𝗳 (يوم الخليف)Maksud ( الخليف ) adalah ‘Orang yang ditinggalkan...
26/05/2026

𝗟𝗘𝗡𝗦𝗔 𝗛𝗔𝗝𝗜 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛
𝗖𝗜𝗧𝗥𝗔 𝗧𝗥𝗔𝗩𝗘𝗟 || 𝟮𝟲 𝗠𝗲𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲
𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗔𝗹 𝗞𝗵𝘂𝗹𝗮𝗶𝗳 (يوم الخليف)

Maksud ( الخليف ) adalah ‘Orang yang ditinggalkan’ yakni orang tidak bersama dengan mereka yang melakukan haji. Hari ini merupakan hari yang istimewa terutamanya penduduk Makkah dikalangan wanita kerana keadaan Mataf yang kosong.

Peluang yang ada ini akan dimanfaatkan oleh mereka untuk bertawaf dekat dengan Kaabah solat, berdoa dan duduk sekitarnya. Tujuan mereka juga adalah untuk menjadikan Baitillah berterusan dikelilingi oleh hamba Allah kerana kebanyakkan yang lain pergi ke Arafah untuk berwukuf.

fans

📌 𝙇𝙞𝙠𝙚,𝙘𝙤𝙢𝙢𝙚𝙣𝙩 𝙙𝙖𝙣 𝙨𝙝𝙖𝙧𝙚 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙪𝙥𝙙𝙖𝙩𝙚 𝙨𝙚𝙢𝙖𝙨𝙖 𝙅𝙚𝙢𝙖𝙖𝙝 𝙃𝙖𝙟𝙞 𝘾𝙞𝙩𝙧𝙖 𝙏𝙧𝙖𝙫𝙚𝙡!

🎦 𝙁𝙤𝙡𝙡𝙤𝙬 𝙁𝘽 𝙇𝙞𝙫𝙚 𝙠𝙖𝙢𝙞 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙨𝙞𝙖𝙧𝙖𝙣 𝙨𝙚𝙘𝙖𝙧𝙖 𝙡𝙖𝙣𝙜𝙨𝙪𝙣𝙜 𝙠𝙚𝙗𝙚𝙧𝙖𝙙𝙖𝙖𝙣 𝙟𝙚𝙢𝙖𝙖𝙝 𝘾𝙞𝙩𝙧𝙖 𝙏𝙧𝙖𝙫𝙚𝙡
𝗖𝗜𝗧𝗥𝗔 𝗧𝗥𝗔𝗩𝗘𝗟 & 𝗧𝗢𝗨𝗥𝗦 𝗦𝗗𝗡 𝗕𝗛𝗗
𝒮𝒶𝒻𝒶𝓇 𝐼𝒷𝓇𝒶𝒽 𝑅𝒶𝒾𝒽 𝑀𝒶𝒷𝓇𝓊𝓇𝒶𝒽

𝗟𝗘𝗡𝗦𝗔 𝗛𝗔𝗝𝗜 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛𝗖𝗜𝗧𝗥𝗔 𝗧𝗥𝗔𝗩𝗘𝗟 || 𝟮𝟱 𝗠𝗘𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟲𝗣𝗘𝗥𝗚𝗘𝗥𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗡𝗨𝗝𝗨 𝗔𝗥𝗔𝗙𝗔𝗛 : 𝗛𝗔𝗝𝗜 𝗜𝗧𝗨 𝗔𝗥𝗔𝗙𝗔𝗛الحج عرفةAlhamdulillah, hari ini be...
26/05/2026

𝗟𝗘𝗡𝗦𝗔 𝗛𝗔𝗝𝗜 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛
𝗖𝗜𝗧𝗥𝗔 𝗧𝗥𝗔𝗩𝗘𝗟 || 𝟮𝟱 𝗠𝗘𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟲
𝗣𝗘𝗥𝗚𝗘𝗥𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗡𝗨𝗝𝗨 𝗔𝗥𝗔𝗙𝗔𝗛 : 𝗛𝗔𝗝𝗜 𝗜𝗧𝗨 𝗔𝗥𝗔𝗙𝗔𝗛

الحج عرفة

Alhamdulillah, hari ini bermula pergerakan kemuncak jemaah haji 𝗖𝗜𝗧𝗥𝗔 𝗧𝗥𝗔𝗩𝗘𝗟 & 𝗧𝗢𝗨𝗥𝗦 𝗦𝗗𝗡 𝗕𝗛𝗗 dari Hotel Makkah menuju ke Khemah Arafah untuk berwukuf.

Pergerakkan lancar dan kini para jemaah telah tiba di Arafah, sedang bermalam dan berehat sebelum bermulanya wukuf esok pagi. Doakan agar mereka semua diberikan kesihatan yang baik untuk menempuh Hari Wukuf dan diterima segala hajat, doa, ampunan dan amal mereka.

fans

📌 𝙇𝙞𝙠𝙚,𝙘𝙤𝙢𝙢𝙚𝙣𝙩 𝙙𝙖𝙣 𝙨𝙝𝙖𝙧𝙚 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙪𝙥𝙙𝙖𝙩𝙚 𝙨𝙚𝙢𝙖𝙨𝙖 𝙅𝙚𝙢𝙖𝙖𝙝 𝙃𝙖𝙟𝙞 𝘾𝙞𝙩𝙧𝙖 𝙏𝙧𝙖𝙫𝙚𝙡!

🎦 𝙁𝙤𝙡𝙡𝙤𝙬 𝙁𝘽 𝙇𝙞𝙫𝙚 𝙠𝙖𝙢𝙞 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙨𝙞𝙖𝙧𝙖𝙣 𝙨𝙚𝙘𝙖𝙧𝙖 𝙡𝙖𝙣𝙜𝙨𝙪𝙣𝙜 𝙠𝙚𝙗𝙚𝙧𝙖𝙙𝙖𝙖𝙣 𝙟𝙚𝙢𝙖𝙖𝙝 𝘾𝙞𝙩𝙧𝙖 𝙏𝙧𝙖𝙫𝙚𝙡
𝗖𝗜𝗧𝗥𝗔 𝗧𝗥𝗔𝗩𝗘𝗟 & 𝗧𝗢𝗨𝗥𝗦 𝗦𝗗𝗡 𝗕𝗛𝗗
𝒮𝒶𝒻𝒶𝓇 𝐼𝒷𝓇𝒶𝒽 𝑅𝒶𝒾𝒽 𝑀𝒶𝒷𝓇𝓊𝓇𝒶𝒽

Address

Jalan Bayam
Kota Bharu
15200

Opening Hours

Monday 08:30 - 05:30
Tuesday 08:30 - 05:30
Wednesday 08:30 - 05:30
Thursday 08:30 - 05:30
Sunday 08:30 - 05:30

Telephone

+6097449179

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Citra Travel & Tours Sdn. Bhd. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Citra Travel & Tours Sdn. Bhd.:

Share