17/09/2026
π²πΎ KEMBARA MERDEKA JIWA PATRIOTIK BERSAMA QUEEN EXPRESS 2026 π²πΎ (PART 1)
14 September 2026 menjadi satu lagi detik bermakna buat Queen Express apabila berlangsungnya Program Kembara Merdeka Jiwa Patriotik Bersama Queen Express 2026 dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan Panji, bersempena sambutan Hari Malaysia serta meraikan 10 tahun penubuhan Queen Express.
Program dimulakan seawal 7.30 pagi di SMK Panji dengan acara pelepasan Kembara Merdeka yang melibatkan seramai 150 orang peserta, terdiri daripada pelajar Tingkatan 5 SMK Panji serta warga dan jemputan yang terlibat.
Turut hadir menjayakan acara pelepasan ialah YDP PIBG SMK Panji, Penolong Kanan Pentadbiran (PKP) SMK Panji serta Pengerusi Eksekutif Queen Express, En. Mohd Suffian bin Daud.
π Dari SMK Panji, rombongan kemudiannya bergerak menaiki bas Queen Express menuju ke SMK Pengkalan Chepa. Ketibaan rombongan disambut meriah oleh para pelajar SMK Pengkalan Chepa, diiringi nyanyian lagu kebangsaan dan laungan βMERDEKA!β yang membangkitkan semangat patriotik dalam kalangan para pelajar.
Dalam kunjungan tersebut, turut diadakan agihan pek makanan, Jalur Gemilang serta cenderahati kepada para pelajar SMK Pengkalan Chepa sebagai tanda kenang-kenangan dan perkongsian semangat kemerdekaan.
π²πΎ Kembara diteruskan ke Bandar Kota Bharu dengan persinggahan di Muzium Perang (Bank Kerapu) dan Istana Jahar. Para peserta berpeluang melihat sendiri pelbagai peninggalan sejarah serta mengenali dengan lebih dekat warisan dan sejarah negeri Kelantan.
Perjalanan kemudiannya diteruskan ke AEON Mall Kota Bharu, yang menjadi lokasi terakhir Kembara Merdeka. Di sini, para peserta turut mengadakan agihan goodies kepada orang awam sebelum menikmati hidangan tengah hari bersama-sama.
Program ini bukan sekadar sebuah perjalanan, tetapi menjadi wadah untuk menyemai semangat patriotisme, menghargai sejarah, mengeratkan hubungan antara komuniti serta membina kenangan bermakna bersama generasi muda.
Terima kasih kepada SMK Panji, SMK Pengkalan Chepa, para peserta, warga kerja Queen Express serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Kembara Merdeka Jiwa Patriotik Bersama Queen Express 2026.
π²πΎ 10 Tahun Queen Express β Moving Forward With You.
π Queen Express β Inshallah Cepat & Selamat