NUZU TRUCKER DIAGNOSTIC-Sale, Repair & Program

NUZU TRUCKER DIAGNOSTIC-Sale, Repair & Program Menjual ScanTool & ECU, Repair ECU dan Program/Remap ECU truck Volvo, Scania, Renault, UD truck dan lain-lain.

Program meter ecu tukar software daripada bahasa Jepun kepada bahasa English lori volvo D13H520 auto spec jepun.
03/06/2026

Program meter ecu tukar software daripada bahasa Jepun kepada bahasa English lori volvo D13H520 auto spec jepun.

( LORI ELEKTRIK (EV) vs LORI ENGINE DIESEL )Penggunaan lori elektrik (EV) di Malaysia buat masa ini dianggap kurang sesu...
14/05/2026

( LORI ELEKTRIK (EV) vs LORI ENGINE DIESEL )

Penggunaan lori elektrik (EV) di Malaysia buat masa ini dianggap kurang sesuai atau belum praktikal kerana beberapa faktor utama, terutamanya berkaitan dengan keperluan operasi logistik yang berat.

Berikut adalah sebab utama lori EV kurang sesuai di Malaysia:

1. Jarak Perjalanan Jauh (Long Haul) : Lori di Malaysia sering melakukan perjalanan jarak jauh yang boleh mencecah 1,000 km sehari. Teknologi bateri EV semasa belum mencapai tahap kecekapan untuk menampung jarak tersebut tanpa perlu berhenti cas dengan kerap.

2. Masa Pengecasan yang Lama: Bagi sektor logistik, masa adalah sangat berharga. Proses mengecas lori elektrik mengambil masa 1 hingga 2 jam (atau lebih), yang akan melambatkan penghantaran dan mengurangkan produktiviti.

3. Kecekapan Bateri dan Beban: Teknologi bateri sekarang masih belum matang sepenuhnya untuk kegunaan berat seperti lori, terutamanya dalam membawa beban berat untuk jarak jauh.

4. Kekurangan Infrastruktur Pengecasan: Fasiliti pengecasan pantas (DC Fast Charging) yang khusus untuk kenderaan berat belum cukup meluas di seluruh lebuh raya Malaysia. Malah berebut pulak dengan kereta EV jika charging port sama kereta EV.

5. Isu Pemanasan Bateri: Pemanduan laju dan lama boleh menyebabkan bateri dan motor elektrik menjadi panas, yang mengurangkan kecekapan tenaga.

6. Isu iklim Malaysia yang kerap banjir besar: Lori engine EV jika rosak short masuk air boleh makan modal beribu-ribu untuk repair berbanding lori pakai engine diesel. Ini amat membebankan pengusaha lori.

7. Tenaga mahir mechanic kurang/tiada: Bengkel lori bas dia malaysia biasa tiada kemahiran khusus untuk repair Lori EV, ini amat menyukarkan kepada pengusaha lori jika berlaku breakdown di tepi jalan.

8. Muka bumi Malaysia berbukit-bukau: Kebanyakan jalan raya kita tidak sama dengan negara lain, peratus jalan highway dan jalan straight amat sedikit. Majoriti kawasan berbukit-bukau menyukarkan dan meningkatkan penggunaan tenaga untuk mengerakkan beban lori. Kos akan meningkat juga disebabkan EV tidak efisien berbanding Engine Diesel.

Walaupun begitu, kajian menunjukkan peralihan lori engine diesel ke EV dijangka lebih lambat berbanding negara seperti China.

[ SUCCESSFUL REBALLING MPC COO7 ]Repair COO7 tak boleh baca lori tak hidup, akhirnya boleh guna balik tak payah beli bar...
14/05/2026

[ SUCCESSFUL REBALLING MPC COO7 ]

Repair COO7 tak boleh baca lori tak hidup, akhirnya boleh guna balik tak payah beli baru. Jimat duit 💵 tauke lori scania 😂

Tangki brake angin lori scania tak masuk angin, brake lori jadi takde. Rupanya mechanic salah pasang terbalik paip angin...
14/05/2026

Tangki brake angin lori scania tak masuk angin, brake lori jadi takde. Rupanya mechanic salah pasang terbalik paip angin di AIR DRYER selepas service. Betulkan balik baru elok angin masuk tangki.

Lori SCANIA engine HPI susah hidup walaupun FUEL SHUT OFF VALVE sudah repair, checking jumpa fuel filter tube dalam filt...
13/05/2026

Lori SCANIA engine HPI susah hidup walaupun FUEL SHUT OFF VALVE sudah repair, checking jumpa fuel filter tube dalam filter housing je leaking jadi masuk angin, tukar baru terus senang hidup.

Selamat Hari Pekerja 2026
01/05/2026

Selamat Hari Pekerja 2026

( VOLVO FM ISHIFT TAK BOLEH START )Banyak punca kalau volvo fm11/12/13 AUTO tak boleh start tak hidup, salah satu punca ...
30/04/2026

( VOLVO FM ISHIFT TAK BOLEH START )

Banyak punca kalau volvo fm11/12/13 AUTO tak boleh start tak hidup, salah satu punca GEAR SELECTOR ECU hilang data software not available menyebabkan icon [ N ] di meter hilang.
Program balik data software baru, calibrate gear nanti hidup normal balik.

( ACC PEDAL KOSONG - kes no. 2 )Pedal minyak kosong boleh jadi disebabkan oleh clutch plate dah habis, tu je punca kalau...
30/04/2026

( ACC PEDAL KOSONG - kes no. 2 )

Pedal minyak kosong boleh jadi disebabkan oleh clutch plate dah habis, tu je punca kalau bukan masalah VECU, pedal sensor atau wiring.

29/04/2026

( ACC PEDAL KOSONG )

Lori Volvo fm11 spec spring singapore tukar VECU jadi pedal minyak kosong masa jalan, sy program tukar data VECU lain spec spring yg betul baru pedal minyak jadi normal tak kosong, gear starting 3, gear tukar cantik. Tak perlu modified wiring.

Repair ENGINE ECU FM13 EMS2.2 problem voltage drop sebab ada bakar bahagian dalam ecu, nak cabut papan litar bukan main ...
28/04/2026

Repair ENGINE ECU FM13 EMS2.2 problem voltage drop sebab ada bakar bahagian dalam ecu, nak cabut papan litar bukan main seksa.
.2

Address

Kota Bharu
16150

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NUZU TRUCKER DIAGNOSTIC-Sale, Repair & Program posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to NUZU TRUCKER DIAGNOSTIC-Sale, Repair & Program:

Share