Zarkasyi Travel

Zarkasyi Travel ZARKASYI TRAVEL SDN BHD 1572410-H
MOTAC NO L/N 12081
INBOUND OUTBOUND TICKETING
https://linktr.ee/zarkasyitravel

Zarkasyi Travel Sdn Bhd adalah sebuah agensi pelancongan berdaftar yang menawarkan pengalaman melancong yang mengasyikkan. Bermula dari tempahan tiket yang mudah kepada perjalanan yang menyeronokkan dan penginapan yang selesa, kami memenuhi segala keperluan percutian anda. Terokai keindahan dunia bersama kami dan anda tentukan sendiri perjalanan anda.

25/07/2026

“Ini bukan showroom… tapi museum yang boleh buat peminat automotif lupa nak balik!”

Kalau anda ke Jakarta, jangan lepaskan peluang singgah ke Vault Automotive Museum.

Bayangkan anda menikmati secawan kopi sambil dikelilingi koleksi kereta klasik, motosikal rare dan jentera ikonik yang penuh dengan nilai sejarah. Setiap sudut memang dibuat untuk pencinta automotif dan kaki content.

24/07/2026

“Kalau datang Jakarta tapi tak singgah sini… memang rugi.”

📍Masjid Istiqlal, Jakarta 🕌

Masjid Istiqlal bukan sekadar masjid terbesar di Asia Tenggara, tetapi simbol perpaduan dan kebanggaan Indonesia. Seni bina yang gah, ruang solat yang luas, dan suasana yang begitu tenang buat sesiapa sahaja rasa kagum sebaik melangkah masuk.

Lebih menarik, hanya berjalan kaki melalui terowong bawah tanah, anda terus sampai ke Gereja Katedral Jakarta. Dua rumah ibadah yang berdiri bersebelahan, menjadi lambang toleransi dan keharmonian antara agama.

Kalau ke Jakarta, luangkan masa singgah di sini. Bukan sekadar bergambar, tapi hayati sendiri kisah di sebalik mercu tanda yang penuh makna ini.

24/07/2026

Kalau saya cakap ini bukan Maldives… percaya tak?”

Air laut sejernih kristal, terumbu karang yang masih cantik, dan ikan berenang betul-betul di depan mata. Semua ini boleh anda nikmati di Pulau Pahawang, Lampung, Indonesia. 🌊🐠

Destinasi ini masih belum terlalu sesak, sebab itu keindahan alamnya masih terpelihara. Memang sesuai untuk anda yang s**akan island hopping, snorkeling dan percutian yang lebih santai.

Kalau dah lama teringin bercuti ke pulau yang lain daripada biasa, mungkin ini masanya untuk cuba Pulau Pahawang.

23/07/2026

Selamat datang ke Pulau Sebesi, sebuah pulau kecil di Selat Sunda yang menawarkan ketenangan, pantai berpasir putih, air laut yang jernih dan suasana kampung yang masih asli.

22/07/2026

📍Taman Mini Indonesia Indah (TMII), Jakarta.

Memang berbaloi singgah kalau pertama kali ke Jakarta!

Naik buggy mengelilingi Taman Mini Indonesia Indah, setiap hentian bawa kita ke budaya dan seni bina dari pelbagai wilayah di Indonesia.

Daripada rumah adat, pakaian tradisional hinggalah suasana setiap provinsi, semuanya ada cerita tersendiri.

Kalau tak sempat jelajah seluruh Indonesia, datang sini pun dah boleh rasa sedikit pengalaman mengembara dari Sabang sampai Merauke. 🚗💨

20/07/2026

“Baru tahu… dekat Indonesia pun nak isi minyak boleh jadi satu cabaran.” 😅

Ride Jakarta → Bandung, kami ingat jem atas jalan je.

Rupanya nak isi minyak subsidi pun kena beratur panjang.

Sebab tak nak buang masa, kami terpaksa isi minyak non-subsidi yang jauh lebih mahal.

Masa tu baru faham kenapa ramai rider sanggup beratur. Bezanya memang terasa.

Setiap negara ada sistem masing-masing. Tapi bila balik Malaysia, terus rasa lebih menghargai betapa mudahnya nak isi minyak di sini. 🇲🇾

19/07/2026

Jakarta & Bandung dah terlalu mainstream? Jom kami bawa anda ke tempat yang tak ramai orang tahu. 👀🇮🇩

Nak itinerary yang bukan sekadar ikut pakej biasa?

✅ Hidden gem yang cantik untuk bergambar
✅ Cafe dengan view yang luar biasa
✅ Spot nature yang tenang
✅ Tempat makan halal yang sedap
✅ Itinerary ikut bajet & minat anda

Tak kisah honeymoon, family trip, reunion atau trip dengan kawan-kawan, kami custom semuanya mengikut gaya perjalanan anda.

Tak perlu pening nak susun route, cari driver atau fikir nak ke mana. Anda enjoy bercuti, selebihnya biar Zarkasyi Travel uruskan.

📩 Nak custom itinerary Jakarta–Bandung? Roger Zarkasyi Travel sekarang.

Jakarta Bandung 5H4M🇮🇩📍 The Lodge MaribayaDikelilingi hutan pain yang sejuk dan pemandangan yang cantik, memang sesuai u...
18/07/2026

Jakarta Bandung 5H4M🇮🇩

📍 The Lodge Maribaya

Dikelilingi hutan pain yang sejuk dan pemandangan yang cantik, memang sesuai untuk yang s**a OOTD, ambil video cinematic atau kumpul content. Kalau datang dengan family atau kawan-kawan pun memang seronok.

Lepas puas bergambar, baru sambung cuba aktiviti yang ada dekat sini. Dari yang santai sampai yang boleh buat jantung berdegup laju, semuanya berlatarbelakangkan pemandangan hijau yang memang cantik.

Kalau anda jenis s**a tempat yang ada view + aktiviti + port bergambar, The Lodge Maribaya memang wajib masuk dalam itinerary Bandung.

Jakarta Bandung 5H4M🇮🇩📸Private family trip
16/07/2026

Jakarta Bandung 5H4M🇮🇩

📸Private family trip

16/07/2026

Kalau ke Bandung, Kawah Putih memang antara tempat yang wajib singgah.🤍

Air tasik dia berwarna putih kehijauan,dikelilingi kabus dengan udara yang sejuk. Memang rasa macam berada di luar negara.

Setiap kali datang, pemandangan dia boleh nampak berbeza ikut cuaca. Itu yang buat tempat ni ada tarikan tersendiri.

Sedikit tips, datang awal pagi kalau nak suasana lebih tenang dan gambar pun lagi cantik.

Serius, rugi kalau dah sampai Bandung tapi tak singgah sini.

Address

PT 723 T-1 Jalan Sultan Yahya Petra
Kota Bharu
15200

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:30
Tuesday 09:00 - 17:30
Wednesday 09:00 - 17:30
Thursday 09:00 - 17:30
Saturday 09:00 - 13:00
Sunday 09:00 - 17:30

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Zarkasyi Travel posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share